Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak Port Roti Canai Marvellous | Hari ini hari kebebasan pada cik en sebab hari ini cik en perlu selesaikan pemeriksaan ladang itik untuk Lesen Penternakan Unggas Negeri Perak di Taiping. Setiap lesen yang perlu renew perlu dibuat pemeriksaan untuk melayakkan mereka renew untuk tahun selepas itu. Lesen Penternakan Unggas ini valid hanya untuk 1 tahun. Anyway cik en bukanlah nak cerita bab lesen tapi seperti biasa, bila ada aktiviti luar, kami akan makan di tempat tempat sedap sepanjang perjalanan. Kali ini kami akan makan port sedap disepanjang perjalanan Manjung ke Taiping. Untuk sarapan pagi hari ini cik en pekena Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak Port Roti Canai Marvellous.
Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak Port Roti Canai Marvellous
Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak Port Roti Canai Marvellous ini antara port roti canai yang popular dan jadi pilihan orang orang Manjung tak kira Melayu, Cina dan India. Kalau tengok update location Roti Canai Pak Hassan Segari Manjung Perak di facebook, ada orang cina yang tagged. So boleh dikatakan Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak ini pilihan ramai orang.
Kat mana kesedapan Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak ini? Bagi cik en, cik en suka roti canai dia yang lembut dan sedap. Kuah dia pun sama. Sedap. Kiranya kalau di sebelah Sitiawan, Kedai Roti Canai Tam Kampung Sitiawan port roti canai sedap tapi di sebelah segari Roti Canai Pak Hasan Segari jadi pilihan.
Segari ini berhampiran dengan Teluk Senangin, Pusat Penetasan Penyu Segari , Swiss Garden Damai Laut, Port Memancing Kg Bharu Sitiawan dan kalau jauh sikit, lumut, teluk batik, pulau pangkor dan Marina Island.
Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak dibuka bermula 8.00 pagi sehingga 5 petang dan rasanya dibuka setiap hari. Nak cari port sini senang, waze saja Roti Canai Pak Hasan Lumut. Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak ini bersebelahan dengan Masjid Arfiah Batu 3 Segari atau google saja Roti Canai Pak Hasan
terbaek.. nampak sedap :)
ReplyDeleteawat la dulu xtahu pon kedai mkn ynag best area sini.. ruginya duulu tak JJCM siap2
ReplyDeletecik En jom dating sini nanti hahaha
ReplyDeleteYes betul rasa tak pernah tukar lagi lagi Kuar dia sedapp , dulu i bawa kawan dari KL pergi kg i di sitiawan dan singah disini makan roti canai , kawan i oder 3 keping roti canai , dan nasi lemak , dia kata tak pernah rasa sedap kat bandar bandar KL
ReplyDelete