Lunch Di Melati Hotel & Resort Cafe Sengigi | Trip Lombok Indonesia

Lunch Di Melati Hotel & Resort Cafe Sengigi | Trip Lombok Indonesia | Sambungan dari entri sebelum ini. Selasai di ambil supir, kami terus ditanya mau makan dulu atau enggak. Kami memilih tuk makan selepas tergoda dengan hidangan di atas flight. Sepanjang perjalanan menuju tempat lunch, supir iaitu Buyung memulakan mukadimahnya dengan memperkenalkan diri dan sejarah di Bumi Lombok. Sebenarnya cik en agak risau tak dapat memahami bahasa Lombok sebabnya cik en pernah telefon kawan cik en di Lombok (kes diculik dan kahwin dengan rakayat Lombok) dan sepatah haram cik en tak faham. Tapi Alhamdulillah, Buyung mampu menggunakan bahasa yang kami masing masing boleh faham. 1 Bintang untuk Buyung


Lunch Di Melati Hotel & Resort Cafe Sengigi

Perjalanan dari Lombok International Airport (LIA) ke Melati Hotel & Resort Cafe Sengigi lebih kurang 30 minit. Sengigi terletak disebalah bawah Lombok. Korang boleh tengok maps dibawah ini


Jarjit bawa dengan berhati hati dan sopan. Rasa malu pulak sebabnya cik en di Malaysia kaki drift. Kalau perlahan mesti duduk pok pek dalam kereta mengutuk lambat sangat bawa kereta. hahahah. Kat sini mereka kerap kali gunakan hon. Pin Pin.. dan orang kat sini tak marah pun. Bagus la orang Lombok ini. Cermat bawa kereta. Disebabkan Jarjit membawa kami dengan berhati hati, cik en kasi juga Jarjit 1 bintang. Hahahha

Dan inilah menu kami untuk lunch hari pertama 





Menu kami Nasi (rasanya padi bukit sebab rasanya sedap), Ayam Pelecing, Ikan fillet, sayur campur dan sup sayur kot. So far ok, ayam pedas (cik en sejenis manusia kurang makan pedas) tapi sedap. Yang penting nasi dia memang A la berbanding beras di Malaysia. Kalau di Malaysia macam beras Basmathi rasa dia. So nekad di hati cik en, no diet, no cover cover makan, kita melantakkkk je! Hahhahaha. 

Sepanjang kami makan, datangla penduduk kawasan itu jual barangan mereka tapi disebelah luar cafe. Cik en memang tak layan sangat sebab tengah lapar. Buyung dan Jarjit pun senyap, mereka tak menghalang untuk kami beli dan juga tak menyuruh. Selesai makan dan masuk kereta, ada la Buyung beritahu, kalau kakak kakak mau beli, nanti saya bawakan ke tempatnya. Macam cik en memang dah faham la, sebab dari dulu cik en dah diajar untuk memahami  bahasa gerakan badan dan raut muka seseorang (ala ala kaunselor kekononnya). 

Dan sangkaan cik en betul, Buyung kata, kalau kita buat tak kisah, mereka akan diam tapi kalau dah mula bertanya, dah mula pegang barang, kita kena wajib beli. Kalau tak akan jadi isu. Dan sebagai penduduk Lombok Buyung dan Jarjit tak kan cakap apa apa. Tak nanti jadi masalah kepada mereka. 

Selesai semuanya, kami meneruskan perjalanan ke bawah lagi Bumi Lombok untuk lihat pantai yang cantik. Sebelum itu kami akan singgah di 1 masjid. Cik Abe cik en ada beritahu juga masa dia datang sebelum itu, masjid itu masih belum siap. So kita tengok masih belum siap atau dah siap di next entri. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trip Lombok Indonesia 

Hari Pertama 


Hari Kedua


Hari Ketiga

Day 3.3 - Sunset di Senggiri

Hari Keempat 

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

2 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. bab penjual tu.
    tips aida dari kawan yg biasa ke wilayah indo.
    diam aje.
    jgn pegang.
    once pegang or bertanya, akan disuruh beli.

    ReplyDelete
  2. Memang sedap... Rindulah makanan Lombok Sambal Merah walau pedas tak sakit perut makan, fillet ikan.. ayam pelecing perghh semua sedap!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post