Snorkeling di Gili Nanggu | Trip Lombok Indonesia | Morning all, masuk entri hari kedua Trip Lombok Indonesia. Mulanya cik en nak gabungkan ke tiga tiga Gili iaitu Gili Nanggu, Gili Sudak dan Gili Kedis tapi bila masa banyak pula gambar cik en nak kongsi, cik en pecahkan setiap tempat setiap satu entri. Rajin nau kan cik en ini. Hahahha. Apa apa pun cik en nak abadikan moment indah ini sebaik mungkin. Manatahu nanti one day bila baca artikel ini akan buat nak ke Lombok semula. | Sumpah Cantik Gila Snorkeling di Gili Nanggu | Trip Lombok Indonesia
Snorkeling di Gili Nanggu
Anyway perjalanan kami dari hotel ke jeti ke Gili Nanggu, Sudak dan Kedis ini dalam 1 jam. Anyway cik en buat check point Pelabuhan Tawun tapi sebenarnya kami naik bot di tempat lain. Cik en cuba cari di google maps tapi gambar tahun 2015. So memang banyak perubahan la kan. Apa apa pun kalau korang nak kesana guna je perkhidmatan supir kami je. Detail lengkap di entri Pakej Snorkeling di Lombok. Lengkap dengan pakej go pro dan gambar cantik cantik. Pendek kata hari ke 2 dan seterusnya hasil kamera handphone mereka lagi cantik dari kami. Hahahah
Mesti ada tertanya kenapa tak pergi ke Gili gili yang sememangnya terkenal dan cantik? Disebabkan keadaan gempa sebelum ini kami dinasihatkan tidak kesana. Agak kecewa tapi sejujurnya lepas habis aktiviti hari ke 2 ini, cik en rasa sangat berbaloi ke tempat ini. Agak private sebab tak ramai orang sangat, tak bersesak dan permandangan yang cantik. Tak caya korang kena baca entri tuk hari ke 2 ini okey?
Sampai ke Gili pertama, Gili Nanggu, kami tak terus snorkeling, Buyung, Jarjit dan Kamaruddin ajak kami keliling Gili dan mematahkan mood cik en. Cik en nak snorkeling la. Asal nak keliling gili pulak. Sekali lagi cik en salah, sekeliling Gili Nanggu tempatnya cantik cantik. Ada ala ala Korea, ala ala Jepun. hahahaha.
Itu baru gambar keliling Gili Nanggu je tau. Belum lagi snorkeling. Ini baru gambar gamabr snorkeling pula.
Cantik kan? Ada video tau tapi cik en masih belum edit lagi. Apa apa pun nanti kalau siap cik en akan upload di youtube cik en di Channel Eintan Nurfuzie. Ini snorkeling kali kedua cik en. 1st cik en snorkeling di krabi . So di compare di Krabi dan Gili Nanggu. Gili Nanggu best sangat. Ikan banyak dan coral dia cantik sangat sangat. Disebabkan kami datang dengan private bot, so driver bot pandai cari port coral yang cantik.
Sepanjang kami snorkeling, supir bot (betul ke pangkat dia tu? ahahha) Kamaruddin menggunakan Go Pro kauuuuu.. So korang akan tahu kualiti gambarnya kan? Dan semua gambar snorkeling semua dari Go Pro Kamaruddin. I Love You Kamaruddin. Perfect dan cun giler gambar dia. Harga pakej ini cik en tak pasti tapi include dalam pakej kami bayar. Dan juga thanks sebab masakkan kami pisang dan ubi goreng. Rasanya tak ada dalam pakej tapi ada. Thanks pada Buyung dan Jarjit juga. Eh.. macam dah masuk entri terakhir pula nak ucap terima kasih bagai ini. Hahahhaa..
Okey, stay tuned untuk entri seterusnya di Gili seterusnya iaitu Gili Kedis untuk kami lunch.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Trip Lombok Indonesia
Trip Lombok Indonesia
Hari Pertama
Day 1.3 - Masjid Nurul Bilad Kuta Lombok Tengah
Day 1.7 - Dinner Ayam Taliwang di Taliwang Irama 3
Hari Kedua
Day 2.1 - Snorkeling di Gili Nanggu
Day 2.2 - Lunch di Gili Sudak
Day 2.3 - Pulau Putih di Gili Kedis
Day 2.2 - Lunch di Gili Sudak
Day 2.3 - Pulau Putih di Gili Kedis
Hari Ketiga
Day 3.2 - Melantak Sate Bulayak Sampai Gemuk
Day 3.3 - Sunset di Senggiri
Hari Keempat
Day 4.1 - Shopping Beg Rotan, Lombok Exotic, Sasake, Mutiara di Sinar Abadi dan makanan di Wisata Halal Lombok
Day 4.2 - Labu Sayong Versi Lombok di Banyumulek
Day 4.3 - Lunch Makanan Asli Lombok Rumah Buyung
Day 4.5 - Selamat Tinggal Bumi Lombok
adudu, bestnya gi snorkeling. banyak ikan. air jernih plak tu...
ReplyDeleteCantiknya gambar Dalam air Tu mesti best snorkeling Kan
ReplyDeletetengok gambar2 pun cantik..tengok view dengan mata sendiri kat situ mesti lagi cunnn...
ReplyDeletewahh cantiknya gambar..bestnya dpat snorkeling tu.
ReplyDelete