Pasir Pantai Tanjung Aan Yang Unik | Trip Lombok Indonesia | Selesai solat di Masjid Nurul Bilad kami terus bergerak ke Pantai Tanjung Aan dan Bukit Merese. Tapi untuk entri ini cik en akan kongsi dulu Pantai Tanjung Aan walaupun boleh sahaja cik en gabungkan 2 tempat ini kerana sangat berdekatan. Bukan apa, kalau asingkan ianya dapat memberikan SEO sedikit pada blog ini selain menjadikan ianya travelog cik en. Lagipun permandangan pantai dan bukit ada keindahan dia sendiri kan? Jom kita tengok apa menariknya Pantai Tanjung Aan ini
Pasir Pantai Tanjung Aan Yang Unik
Perjalanan dari Masjid Nurul Bilad ke Pantai Tanjung Aan lebih kurang 20 minit. Dibawah ini cik en print screen maps untuk bagi korang nampak.
Masa mula nampak Pantai Tanjung Aan ini yang boleh keluar dari mulut cik en " Subhanallah, cantiknya" . Cik en sebenarnya duduk di tepi laut iaitu Lumut, Teluk Batik, Teluk Senangin dan Pulau Pangkor tapi bila tengok Pantai Tanjung Aan ini, tergaman cik en. Cantiknya. Pasir dia putih, bersih dan lautnya sangat sangat jernih. OMGGGGGG.. panas pun panas la.. hitam pun hitam la asal cik en dapat rasa keindahan depan mata cik en.
Apa yang menarik di Pantai Tanjung Aan ini adalah pasir dia. Ada 3 jenis pasir di sepanjang pantai ini. Pasir dia dari kanan lebih halus dan mula besar sedikit dan sedikit sampai ke kiri pantai. Cik en yang teruja tak sempat nak ambil ke semua rupa pasir tapi sempat snap sekeping gambar pasir.
Cantik tak. Betul betul bulat dah macam pasir kucing je kan? Hahahha. Kalau boleh bawa balik Malaysia, cik en dah bawa balik. Jimat tak payah beli pasir kucing untuk si peyah tu. Hahaha.
Batu di tepi pantai ini nampak macam batu yang dibuat, tapi rupanya ianya batu semulajadi.
Kalau korang nak tahu, kat sini korang akan nampak bukit penyu. Korang tengok gambar di bawah ini. Ada rupa kepala dan cengkerang penyu.
Cantik kan? Jom kita simpan sikit stamina untuk hiking naik Bukit Merese di next entry! Bye...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Trip Lombok Indonesia
Trip Lombok Indonesia
Hari Pertama
Day 1.3 - Masjid Nurul Bilad Kuta Lombok Tengah
Day 1.7 - Dinner Ayam Taliwang di Taliwang Irama 3
Hari Kedua
Day 2.1 - Snorkeling di Gili Nanggu
Day 2.2 - Lunch di Gili Sudak
Day 2.3 - Pulau Putih di Gili Kedis
Day 2.2 - Lunch di Gili Sudak
Day 2.3 - Pulau Putih di Gili Kedis
Hari Ketiga
Day 3.2 - Melantak Sate Bulayak Sampai Gemuk
Day 3.3 - Sunset di Senggiri
Hari Keempat
Day 4.1 - Shopping Beg Rotan, Lombok Exotic, Sasake, Mutiara di Sinar Abadi dan makanan di Wisata Halal Lombok
Day 4.2 - Labu Sayong Versi Lombok di Banyumulek
Day 4.3 - Lunch Makanan Asli Lombok Rumah Buyung
Day 4.5 - Selamat Tinggal Bumi Lombok
Haah akak setuju.,.pasir2nya unik kan...cantik sanagt..akak habiskan masa lama gak kat sini..sensorang..lepas tu baru naik bukit merese tu...
ReplyDelete