Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal Dan Keputusan Ujian Cik En

Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal Dan Keputusan Ujian Cik En | Mesti ramai yang tertunggu keputusan ujian komputer untuk dapatkan lesen motosikal cik en kan? Maaf lambat sebab tadi cik en berbuka puasa dan layan cerita Hantus sampai ralit nak menaip. hahahha. Ok la, ini entri sambungan Cara Dapatkan Lesen Motosikal yang cik en keluarkan sebelum ini. Dalam entri itu, cik en akan ambil Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal jenis L untuk membolehkan cik en ambil lesen P selepas 30 hari usia lesen L cik en. Nak tau keputusan Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal cik en tak? Korang kena baca la sampai habis.

Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal Dan Keputusan Ujian Cik En
Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal Dan Keputusan Ujian Cik En 

Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal Dan Keputusan Ujian Cik En 


Anywayyyyy cik en lulus dengan markah 42/50. Markah lulus 42/50.. Oh my good.. Sipi sipi betul tau cik en dapat jawab. Andai kata gagal cik en boleh repeat sekali lagi selepas tamat ujian komputer itu secara percuma. Kalau gagal lagi, cik en kena ke JPJ untuk langkah selanjutnya. 

Ini la keputusan cik en. Hahhahaha. Menangis tengok wehhh.. Rasa macam baru dapat keputusan SPM.. hahahaha


Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal


Kali ini cik en nak share dengan korang apa persedian sebelum peperiksaaan dan tips untuk lulus ujian komputer (macam la dapat markah penuh kan? ahhahaha) 

  • Buku teks yang dibagi boleh untuk korang rujuk dan hafal
  • Kalau rasa nak buat latihan tubi ala ala percubaan SPM itu korang boleh cari di apps di Google Play atau Play Store - Ujian KPP
  • Dalam apps itu ada 500 soalan dan soalan buta warna. So far ada la dalam separuh soalan dalam apps ini muncul dalam ujian sebenar
  • Hari ujian (cik en akan tempah 2 hari sebelum ujian melalui institut memandu) korang jangan lupa bawa no siri yang cik en pernah story sebelum ini. Cik en ambil ujian ini di MYEG Sitiawan 
  • Pakaian pula korang rujuk bawah ini



  • Kes cik en tadi lupa pakai kasut bertutup penuh. Nasib ada sport shoes teruslah tukar. ahahha



  • Cik en ada masalah masa pendaftaran sebab cik en dah salah bayar yuran. Mana la cik en tau kan kena Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal ini harganya berlainan. RM 17 untuk fresh dan RM 27 untuk kes ada Lesen D. Nasib MYEG ini ada list nombor telefon institut memandu di sekitar Manjung


  • Terus cik en call uncle institut memandu tu dan nasib cik en baik uncle itu daftarkan dulu dan bayar kemudian.
  • Cik en dah selesai pendaftaran, terus kena selfie.. ahahha. bukanlahhh.. ambil gambar dulu dan thumb print sebelum ambil Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal
  • Komputer cik en nombor  14 dan korang jangan nak gi komputer nombor lain pulak. Kang ujian komputer untuk dapatkan lesen lain pula. 
  • Ada masa lebih kurang 45 minit untuk jawab 50 soalan. 

  • Semua perlu tinggal di luar kecuali diri sendiri dan kad pengenalan saja. 
  • Gambar diatas ini cik en ambil di komputer untuk demo ujian komputer di bahagian menunggu
  • Ini pula paparan untuk keputusan ujian komputer


Selepas lulus, cik en perlu ke institut memandu dan bawa sekeping gambar dan keputusan ujian komputer tadi untuk mereka proceed Lesen L. So cik en punya boleh ambil esok petang.  

Selepas settle urusan itu, cik en pergi bayar deposit untuk baby baru cik en. Baby baru?? Itu cik en akan story entri lain okey! Oh ya, lepas ini cik en akan story latihan menunggang motosikal juga sekali nanti na.. bagi can cik en belajar dulu

Jumpa next entri semua! 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

3 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post