Cara Mendapatkan Lesen Motosikal | Ada kisah kenapa cik en tak teruskan ambil Lesen P selepas dapat Lesen L untuk motosikal dulu. Sepatutnya belajar 10 jam saja di litar kan? Tapi cik en dah belajar 30 jam di litar and the last cik en tak berjaya nak masuk test JPJ. Bukan sebabkan cik en buat hal tapi rasanya lebih kepada ditipu agen institut memandu. Sebab kecewa, cik en terus ambil lesen kereta (Lesen D) dan dah dapat Lesen Memandu Kompeten hampir 8 tahun. Disebabkan cik en dah mula nak menjadi minah rempit ini, cik en rasa kesedaran untuk ambil balik Lesen Motosikal dan mula merancang nak travel naik motosikal lepas ini. Dan cik en tahu, ada dikalangan pembaca cik en, ada lesen kereta tapi lesen motosikal tak ada macam cik en kan? So dah alang alang cik en dah nak ambil lesen ini, cik en share dengan korang Cara Mendapatkan Lesen Memandu Motosikal
Cara Mendapatkan Lesen Motosikal |
Cik en nak share la, harga yang cik en dapat buat Lesen Motosikal B2 di Sitiawan ini. Cik En ambil di Institut Memandu Growth Plus Sdn Bhd. Untuk Lesen Motosikal B2 harga adalah RM300.
Tidak termasuk buku teks RM 10 (belakang buku test ada no siri dan no siri itu satu orang akan dapat satu no siri yang berlainan dan ianya perlu diberi semasa memasuki ujian komputer), ujian komputer untuk motiskal RM 17 dan bayaran untuk ujian JPJ nanti.
Sebelum itu cik en nak share sikit jenis jenis lesen memandu yang korang akan dapat lepas lulus Ujian Komputer di MYEG.
- Lesen L (Lesen Belajar Memandu)
- Lesen P (Lesen Memandu Percubaan)
- Lesen Memandu (Lesen Memandu Kompeten - kira lesen besar la)
- Lesen Vokasional (Lesen kenderaan untuk dapatkan upah memandu seperti Lesen Bas, Lori atau konduktor bas (tak perlu memandu)
Syarat Mendapatkan Lesen Motosikal
- Umur 16 tahun keatas (motosikal) dan sihat tubuh badan serta bukan buta warna
- Untuk OKU perlu dapatkan pengesahan dari doktor
- Warganegara Asing pula perlu ada pasport dan visa dan ada di Malaysia sekurang kurangnya tempoh 1 tahun
Cara Mendapatkan Lesen Motosikal
Ok, yang ini cik en nak share proses Mendapatkan Lesen Motosikal pula
- Pendaftaran - Pendafatran di Institut Memandu, Sekolah Memandu, atau Agen yang sah
- Kursus Teori Penunggangan Selamat (KPP 01) - Kursus ceramah ini 6 jam dan korang wajib thumb print sebelum dan selepas kursus untuk melayakkan korang ambil Ujian Komputer selepas itu.
- Ujian Komputer - Korang kena pergi ke MYEG atau kalau Institut Memandu ada MYEG. Keputusan akan dapat on the spot masa itu. Skor sekurang kurangnya 42/50
- Ujian Buta - Menguji Penglihatan Mata
- Bahagian A - Tanda simbol/ Papan tanda jalan raya
- Bahagian B - Peraturan Jalan Raya
- Bahagian C - Jalan Raya, Undang Undang dan Soalan Kejara
- Jika Gagal, korang boleh repeat balik ujian komputer dan jika lulus, korang dah boleh memiliki Lesen L (Lesen Belajar Memandu)
- Lepas itu korang boleh la buat Praktikal di Litar (KPP 02) selama 9.5 jam
- Praktikal di Jalan Raya (KPP 03) 6 jam. Walaupun namanya di jalan raya tapi sebenarnya ianya dalam litar saja. Praktikal ini kalau tak silap cik en masa ceramah tadi, 4 biji motosikal jalan serentak
- Settle 10 jam latihan dan lesen L dah berusia 30 hari, boleh lah ambil ujian JPJ. Just inform pada Institut Memandu dan mereka akan setkan. Tapi pastikan korang thumb print cop jari sebelum praktikal dan selepas praktikal dan lepas 10 jam syaratnya itu.
- Ujian JPJ
- Ujian Penilaian
- Ujian Bahagian 11 dan 111
- Lulus dan korang dapat Lesen P (Lesen Memandu Percubaan)
- Tempoh Percubaan 2 tahun. Untuk kes cik en yang dah ada Lesen Kereta cik en skip tempoh ini. Kira terus dapat Lesen Memandu (Lesen Memandu Kompeten). Tak perlu tampal P kat motosikal
- Selepas 2 tahun, korang ada masa 1 tahun untuk tukar Lesen P (Lesen Memandu Percubaan) ke Lesen Memandu (Lesen Memandu Kompeten)
- Kalau gagal sila ulang semula dari step 1 tadi.
Ok la, cik en akan share lagi untuk step seterusnya iaitu Ujian Komputer di MYEG. Jumpa next entry di
bayar asing-asing ke Cik En...mcm2 sekarang ni yeaa..
ReplyDeleteyg myeg kena bayar kt myeg..
DeleteSalam .
ReplyDeleteNak tanya skit, klu ada lesen moto, dh melebihi 4 tahun, nk ambil lesen kereta pulak, kne repeat dari awal, dari dga ceramah,amk p moto semula,lpas tu baru ble blajar kereta plak.
klu dah ada lesen moto full. maksudnya dah lepas P..xperlu repeat.. tapi untuk ambik lesen kereta tetap kena masuk ceramah balik.
