Kucing Kencing Sikit Sikit Petanda Batu Karang | Lama juga cik en tak kongsi artikel mengenai kucing kan?Cuma malam ini cik en rasa nak kongsi dengan korang masalah kucing kencing sikit sikit ini. Tahu tak korang Kucing Kencing Sikit Sikit Petanda Batu Karang? Masih tak tahu atau korang sendiri pernah melihat kucing korang ada masalah kencing sikit sikit ini? Mungkin artikel Kucing Kencing Sikit Sikit Petanda Batu Karang dapat membantu korang yang tengah mencari info waktu korang baca artikel ini atau sebagai ilmu bila Kucing Kencing Sikit Sikit nanti.
Kucing Kencing Sikit Sikit Petanda Batu Karang |
Kucing Kencing Sikit Sikit Petanda Batu Karang
Macam biasa cik en akan share dengan korang menggunakan point point dan bahasa yang ringkas untuk memudahkan korang memahami masalah Kucing Kencing Sikit Sikit ini. Kalau korang depan mata, senang cik en nak kongsi dengan korang menggunakan gambarajah. Tapi dah dalam blog ini mungkin penerangan ini korang kena faham melalui tulisan cik en. Kalau menggunakan bahasa veterinar pula ini adalah masalah Feline Lower Urinary Disease (FLUTD)
1. Kenapa Kucing Kencing Sikit Sikit?
Ini berlaku kerana saluran kencing kucing jantan (betina jarang berlaku tapi tetap pernah berlaku) di 'block' oleh kristal /batu/pasir/ yang halus.
2. Sebab apa ada kristal /batu/pasir/ yang halus dalam salur kencing kucing?
Selalunya berlaku kerana mungkin
- Makanan dan diet tak seimbang - makanan yang terlalu murah, bewarna warni dan kandungan tak seimbang. Boleh rujuk entri Cara Memilih Makanan Kucing Yang Betul
- Habit/Kebiasaan - Selalunya kucing jenis kurang minum air.
- Kucing Tahan Kencing - Selalunya stress kerana pindah rumah baru, pasir berkongsi dengan kucing lain, kehadiran kucing baru dalam rumah dan musim mengawan. Stress yang lain korang boleh baca di entri 10 Tanda Mungkin Kucing Stress
3. Apa tanda lain batu karang selain kucing kencing sikit sikit
- Kucing akan kerap ke bilik air tapi tak kencing pun (tidak lawas)
- Ada kencing tapi setitik dua je
- Kencing bewarna coklat atau merah (kencing berdarah)
- Setiap kali kencing, kucing akan menjerit sebab rasa sakit.
- Kucing mula muntah dan pasif
4. Kesan jika Kucing Kencing Sikit Sikit di biarkan tanpa rawatan?
- Kucing akan rasa sakit teramat sangat sehingga buat kucing tak lalu makan dan minum. Kucing akan mulai lemah
- Jika lambat dapat rawatan, kemungkinan kucing akan ada masalah buah pinggang (kidney problem)
- Jika dibiarkan, kucing akan mati
5. Rawatan Kucing Kencing Sikit Sikit
Ada beberapa rawatan yang boleh dibuat tapi ianya bergantung kepada tahap sakit ini. Rawatan fizikal sangat perlu untuk menentu tahap kronik Kucing Kencing Sikit Sikit ini. Pundi kencing atau bladder akan di ramas/press/gengam/uji untuk menentukan kucing masih boleh kencing atau tidak. Kuantiti yang keluar juga akan diambil kira seperti sikit sikit, banyak atau tak keluar langsung.
- Jika kencing di press dan air kencing yang keluar masih banyak dan berdarah berada di tahap 1. Selalunya akan diberi antibiotik dan anti inflamantory. Selain itu akan diberi suplemen seperti Uty-Oxi, Nefrotec (himalaya brand). Makanan kena tukar kepada makanan khas untuk urinary problem. Recommended brand Hills dan Royal Canan
- Jika kencing keluar tapi sikit sikit pula ianya di tahap ke 2. Tapi ada peluang ianya tak menganggu teruk buah pinggang. Masih menggunakan kaedah tahap pertama dan kalau perlu proses memasukkan cateter pula dijalankan untuk proses flushing
- Jika kucing tak boleh kencing langsung adalah tahap ke 3, dinasihatkan untuk masuk wad sekurang kurangnya 3 hari 2 malam untuk proses flusing dan drip setiap hari. Jika perlu akan ada ubat tambahan yang bersesuaian. Jika kucing tak nak makan kena beri wet food khas untuk urinary problem. Tapi masa ini, kesihatan kucing 50 - 50. Ditahap ini kemungkinan kidney kucing akan ada masalah.
6. Perlu ke buat ujian darah?
Pendapat cik en dan juga pendapat dari doktor veterinar yang cik en kenal, semasa masalah FLUTD, sememangnya kidney akan positif. Jadi untuk dapatkan keputusan yang lebih jelas adalah darah diambil seminggu atau 2 minggu selepas kucing sihat. Jika negetif, supplemen dan ubat yang berkaitan akan diberi.
7. Berapa kos?
Anggaran kos adalah dari RM200 hingga RM700 mengikut tahap, ubatan, warded, ujian darah dan sebagainya.
Kalau nak tahu macamana proses flushing boleh rujuk entri Kenapa Kucing Kencing Berdarah
p/s : sumber gambar : google image
first time tahu pasal ni. tak sangka boleh stress sampai halang kencing
ReplyDeleteAssalam cik, nk tny, sy outatation 3 hari.mak baru detect kucing sy kencing ckit2 mlm ni.mak xblh drive nk bw p klinik, tp kn kucing sy cergas, lari sana lari sini..perlukah kucing sy dirawat scpt mungkin?
ReplyDeletebetter bawak check.. kang klu lama2.. kristal makin banyak akan block terus salur kencing dia.. masa tu kos akan semakin mneingkat
Delete