7 Cara Ketahui Kucing Deman Atau Tidak | Cik en selalu dikunjungi owner kucing yang anak bulus dorang demam. Bila cik en check suhu tak ada pulak demam. Bagaimana owner ini tahu yang kucing ini demam? Cik en pernah bertanya kepada beberapa owner yang selalu datang ke klinik cik en. Macamana akak tau kucing akak demam? Badan kucing akak ini panas dik. Adakah cara dengan pegang badan badan berbulu kucing korang dapat tahu kucing korang tu demam atau tak? Meh sini cik en nak kongsi 7 Cara Ketahui Kucing Deman Atau Tidak dirumah tanpa perlu menunggu diagnosis dari klinik veterinar
7 Cara Ketahui Kucing Deman Atau Tidak |
7 Cara Ketahui Kucing Deman Atau Tidak
Cara ini korang boleh check sendiri di rumah. Sebenarnya cara korang check melalui badan kucing berbulu tu kurang tepat. Sebabnya suhu bulu dan suhu badan berbeza. Macam kita pegang terus ke kulit manusia dan pegang baju pada manusia. Lain kan rasa suhunya. Jom kita tengok apa yang korang boleh pastikan kucing demam atau tidak di rumah
1. Kucing pasif
Yang ini benda pertama korang akan nampak. Kalau sebelum ini kucing korang sangat aktif lompat sana sini tiba tiba dia diam, monyok atau tidur. Kemungkinan dia demam
2.Pegang kulit kucing
Ha, yang ini cik en nak jar korang. Kalau nak tahu badan kucing panas atau sejuk, jangan dipegang bulunya tapi kulitnya. Tempat yang senang korang check adalah sebelah dalam telinga yang tak berbulu atau tapak kaki. Tapak kaki ini sebenarnya banyak dipengaruhi persekitaran. So untuk ini cik en lebih suka owner pegang telinga. Cik en pun akan pegang telinga kucing dulu sebelum start diagnosis yang lain
3. Bulu Berserabut
Selalunya kucing demam, dorang takkan ada mood nak grooming atau menjilat bulu. Dorang akan biarkan bulu dorang dalam keadaan tak terurus. Macam manusia juga la, bila demam, muka sememeh je kan?
4. Tahi Mata
Yang ini antara korang boleh tengok. Kucing korang bertaik mata. Standard la kucing kuat tidur kan? Sebabnya dorang tidur 12 hingga 16 jam dalam satu hari. Dan kucing akan grooming dan bersihkan badan selepas bangun tidur. Tapi kalau dah korang tengok berlambak lambak tahi mata itu, mesti kucing tak grooming. Ini adalah salah satu faktor kucing demam atau kurang sihat. Sebabnya tak ada mood nak bersihkan muka
5. Hidung Kering
Bila demam, kucing akan banyak tidur, jadi hidung dorang pun akan kering. Ini pun salah satu cara nak ketahui demam atau tidak
6. Mulut Berbau
Bila kucing asyik tidur je, dorang akan mula kurang makan dan minum. Kalau dorang tak ada maslah ulser, kemungkinan ini juga tanda kucing korang demam
7. Check suhu kat montot guna termometer
Kalau korang jenis nak result lebih klinikal, korang boleh gunakan termometer yang korang boleh beli di farmasi, gaurdian atau watson. dan masukkan dalam punggung. Pastikan diletakkan di dinding anus/dubur kucing. Korang boleh rujuk Suhu Normal Kucing dan Anjing untuk tengok bacaan melebihi atau tidak suhu normal tu.
Ok la, sampai sini saja cik en mengajo kali ni erk? ahahaha. Insyallah nanti kita jumpa lagi untuk next entry. Cik alu alukan nak buat pertanyaan, request topik atau nak kongsi kucing korang yang special dari kucing lain yang mungkin cik en boleh kongsi di blog ini. Kalau ada, korang boleh emailkan ke eintannurfuzie@gmail.com.
thanks atas info berguna ini :)
ReplyDeletecian tgk bila dak2 bulu nih demam..
ReplyDeleteBaru tahu cara nak check kucing demam
ReplyDeleteOwner paranoid la tu berkejar2 ke vet walaupun tak demam.hahahahah mcm mai la.. mai selalu kena marah bila duk risau udin tido bnyk.mak kata biasalah kucing mmg banyak tido je ...adoi..
ReplyDeleteThanks sharing info ni..
ReplyDeletebagus tips ni. keluarga mertua Rose bela banyak kucing, dorang dah faham keletah kucing-kucing. tahu time sihat, time merajuk. hihi
ReplyDeletethanks for sharing
ReplyDeleteGood info..boleh perati kucing2 kat rumah ni nanti..
ReplyDeleteBagus tanda tanda ni...tapi mulut berbau tu susah skit...cmna nak check hahha
ReplyDeleteBagus tip ni, kucing kalau tak sihat memang diam
ReplyDeleteBanyaknya yang akak tak tahu pasal kucing... Thanks for info
ReplyDeleteThanks for the info. Lepas ni bolehlah pantau Pocky (my kitten) hehe.
ReplyDeleteWeh..serius tak pernah terfikir nak check..hahaha..selalu kalau nmpk dia lemah longlai je Sally selalu borak² je..agak² x menyahut lgsg, Sally bw g klinik
ReplyDeleteSelalu risau kalau tiba-tiba kucing sendiri badan rasa suam-suam, ingat dia sakit. Bagus jugak tips ni, boleh aware sendiri. hehehe
ReplyDeleteterima kasih pengkonsgian ni cik en.. selalu duk sentuh telinga n tapak kaki.
ReplyDeleteOh mcm tu..selalu tgk taik mata ckp dia sakit
ReplyDeleteGood tips
ReplyDeletesatu lagi badan dorang panas dan dorang asyik tidur jak sepanjang dorang demam..
ReplyDeleteWah bagus ni, thanks sangat ..
ReplyDelete