Tanda Tanda Kucing Nak Mengawan, Biang Atau On Heat | Walaupun 2 hari lepas, cik en dapat tahu entri cik en di blog ini dicopy paste untuk mendapatkan keuntungan menjual produk si pengcopy paste itu dan disebabkan itu cik en rasa down sangat sampai nak stop keluarkan sebarang entri mengenai kucing lagi. Tapi disebabkan niat cik en ikhlas tanpa ada dapat sebarang keuntungan cik en cuba untuk kuatkan semnagat untuk kongsi lagi artikel baru. Kali ini cik en nak kongsi Tanda Tanda Kucing Nak Mengawan, Biang Atau On Heat. Ini untuk panduan mereka yang nampak pelik tengok kucing berperangai pelik. Harap tak ada la lagi akan copy paste entri ini untuk kepentingan sendiri ye..
Tanda Tanda Kucing Nak Mengawan, Biang Atau On Heat |
Mengawan atau dalam bahasa kami di veterinar adalah biang ini merupakan perkara yang akan berlaku pada kucing dah sampai akil baligh. Ingat manusia saja ke yang ada akil baligh ini? Haiwan pun ada. Dan bezanya haiwan ini tak boleh dikawal perasaan dan nafsu mereka berbanding dengan manusia. Sebab itu kalau ada kes rogol, orang akan gelar nafsu binatang. Kerana nafsu binatang ini tidak mengira masa dan tempat.
Sebelum itu cik en nak kongsi pengalaman cik en umur berapa kucing ini boleh mengawan. Jantan selalunya 1 tahun keatas tapi bergantung kepada persekitaran mereka. Kalau kucing itu korang bela seekor saja di rumah, mungkin mencapai umur 1 tahun tapi kalau banyak, kemungkinan lebih awal. Kalau betina boleh seawal 4 bulan tau. Itu bergantung kepada persekitaran juga. Tapi untuk proses pemandulan, kucing boleh di mandul seawal 4 - 6 bulan. Di klinik cik en ini, kami ambil umur 6 bulan ke atas.
Tanda Tanda Kucing Nak Mengawan, Biang Atau On Heat
Berbunyi/Meow dengan kuat dan berpanjangan.
Kalau tengok kucing korang asyik meow je dari pagi sampai ke petang bawa pula ke malam sampaikan suara pun dah tak ada. Itu tanda kucing korang tengah biang. Kalau tak dikurung, confirm kucing korang dah hilang mencari pasangan jika tiada pasangan korang berikan. Kalau kucing sakit atau lumpuh (macam kucing cik en) mereka pun akan berusaha untuk mengawan sampai melukakan badan sendiri.
Gelisah dan kurang selera makan
Masa ini korang akan tengok kucing korang mula kurang makan sehingga kurus. Gelisah sehingga bulu gugur dan condition badan kucing akan down. Masa ini korang bagi makanan paling sedap atau kegemaran mereka pun, mereka takkan peduli
Tetiba jadi manja
Yang ini korang boleh nampak kucing korang mula menyondol nyondol punggung kat korang. Selain itu, kucing korang akan ambik perhatian korang dengan pelbagai cara. Antaranya kucing korang akan berguling guling (cara ini juga dia memikat pasangan dan selalunya kucing betina yang buat begini) dengan korang. Korang pun ingatla kucing korang nak bermain main rupanya kucing korang dah mula biang.
Tanda Tanda Kucing Nak Mengawan, Biang Atau On Heat |
Lagi satu korang boleh cuba garu garu dibahagian atas belakang berhampiran dengan ekor. Kalau punggungnya naik tanda tanda on heat la tu..
Bila ketiga - tiga tanda diatas korang dah nampak, korang akan tengok kucing korang terutama betina akan mula berkelakuan mengangkat-angkat punggung, ekor kesisi dan kaki menginjak nginjak. Itu dah tanda mereka dah boleh di"kahwin"kan. Kalau tiada pasangan, mereka akan lari rumah untuk cari pasangan. Hahahhaa. Saat ini kalau di kahwinkan confirm korang akan jadi mama papa atau atok opah. Hahahaha. Selalunya on heat ini ambil masa 4 hingga 6 hari. Selepas itu, kucing akan akan berubah laku dengan agresif dengan mana mana kucing.
