Menu Sihat Dan Sedap Dengan US Potatoes | Bila sebut potatoes atau kentang cik en akan anggap ianya adalah tinggi karbohidrat lebih daripada nasi. Jadi cik en akan elakkan sebabnya takut gemuk. Tapi selepas cik en diberi penerangan fakta mengenai kentang ini masa Event Healthy Delicious Dishes with US Potatoes di The Wembley A St Giles Hotel Penang, rupanya not bad juga kentang ini. Kandungan Vitamin C dan Pottasium yang tinggi rupanya. Dan juga banyak yang boleh dibuat Menu Sihat Dan Sedap Dengan US Potatoes ini. Rasa happy sangat sebabnya diberi peluang untuk tahu apa menu menu yang boleh dibuat dengan US Potatoes ini.
Sebelum cik en share menu menu yang akan meliurkan korang, cik en nak story sikit apa info info penting masa cik en ikuti event ini.
Fakta Mengenai U.S Potatoes
U.S Potatoes ini sangat bermutu tinggi kerana Amerika Syarikat merupakan negara yang menanam dan mengeluarkan kentang terbesar di Dunia kerana biji benihnya yang disahkan berkualiti mengikut piawaian ketat. Piawaian kualiti ini merangkumi saiz, bentuk dan kerosakan sebiji kentang. Kentang yang ditanam harus mengikuti aspek aspek pengurusan tanah, sumber air, teknik kutipan dan penyimpanan, persekitaran yang sesuai dan mempunyai pelbagai jenis. Selain dari itu, Amerika Syarikat satu satunya negara yang mewajibkan untuk standard kualiti dan saiz kentang sejuk beku.
Antara Kebaikan U.S Potatoes
- Pottasium yang lebih tinggi berbanding pisang - Pottasium ini bagus untuk boosts nerveous systemdan mantain kandungan gula dalam badan dan tekanan darah
- Kandungan vitamin C yang tinggi - Sebut vitamin C mesti korang dah tau ianya lebih kepada kecantikan kulit kan? Tak perlu nak beli supplemen vitamin C yang mahal mahal, hanya makan sebiji US Potatoes bersama kulit korang akan dapat 30% vitamin C dan 10 % vitamin B
- Satu kentang hanya mempunyai 110 kalori sahaja. 0% Fats, Kolestrop dan sodium.
Jenis Jenis Kentang
- Russet Potatoes
- Yellow Potatoes
- Red Potatoes
- White Potatoes
- Purple Blue Potatoes
- Fingerling Potatoes
- Petite Potatoes
Bentuk bentuk kentang sejuk beku yang di keluarkan oleh US Potatoes
- Forzen Straight-cut fries
- Tater Drums
- Crinkle-Cut Fries
- Loop Or Curly Fries
- Frizen Wedges
- Lattice Or Basket Weave Cuts
- IQF Hash Brown Patties
Kentang ini akan jadi tidak sihat apabila banyak dicampur dengan bahan bahan perasa dan kandungan garam yang tinggi sebenarnya. Kalau tanpa bahan bahan tambahan tersebut, sememangnya US Potatoes ini mempunyai khasiat yang tinggi untuk tubuh badan kita. Seperti yang cik en janjikan awal awal entri nanti, ada 4 menu yang diajar oleh Chef Audee Cheah yang merupakan President Penang Chef Association dengan menggunakan US Potatoes ini. Menu Sihat Dan Sedap Dengan US Potatoes ini memberi idea untuk cik en buat di rumah nanti.
Menu Sihat Dan Sedap Dengan US Potatoes
1. U.S Potato And Prawn Kerabu
2. Curry Chicken Stuffed U.S Potatoes
3. Kimchi Seaweed U.s Lattice Cut Fries
4. Chili Flavoured U.S Potato Wedges in Lettuce Cups
Dan kami dijamu dengan produk produk US Potatoes ini selepas selesai domenstrasi masakan dari chef
Masakan chef Audee Cheah simple tapi sedap sangat. Beliau sendiri beritahu, beliau memilih resepi ini sebabnya ianya boleh dibuat di rumah. Cik en paling suka dengan Kimchi Seaweed U.s Lattice Cut Fries. Bertambah cik en dengan menu tu. Menu ini menggunakan U.S Lattice Cut Frozen Potatoes. Masih terasa tekak cik en makanan ini.
US Potatoes ini korang boleh didapati di pasaraya pasaraya di kawasan korang. Mudah saja sebenarnya nak cari. Antara brand yang popular adalah Lambweston dan Simplot. Atau korang boleh tengok ada nama US Potatoes pada plastik pembungkus. Jadi pilihlah US Potatoes menjadi kentang pilihan korang tidak kiralah sejuk beku atau fresh. Maklumat lanjut korang boleh layari http://potatoesusa-malaysia.com/
Jumpa next entri di www.nurfuzie.com. XoXo semua!
sedapnya menu kat atas
ReplyDeleteHi cik en ...
ReplyDeleteWah, menarik ni ...
Saya pun penggemar kentang, baru tau kentang ni byk jenis pula ...
#afbdotmy jalan bertandang ...
Wah dgn potato je boleh buat macam2 dish
ReplyDeletePotato atau ubi memang raja Potasium....terbaik untuk mereka yang nak diet...mengenyangkan
ReplyDeleteSebagai penggemar kentang, Auni sangat terliur bila masuk entri ni.. huwaaaa!
ReplyDeleteyaaaa allahh sedapnyaaa
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan