Masjid Nurul Bilad Kuta Lombok Tengah | Trip Lombok Indonesia | Sambungan untuk entri seterusnya. Selesai lunch di Melati Hotel & Resort Cafe Sengigi, kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Aan dan Bukit Merese tapi ada 1 checkpoint yang perlu kami kunjungi untuk menunaikan solat iaitu Masjid Nurul Bilad Kuta Lombok Tengah.
Masjid Nurul Bilad Kuta Lombok Tengah
Perjalanan dari Melati Hotel & Resort Cafe Sengigi ke Masjid Nurul Bilad Kuta Lombok Tengah tak jauh mana. Tak sampai 1 km pon.
Masjid Nurul Bilad Kuta Lombok Tengah sebenarnya hampir sangat dengan Pantai Kuta Mandalika Lombok. Masa kami menunaikan solat Jamak Taqdim dan di qasarkan kami tak perasan yang Masjid ini berdekatan dengan pantai. Masa balik itu baru perasan itupun nak mencari air kalau tak silap.
Gambar di atas ini gambar pintu masuk ke Masjid. Laman dia luas betul dan walaupun dah dirasmikan pada tahun 20 Oktober 2017 tapi kami tengok masih ada yang belum sempurna. Diberi nama Nurul Bilad yang membawa maksud "Cahaya Bagi Negeri" dan boleh menampung 1500 jemaah.
Berbeza dengan masjid di tempat lain, Masjid ini tak ada kubah bulat tapi berbentuk segitiga dan dinspirasikan dari rumah adat Sasak dan diharap ianya dapat mengeratkan ukhwah bukan sahaja yang beragama islam tapi dengan yang bukan beragama islam juga
Berbeza di Malaysia, bahagian perempuan lebih terbuka dari masjid di Malaysia. Tempat ambil wuduk pun agak jauh dan laluannya terbuka. Tapi mungkin ini keadaan di Lombok. Masjid Nurul Bilad ini merupakan Masjid kedua terbesar selepas Masjid Raya Hubbul Wathan atau senang dipanggil Islamic Center Hubbul Wathan
Selesai solat dan melawat masjid ini, kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Aan dan Bukit Merese. So korang kena tunggu la untuk next entry ye..
Info lain Masjid Nurul Bilad Kuta Lombok -
- http://www.lazwardyjournal.com/2017/10/new-destination-on-kek-mandalika-masjid.html
- https://www.lomboksumbawa.travel/7-masjid-terbesar-di-lombok-pulau-1000-masjid.html
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Trip Lombok Indonesia
Trip Lombok Indonesia
Hari Pertama
Day 1.3 - Masjid Nurul Bilad Kuta Lombok Tengah
Day 1.7 - Dinner Ayam Taliwang di Taliwang Irama 3
Hari Kedua
Day 2.1 - Snorkeling di Gili Nanggu
Day 2.2 - Lunch di Gili Sudak
Day 2.3 - Pulau Putih di Gili Kedis
Day 2.2 - Lunch di Gili Sudak
Day 2.3 - Pulau Putih di Gili Kedis
Hari Ketiga
Day 3.2 - Melantak Sate Bulayak Sampai Gemuk
Day 3.3 - Sunset di Senggiri
Hari Keempat
Day 4.1 - Shopping Beg Rotan, Lombok Exotic, Sasake, Mutiara di Sinar Abadi dan makanan di Wisata Halal Lombok
Day 4.2 - Labu Sayong Versi Lombok di Banyumulek
Day 4.3 - Lunch Makanan Asli Lombok Rumah Buyung
Day 4.5 - Selamat Tinggal Bumi Lombok
wah menarik ni. lombok.
ReplyDeleteteringin nak gi, cikEN.
kami tak singgah masjid ni masa tu..takde dalam itinerary...
ReplyDelete