Boleh Ke Kurung Kucing Nak Mengawan, Biang Atau On Heat
Sebenarnya ianya tak memberi kesan apa apa tapi disebabkan tanda tanda gelisah, stress, kurang selera makan akan buat kucing korang lemah. Seumpama risau setiap hari akan memberi effect pada kesihatan kucing. Anyway cik en nak story sikit seekor kucing berbaka Maine Coon jantan yang dah berumur 4 tahun tapi tak boleh berkahwin kerana tiada baka yang sama dengan dia. Kucing itu sangat kurus walaupun selera makan ada. Oleh sebab di Manjung ini owner yang bela kucing berbaka Maine Coon ini tak banyak, itulah menyebabkan kucing ini tidak di kahwinkan. Datang je ke klinik cik en yang mana masa itu cik en bertugas, cik en cuba kenen (jodohkan) dengan kucing seorang pakcik yang mana berbaka sama dan kebetulan betina. Alhamdullilah, katanya dah menjadi pun cuma cik en tak dapat nak tahu perkembangan seterusnya sebabnya owner pun tak datang dah ke klinik.
Ada juga kes jadi "mati merangan". Bahasa orang kampung sebenarnya ayat itu. Kiranya macam mati dalam keadaan menyeksakan (tak dapat kahwin). Ianya bergantung kepada kucing, owner dan persekitaran. Tapi bagi cik en, kalau rasa tak mahu anak kucing atau tak mahu kucing jantan lari rumah korang boleh gunakan pendekatan pemandulan. Untuk pemandulan korang boleh baca di entri Kenapa Perlu Memandulkan Kucing . Dan cik en tak galakkan penggunaan ubat perancang untuk jangka panjang. Kenapa? Boleh baca entri Ubat Perancang Untuk Kucing .
Sekadar perkongsian, kalau kucing betina korang on heat ini, salur darah akan besar dan kalau nak buat pemandulan (spaying) memang agak mencabar. Iyelah takut pendarahan atau bleeding kan. Mencabar bagi doktor dan vet bertugas untuk handle kes bleeding ini. Tapi jangan risau, ianya tidak memberi risiko yang tinggi.
Ok la, kalau ada apa pertanyaan boleh tanya cik en ye! Jumpa next entri.
baca baru faham
ReplyDeleteYeah!! Dapat ilmu baru pasal kucing.. selalu gak nampak aksi cam yang cik en sebut tu.. Ingatkan mengapa lah kucing tu.. Rupa-rupanya nak mengawan.. kikiki
ReplyDeleteOtw nk mndulkan kucing jntan kt umah ni..asik pancut jee..huhu..
ReplyDeleteTerima kasih sebab kongsi info2 pasal kucing.. teringin jaga kucing ;)
ReplyDeletetanda on heat tu selalu perasan...memang kucing betina kerap on heat
ReplyDeletekalau kucing dah dimandulkan boleh bersifat gini jugak ke cik en
ReplyDeleteSalam cik en.sy nak bertanya cik en ddk dkt manjung perak ker... Dan sy ada seekor kucing Maine coon betina skrg baru 9 bulan tapi tanda2 nak on heat tu dah kelihatan sedikit.sy mohon ada tak sesiapa yg memilik baka yg sama untuk sy nak kawin kan..harap cik en dpt membantu.. klu ad mohon call 0163606790/ whtapp 0125149809
ReplyDeleteAsalamualaikum..kucing sy baru beranak.usia anak baru ja 4minggu..tapi si ibu suka mengiau.malam makin menjadi bunyi..anak bejalan pun belom,adakah c ibu dah on heat?
ReplyDeletesalam cik en... nk tanya skit, baka siberian(jantan) kalau nk mengawan memang kena sama spesis @ xkisah apa2 spesis?
ReplyDeleteAh sudah. 2 hari lepas lari dah kucing betina around 4 bulan. Memang ada simptom2 macam ni. Siap ada kucing jantan beratur kat luar rumah tunggu dia keluar.
ReplyDeleteLast2 hilang lari rumah. adoi. haha
Tiga ekor kucing jantan milik jiran saya selalu datang di rumah saya sebab nak mengawan. Kucing betina saya yg berwarna kelabu selalu jadi target utama diorang.
ReplyDelete