Apa Itu Make 11.11 Fly? | Sebut saja pasal fly, mesti korang membayangkan percutian atau travel kan? Mesti korang juga tak percaya yang cik en baru sekali menggunakan flight untuk travel. Kebanyakkan cik en banyak habiskan masa travel di seluruh semanjung Malaysia. Tapi kali ini, Cik en cuba sekali lagi merancang bercuti menggunakan flight. Gian nak naik flight kot. Untuk kali ini, cik en berhasrat untuk bercuti bersama adik cik en ke Lombok pula. Bila dengar kawan kawan yang pernah beritahu kecantikan Lombok, buatkan cik en rasa tak sabar nak ke sana. Cuma kali ini cik en nak gunakan tawaran Make 11.11 Fly untuk percutian kali ini. Apa Itu Make 11.11 Fly? Jom baca lebih lanjut
Apa Itu Make 11.11 Fly?
Make 11.11 Fly adalah kempen promosi jualan flight ticket yang dibuat oleh Traveloka yang berlansung selama tiga hari, 10, 11 dan 12 November. Korang boleh dapatkan harga flight yang tak masuk akal untuk pergi kemana mana saja minimum untuk 2 orang termasuk return ticket. Sebab itulah cik en pun nak grab masa murah macamni untuk merancang percutian atau travel. Ini adalah satu tips untuk dapatkan harga flight yang murah dan berbaloi.
Tempat Tempat Menarik Di Lombok
Sebelum cik en tetapkan tempat untuk travel ini, cik en akan survey tempat tempat menarik yang berbaloi. Sebabnya kebanyakan tempat tempat menarik ini akan ambik masa beberapa jam untuk sampai. Kalau korang dah travel berjam jam tapi tempat biasa biasa je. Tak berbaloi la kan? Disebabakan cik en memilih ke Lombok, cik en perlu survey sedikit tempat tempat menarik yang selalu di kunjungi oleh pelancong. Lombok sememangnya banyak tempat tempat menarik. Antaranya adalah tempat terbaik untuk snorkeling. Semenjak balik dari Phuket, cik en dah jatuh hati dengan dunia snorkeling. Jadi di Lombok, cik en ada survey beberapa tempat untuk snorkeling, aktiviti pantai dan air terjun.
Kawasan Pantai dan Pulau di Lombok
1. Gili Trawangan, Gili Air dan Gili Meno
Gili Trawangan, Gili air dan Gili Meno terletak bersebelahan di Kepulauan Gili. Sebab itu di setiap pulau akan diletak nama Gili. Antara 3 kepulauan ini, Gili Trawangan merupakan salah satu lonely planet di dunia.
Antara aktiviti yang boleh dibuat di ketiga tiga pulau ini adalah :
- Berenang
- Water Sport (Banana boat, Water Ski, Kayak, Jet Ski dll)
- Snorkeling
- Diving
- Berbasikal mengelingi pulau
- Naik Cidimo ( Cidimo adalah andong yang ditarik oleh kuda)
- Berjalan jalan sepanjang persisiran pantai
- Bergambar
- Berkuda
- Bersantai di tepi laut sampai menikmati pelbagai jenis makanan. Sebabnya di sepanjang persisiran pantai mempunyai banyak kedai makanan
- Bersantai di hotel sebabnya di hotel pun tak kurang cantiknya berbanding di tepi laut
- Gili Air Night Market
2. Pink Beach
Seperti nama tempat ini Pink Beach, kelainan yang dapat di tengok pada pasirnya yang berwarna pink atau merah jambu. Apa apa pun nama asal pantai ini aadalah Pantai Tangsi. Pantai ini merupakan salah satu dari tujuh pantai di dunia yang memiliki pasir pantai berwarna pink, dan satu dari dua pantai di Indonesia yang memiliki pasir pantai berwarna pink. Kenapa ianya berwarna pink? Ini disebabkan pasir yang bewarna putih bercampur dengan kerang bewarna merah muda. Disini korang boleh buat aktiviti snorkeling, memancing dan menyelam.
