Selamatkah Lombok Indonesia Untuk Dikunjungi ? | Sebelum cik en teruskan dengan entri travel cik en ke Lombok minggu lepas, cik en tahu ramai yang akan tanya Selamatkah Lombok Indonesia Untuk Dikunjungi ? Sebenarnya travel cik en, kawan blogger cik en Bonde Zaidalifah dan kawan sepejabat bonde Banana dijadualkan bulan September 2018 tapi masa itu, baru sangat bumi Lombok di timpa dugaan iaitu gempa bumi yang mengorbankan penduduk tempatan. Disebakan itu kami tunda pada bulan Oktober 2018 tapi masa itu masing masing macam rasa was was dengan keadaan disana. Cik en sendiri google untuk tahu keadaan terkini di Lombok. So Selamatkah Lombok Indonesia Untuk Dikunjungi ?
Selamatkah Lombok Indonesia Untuk Dikunjungi ?
Mengikut pakej kami, kami ambil 4 hari 3 malam di Lombok. Hasil dari survey cik en di google dan media sedia, nampaknya keadaan sana semakin baik cuma ada beberapa tempat dalam itinerary yang mungkin kami tak dapat kunjungi. Oleh kerana dah bayar deposit kami ke sana juga walaupun kami tahu kami takkan dapat kunjungi tempat yang menjadi tumpuan pelancong ke Lombok.
Hasil perbincangan dengan wakil kami Kak Anil Wanina yang juga blogger boleh ubah itinerary bila sampai di sana. Tapi perlu berbincang dengan supir yang akan bersama kami nanti. Dan juga mengikut survey, kawasan yang terjejas teruk di kawasan Lombok Timur. Dan mengikut history selepas tiada gempa susulan. So kami akan mencari tempat menarik selain daripada Lombok timur
So Selamatkah Lombok Indonesia Untuk Dikunjungi ? Insyallah, kalau nak jadi, dimana pun boleh jadi kan? cuma dari bacaan dan survey terutama di Berita Lombok Hari Ini, cik en rasakan Lombok Indonesia selamat di kunjungi buat masa ini. Tapi ianya terpulang kepada individu. Jika rasa tak yakin, cancel atau delaykan. Kalau rasa yakin Lombok selamat di kunjungi, teruskan dan jangan lupa ambil insurans ye! Macam kami, kami ambil insurans AXA Affin General Insurans Berhad dengan harga RM35.00 seorang.
So rajin rajin kunjungi www.nurfuzie.com untuk full story Trip Lombok cik en dan kawan kawan. Sementara itu boleh tengok gambar travel kami di sana di #cikenkelombok
p/s : jika korang nak dapatkan trip percutian ke Lombok dengan harga bawah RM500 seorang untuk 3 hari 2 malam tidak termasuk tiket flight, korang boleh hubungi :
p/s : jika korang nak dapatkan trip percutian ke Lombok dengan harga bawah RM500 seorang untuk 3 hari 2 malam tidak termasuk tiket flight, korang boleh hubungi :
CV. GAPURA LOMBOK
Tour & Travel
Jl. Praya - Sweta KM 19 Jonggat Lombok Tengah NTB 83561
FB : Vion Lombok
cvgapuralomboktour@gmail.com
In shaa Allah cik en.. semoga semuanya dipermudahkan yee
ReplyDeleteseronoknya, tak sabar nak baca trip cik en!
ReplyDeletetaksabar nak tunggu update dari cik en!
ReplyDeleteInsurans tu wajib ambil. If terjadi apa-apa at least dapat membantu.
ReplyDeleteinsuran wajib.
ReplyDeleteapapun kan, kita byk kan berdoa.
semua di tgn Allah. yg penting, berhati2.