Kenali Suku Sasak di Dusun Sasak Sade Rembitan | Trip Lombok Indonesia | Lambat pula cik en update untuk entri ke 6 inikan? Sebabnya entri ini panjang jadi kena pilih masa yang sesuai untuk cik en menaip panjang panjang. Hihihi. Anyway cik en dah kongsi sikit mengenai Suku Sasak yang masih ada mengamalkan Islam Wetu Telu. Islam 3 waktu solat sahaja sehari. Nampak macam pelik kan tapi itu salah satu agama yang masih wujud di Lombok. | Kenali Suku Sasak di Dusun Sasak Sade Rembitan
Kenali Suku Sasak di Dusun Sasak Sade Rambitan
Sebelum kami masuk ke Dusun Sasak Sade ini,kami diberi penerangan ringkas. Jadi info ini adalah dari supir, orang suku sasak dan Wikepedia.
Anyway di Lombok majoriti suku sasak ini adalah penganut agama Islam yang ortodoks yang dikenali sebagai penganut Wektu Lima sama dengan kita di Malaysia. Yang mengamalkan Islam Wetu Telu pula banyak terdapat di Kampung Bayan, tempat asal agama ini dilahirkan. Selain itu golongan ini ada di Mataram, Pujung, Sengkol, Rambitan, Sade, Tetebatu, Bumbung, Sembalun, Senaru, Loyok dan Pasugulan. Dan tempat seterusnya cik en pergi adalah di Dusun Sasak Sade di Rambitan. Perjalanan dari Bukit Merese ke Dusun Sasak Sade ini ambil masa 30 minit.
Kalau ikut di wikepedia,
Masyarakat Sasak memeluk agama Islam dari lewat kurun ke-16 hingga awal kurun ke-17 di bawah pengaruh Sunan Giri dan orang Muslim Makassar. Namun ada di antara mereka yang telah mencampur aduk ajaran agama Islam dengan fahaman Hindu dan Buddha untuk mencipta sebuah agama baru yang dikenali sebagai Wetu Telu
Tapi menurut Buyung supir kami, suku sasak ini belajar mengenai Islam tak lengkap selepas Sunan Giri tidak mengembangkan agama Islam sepenuhnya dan terus mengembara. Tapi selepas itu, pihak kerajaan Indonesia telah memperbetulkan kembali .
Islam Wetu Telu ini solat 3 waktu sahaja kalau tak silap, Zohor, Asar dan Isyak. Sila betulkan kalau cik en silap. sebabnya sekali imbas je dengar hari tu. Selain itu dalam bulan Ramadan mereka puasa 3 hari sahaja. Hari pertama, pertengahan dan terakhir. Dan yang paling best kalau jadi suku sasak beragama Islam Wetu Telu ini hanya seorang saja iaitu ketua agama atau pemangku adat solat untuk seluruh orang di dalam kampung itu.
Amalan mereka yang lain termasuk mengambil bahagian dalam upacara Nyiu yang berlangsung 1000 hari setelah meninggalnya seorang kaum keluarga. Dalam upacara ini mereka akan menyembahkan barang-barang keperluan seperti pakaian, berus gigi, makanan dan tilam supaya rohnya akan lebih bahagia di syurga. Walaupun amalan dan kepercayaan mereka bercanggah dari ajaran Islam yang sebenar, mereka masih menganggap diri mereka sebagai Muslim
Selesai mengenai agama, cik en nak kongsi info rumah Suku Sasak ini. Di Malaysia, kalau rumah kita ada sekurang kurang 3 bilik. Untuk rumah Suku Sasak ini yang dipanggil Bale Tani tak ada bilik. Rumah mereka cuma ada dinding luar sahaja. Disitulah tempat tidur dan dapur. Dinding rumah mereka diperbuat daripada anyaman buluh, atap dari lalang kering dan tapak rumah tanah, getah pohon, abu jerami yang dicampur dengan najis kerbau.
Mesti korang tertanya kan, kalau tak ada bilik, macamana anak lelaki dan anak perempuan tidur? Takkan sekali. Semestinya tidak. Anak perempuan dan ibu akan tidur di dalam atau dikenali Bale Dalam dan anak lelaki dan ayah tidur di Bale Luar. Bale Luar juga digunakan sebagai ruang tamu. Bila masa pula mak ayah dorang bersama? Hahahhaa. mesti ini pun korang bertanya gak kan? Mak Ayah atau suami isteri yang nak bersama perlu mencari ladang dan tempat yang tertutup untuk buat "projek".
Awalnya macam tak masuk akal tapi ini kehidupan suku sasak dulu. Mereka sangat taat dengan agama sebab itu rumah yang dibina ada 3 tangga seperti dibawah ini
gambar tak clear pula |
Dan mereka tambah 2 tangga lagi menanda mereka bukan lagi Wetu Telu dan sudah mengamalkan Wetu Lime. Disini juga anak perempuan yang tak pandai menenun tak boleh berkahwin. Jadi di Dusun Sasak Sade Rembitan ini, korang boleh menjamu mata dengan hasil tenunan mereka
Harga kain tenunan di sini sangat murah berbanding tempat yang lain. Harga disini 2 kali ganda lebih murah dan boleh dibayar dalam bentuk RM atau Rupiah. Cik en beli 1 pasang. Kalau tak silap lebih kurang RM85. Warna yang digunakan adalah asli dan dijamin halal. Warna ini mereka buat sendiri dengan menggunakan bahan asli yang ada seperti kayu, bunga, tanah dan lain lain.
Selain itu ada pokok cinta. Katanya bila nak menculik, lelaki dan perempuan akan berjanji berjumpa di sini sebelum dibawa lari.
Di perkampungan ini ada Masjid cuma kami tak sempat nak masuk sebab dah mulai Maghrib. Kat sana 6.30 petang dah masuk Maghrib.
Cik en lanje sedikit gambar gambar lain ye..
Panjang kan entri kali ini, harap ada info yang cik en tak terlepas pandang. So jumpa di next entri sebab entri selepas ini entri Food Review pula.
Sumber :
https://ms.wikipedia.org/wiki/Agama_Wetu_Telu
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sasak
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Trip Lombok Indonesia
Trip Lombok Indonesia
Hari Pertama
Day 1.3 - Masjid Nurul Bilad Kuta Lombok Tengah
Day 1.7 - Dinner Ayam Taliwang di Taliwang Irama 3
Hari Kedua
Day 2.1 - Snorkeling di Gili Nanggu
Day 2.2 - Lunch di Gili Sudak
Day 2.3 - Pulau Putih di Gili Kedis
Day 2.2 - Lunch di Gili Sudak
Day 2.3 - Pulau Putih di Gili Kedis
Hari Ketiga
Day 3.2 - Melantak Sate Bulayak Sampai Gemuk
Day 3.3 - Sunset di Senggiri
Hari Keempat
Day 4.1 - Shopping Beg Rotan, Lombok Exotic, Sasake, Mutiara di Sinar Abadi dan makanan di Wisata Halal Lombok
Day 4.2 - Labu Sayong Versi Lombok di Banyumulek
Day 4.3 - Lunch Makanan Asli Lombok Rumah Buyung
Day 4.5 - Selamat Tinggal Bumi Lombok
Hi Cik Ein..penerangan dari wakil Sasak Sade tu best kan...Akak masa tu leka dengar dia bercerita...memang best la...anak- anak diorang pun memang itu pekerjaan, yang lelaki bertani dan wanita menenun..pemandangan perkampungan menarik dan cantik untuk bergambar...
ReplyDelete