3. Kuta Beach
Jangan keliru pulak ye, Kuta Beach ini ada 2 tempat. Satu di Bali dan satu lagi di Lombok. Seperti di Bali, Kuta Beach di Lombok pun mempunyai tempat yang menarik sama di Bali. Antara tips yang boleh korang gunakan datang kesini adalah
- Berjalan jalan di pantai kuta sebelum ke pantai pantai berdekatan yang lain
- Kalau korang ada sewa kereta, pastikan korang balik ke hotel sebelum pukul 6 untuk kelancaran trafik yang baik’
- Kalau nak sewa peralatan snorkeling, cuba untuk dapatkan diskaun, sebabnya mereka boleh berikan diskaun sehingga 30 %
- Disebabkan cuaca panas disini, pastikan korang pakai krim sun block, cermin mata dan topi
- Sila jaga kebersihan. Jangan suka hati membuang sampah ye
- Hotel yang berdekatan adalah Kutu Indah Hotel dan Kuta Paradise Lombok
4. Mawun Beach
Kalau korang tak sukakan ramai orang, katanya Mawun Beach ini kurang pelancong yang datang. Sampaikan tiada kedai makan atau warung yang menjual. So kalau datang sini kena sediakan makanan siap siap. Macam berkelah kan? Pastikan juga datang sini, pakai sunblock. Kat sini ada menjual barangan tenun dan antara tips yang cik en baca di internet, kalau dah tawar menawar dan korang berjaya dapatkan harga murah jangan pulak tak jadi beli. Katanya ada peniaga yang bertindak di luar kawalan.
Kawasan Air Terjun di Lombok
1. Sendeng Gile dan Tiu Kelep Waterfall
Sendeng Gile dan Tiu Kelep Waterfall mengambil masa 1 jam 30 minit dari Gili Islands. Disini korang akan menyaksikan keindahan air terjun yang cantik. Ianya terletak di kaki Gunung Ranjini. Antara tips yang korang boleh ambil bila datang kesini adalah :
- Gunakan kasut bukan licin yang sesuai dengan medan yang agak curam.
- Lebih baik jangan melawat tempat ini pada musim hujan.
- Bawa pakaian pertukaran jika anda ingin mandi di air terjun.
- Elakkan berada di tempat di mana air jatuh (terutama di air terjun Tiu Kelep), kerana air terjun membentuk aliran putaran yang dapat menenggelamkan anda.
- Lindungi kamera anda dan barangan elektronik yang lain semasa anda berada di kawasan air terjun.
- Jangan merosakkan, mengeluarkan atau membawa pulang sebarang tumbuh-tumbuhan atau haiwan dari kawasan air terjun.
2. Gunung Ranjini
Gunung Ranjini adalah gunung berapi ke dua tertinggi di Indonesia.. Disini menjadi tumpuan pelancong kerana pemandangan dia yang indah. Selain dari puncak gunung Ranjini, ada satu tempat yang dinamakan Segara Anakan mnjadi tarikan. Segara Anakan merupakan danau kawah yang cantik.
3. Air Terjun Benang Kelambu
Selain dari Seleng Gile dan Tiu Kelep Waterfall, Air Terjun Benang Kelambu adalah salah satu air terjun yang popular di Lombok. Disini berbeza di Tiu Kelep Waterfall, air terjun berbentuk tali dan seperti keluar daripada rimbunan pokok. Katanya memang cantik sangat suasana di sini.
4. Air Terjun Gangga
Katanya di Air Terjun Gangga ini ada mitos Desa Bistari yang hilang. Ianya berlaku pada zaman penjajahan Belanda. Disebabkan risau desa ini menjadi mangsa, salah seorang tetua adat di Desa Besari berdoa pada Tuhan agar desanya dihilangkan dari pandangan orang luar. Jadi kawasan air terjun ini dulu ada perkampungan. Selain dari kisah mitos, tarikan utama pelancong disini adalah rumah pohon. Korang boleh naik dan bergambar di atas. Disebabkan bilangan pelancong yang bertambah, korang dah tak boleh naik rumah pohon beramai ramai. Korang perlu beratur untuk naik.
Kesemua tempat tempat diatas, cik en akan cuba kunjungi dengan adik cik en tak lama lagi. Disebabkan Make 11.11 Fly akan berlansung tak lama lagi, cik en akan menunggu Make 11.11 Fly di Traveloka untuk mendapatkan tawaran terbaik. Jumpa di next entry di www.nurfuzie.com. da.....
teruja tengok pantai pink tu. cantik!
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Wahhhh nak pi Lombok.. Best gak boleh masuk wishlist nie.. Dengan Traveloka semua murah dan mudah =)
ReplyDeleteSubanhannAllah banyaknya tempat cantik. memang kena rebut promosi ne
ReplyDeletebest jugak gi lombok.. cantiknya pink beach...
ReplyDeleteBanyak tempat cantik kat lombok ni rupanya. Paling teringin nak ke pink beach tu 😘😘
ReplyDeletewahh seronoknya kalau dapat bercuti ke sana kan
ReplyDeleteCantiknya lombok.. boleh masukkan lombok dalam salah satu wishlist percutian deeba dan family ni.. kumpul duit dulu.. hehe.. btw deeba folliw sini.. jemput singgah blog deeba ye.. http://darikacamataseorangwanita.blogspot.com
ReplyDelete