DeleteSyarat 16 tahun tu ikut tarikh lagir ataupun ikut tahun
ReplyDeletetarikh lahir
DeleteSyarat 16 tahun tu ikut tarikh lagir ataupun ikut tahun
ReplyDeleteikut tarikh lahir
DeleteLesen L motor still bole menunggang tanpa pembonceng ya tak?
ReplyDeleteiye. L naik sorang saja
DeleteKalau dah ada lesen kereta,berapa harga nak buat lesen motor?lebih mahal atau lebih murah ye??
ReplyDeletemacam cik en la.. lesen kerata ada.. bru ambil lesen moto. Agak mahal la dari yang x pernah ada lesen nak ambil lesen moto
DeleteMasa kelas untuk P tu first day 6 jam setengah kan?bape kali kelas untuk dptkan lesen tu? mmg kelas atas litar je ke?
ReplyDeletesekali je.. kelas dalam bilik kuliah.
DeleteCik en waktu daftar pertama kali datang akademi utk daftar sahaja atau dgr ceramah terus
ReplyDeletekelas ada hari2 dia.. so klu korang dh tau hari apa, bolegh dftar dan teru smasuk kelas
DeleteKalau nak ambik lesen motor jer macam mana
ReplyDeleteboleh.. pergi ke akademi memandu.
DeleteCik en, kalau dah ade lesen kereta dan nak ambil lesen motor lepas tu perlu ke ikut ceramah dan ambil balik ujian komputer?
ReplyDeletettp kena ambik juga..
DeleteNak tanya.. Kalau dah ada lesen kereta dan dah lepas P, ubtuk ambil lesen motor perlu repeat test conputer lagi tak?
ReplyDeleteprosedur yg sama.. cuma masa dftar kat nak ambil lesen moto.. nnti masa komputer org yg ambil lesen moto, kereta atau moto dan kereta akan dapat soalan berbeza.. bilangan soalan pun x sama
ReplyDeleteSaya ambik lesen motor... ambik ujian komputer dah lululs dapat lak slip / kertas keputusan yg menunjukkan saya dah lulus ujian komputer..lepastu nak buat mcam mana ya?
ReplyDeleteDah settel belum?
Deletenak tanya masa lepas daftar nak amik ujian komputer kena tunggu turn ke?kalau boleh jawab ngan secepatnya mungkin huhu
ReplyDeleteKlau ambil kesen motosikal pastu masa ujian atas litar dan ujian dengan jpj tu kita akan gunakan motor yang dia sediakan ke?
ReplyDeleteNak tanya klau ada saman polis tpi sy check xde saman jpj boleh tak sy daftar ambik lesen
ReplyDeleteSalam sy nk tnya sy ada saman polis tpi sy check xde saman jpj boleh ke sy daftar ambik lesen
ReplyDeleteKalau nak buat proses seterusnya lepas ujian komputer kene pegi akademi terus untuk buat praktikal lepas dapat result ke mcm mana
ReplyDeleteNak tanya sikit. Macam saya lesen L dah pegang hampir dekat 2tahun bayar semua dah settle. Jika nak pergi buat ujian praktikal litar tidak perlu bayar apa² kan?
ReplyDeleteujian untuk P dan latihan harga lain. kena rujuk kepada akedemi.. klu maish de resit mgkin x perlu bayar dah
DeleteCik en,kalau nk ambil ujian Jpj tu mmg lesen L kena lebih 30 hari ehh..klu kurg xboleh la ye
ReplyDeleteMemang mantap lah cik en. Mudah faham dan info diberikan sangat jelas. Terima kasih :)
DeleteSalam sis, untuk lesen kereta kena ambil ujian computer jugak ka sebab saya dah ada lesen moto
ReplyDeleteWajib sis, cam sy dah ada lesen kereta full pun proses wt lesen motor kena buat cm masa mula² buat lesen dulu.. Cuma bila dah ada lesen lain nie, kite x perlu menunggu 2 tahun P or L tu.. Kiranya kite akan terus dapat lesen full lepas hbs test jpj then dpt result lulus..boleh check status dah masuk kat system web jpj atau belum, jika dah ada.. Anda boleh la bawa dokumen diperlukan ke pusat jpj... Nak lesen cepat siap g buat sendiri kat jpj berbekalkan dokumen & sekian bayaran yg diperlukan.. Tak kira dari lesen L sampai la lesen P dan seterusnya.. Urusan pun senang je..
DeleteWajib sis, cam sy dah ada lesen kereta full pun proses wt lesen motor kena buat cm masa mula² buat lesen dulu.. Cuma bila dah ada lesen lain nie, kite x perlu menunggu 2 tahun P or L tu.. Kiranya kite akan terus dapat lesen full lepas hbs test jpj then dpt result lulus..boleh check status dah masuk kat system web jpj atau belum, jika dah ada.. Anda boleh la bawa dokumen diperlukan ke pusat jpj... Nak lesen cepat siap g buat sendiri kat jpj berbekalkan dokumen & sekian bayaran yg diperlukan.. Tak kira dari lesen L sampai la lesen P dan seterusnya.. Urusan pun senang je..
ReplyDeletehmm 3 minggu sempat tak utk dapatkan lesen L motor..sbb saye budak asrama...takut tak sempat nak dapatkan lesen P
Delete