Kenapa Kucing Seretkan Punggung Di Lantai Atau Karpet

Kenapa Kucing Seretkan Punggung Di Lantai Atau Karpet | Pernah tak tengok kucing korang yang suka seretkan atau sagat punggung atau bontot mereka di lantai yang kasar atau karpet di rumah korang? Rasa rasa Kenapa Kucing Seretkan Punggung Di Lantai Atau Karpet ye? Walaupun cik en tak jaga klinik untuk 3 bulan ini, tapi ada yang bertanya Kenapa Kucing Seretkan Punggung Di Lantai Atau Karpet? Meh baca sampai habis artikel ini ye. 



Kenapa Kucing Seretkan Punggung Di Lantai Atau Karpet


Sebenarnya ada 3 faktor yang menyebabkan Kucing Seretkan Punggung Di Lantai Atau Karpet . Kita pergi satu satu ye. 

1. Cacing / tapeworms


Kalau nampak Kucing Korang Seretkan Punggung Di Lantai Atau Karpet, kebanyakkan kerana cacing. So kena rujuk dan ingat balik, bila last korang bagi ubat cacing.  Atau korang boleh rujuk entri Jadual Pemberian Ubat Cacing Pada Kucing untuk panduan. Kalau rasa dah lebih hadnya, wajiblah korang bawak ke vet atau belikan cacing. Ubat cacing ini ada jenis tablet dan syrup. Baca arahan pada label sebelum gunakannya. Sebabnya lain jenis ubat, lain cara pemberiannya 

2. Fecal Matter Stuck in Fur / Poo keras melekat pada bulu sekitar punggung 


Kes sebegini selalunya berlaku pada kucing yang mempunyai bulu tebal seperti Persian. So cik en selalu pesan pada owner yang mempunyai kucing berbulu tebal ini selalu groming di bahagian punggung kucing ini. Trim selalu dan kemaskan. Macam di bawah ini



Kemas kan? Tak ada la kotor sangat sebabnya ada kucing ini jenis pemalas nak menjilat ataupun obesiti sampai tak sampai nak jilat. Hahahhaha. So rajin rajin trim atau grooming kucing atau anjing korang. 

3. Anal Glands / Kelenjar punggung


Anal Glands / Kelenjar punggung adalah satu kelenjar kecil yang ada di tepi kiri kanan punggung. Senang cerita yang dalam bulatan atas ini. Antara faktor Kucing Seretkan Punggung Di Lantai Atau Karpet kerana ada bau kurang menyenangkan keluar atau rasa gatal gatal di kawasan tersebut. Kadang kadang tanpa sedar ada luka sehingga bernanah. Ini pun faktor dari kebersihan juga la. Gromming itu penting. Selalu check kawasan itu ye. 


Kalau korang rasa was was korang boleh refer veterinar yang berhampiran. Minta konsultan dari mereka untuk gromming kucing atau anjing korang. Jangan berkira la pasal duit ini sebabnya dah bela kucing ini kena bekorban dari segi wang ringgit dan masa. Jangan sampai jadi luka sebegini. Takut nanti ada ulat pulak. Udah nak kena buat cara rawatan luka 


So kalau korang nak apa apa pertanyaan lain mengenai masalah kucing korang, boleh aje tanya di mana mana media sosial cik en ye. Kalau lambat tu kiranya cik en tengah sibuk seikit. Insyallah cik en akan balas bila dah free. OK, jumpe next entri ye!
sumber gambar dari google
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

14 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Satu info yang bagus.. Barulah tahu kenapa kucing suka buat perangai gini..

    ReplyDelete
  2. Mama.tau no 2 Tu je. Rupanya byk sebab lain ye

    ReplyDelete
  3. hihi, xde pulak kucen2 kat umah ni buat peel camni. tapi suka ribas2 ekoq dekat muka mmg hobi..adoii..

    ReplyDelete
  4. Tak pernah nampak lagi kucing-kucing Ayuni buat macam ni. Bagus dapat tahu sekiranya nanti ada kucing yang buat sedemikian. Nice sharing.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah nampak lagi kucing-kucing Ayuni buat macam ni. Bagus dapat tahu untuk kalau-kalau nanti ada kucing yang akan berbuat sedemikian. Nice sharing.

    ReplyDelete
  6. siap buat grooming tu..heheh comei aih

    ReplyDelete
  7. patut la punn kalau punggung xbersih lps melabur mesti seret atas karpet atau lantai ������

    ReplyDelete
  8. setakat ni tak pernah lagi tgk kucing kat rumah ni buat macam tu.. selalu hntr spa.. hehehe

    ReplyDelete
  9. Hai, boleh tanya tak ? Apa akn jadi ya kalau kita terbagi kucing makan ubat cacing 2 kali. Kalau belum 3 bulan tapi dah terkasi lagi satu ubat

    ReplyDelete
  10. @dameya
    ubat cacing ni klu bagi berlebihan tkut melukakan perut. selalunya cacing ini bila dah mula makan makanan lain dri ibu. dan klu de tanda2 cacing boleh bagi.. xde masalah

    ReplyDelete
  11. Nak tanya, kalau kucing tu susah nk kencing pastu suka seret punggung tu sebab cacing yee ??

    ReplyDelete
Previous Post Next Post