Dalam Diam Buat Ujian Darah Dan Air Kencing


Dalam Diam Buat Ujian Darah Dan Air Kencing | Anyway cerita ini ada kaitan dengan kisah Anxiety Disorder (AD) yang cik en pernah cerita sebelum ini. Cerita mana? Dan apa itu Anxiety Disorder korang godek la ye blog cik en ini. Disebabkan cik en mengalami sedikit Insomnia dan suka timing tak tentu pasal( mengamuk tak tentu pasal ). Jadi cik en ke klinik untuk dapatkan khidmat nasihat. Cik en tak ke hospital kerajaan tau, bukannya berlagak senang tapi kita tahu, di klinik kerajaan ini banyak kekurangan. So Cik en ke klinik swasta dan cik en tak buat di Manjung tapi di Ipoh. Kenapa memilih Ipoh? Itu cik en sendiri tak ada jawapan. Haha. Klinik ini Alpha Clinic di Station 18 Ipoh. Doc yang rawat cik en adalah Dr. Foo Siang Huang dan doc ini baik dan faham masalah sebenar cik en walaupun cik en terang sikit sikit. Rupanya doc ini pernah praktikal di tempat psikiatrik. Bukan semua doc boleh faham masalah pesakit AD ini kalau tiada pengalaman. 

Cik en ke klinik pada 29 Mac 2017 dan doc decide kalau cik en mempunyai AD, cik en dibawah Panic Attack. Sebabnya cik en lebih cemas dalam keadaan tertentu. Tapi... doc perlu buat pengesahan lebih lanjut. Adakah disebabkan Emosi atau Tiriod. Jadi siapa suka mengamuk tak tentu masa itu, better korang check sebabnya Tiriod ini boleh datang dalam pelbagai keadaan bukan bengkak di leher je ye..  So jangan ingat tak ada benjolan korang sihat walfiat ye. Back to story cik en tadi, cik en buat full medical checkup dengan buat ujian darah dan air kencing (urea). Harga di klinik ini RM80 dan dibuat di BP Clinical Lab. Result akan siap dalam masa 2 atau 3 hari tapi cik en tak dapat ke datang dalam masa 2 3 hari sebab waktu bekerja dan jadual padat sabtu ahad. Dan doc bekalkan ubat Amitriptyline Tab 10mg stanby untuk Insomnia. 

10 April 2017, cik en masih bercuti dan cik en ke Ipoh untuk ambil keputusan ujian. Penantian dekat 2 minggu menyeksakan cik en juga. AD ini lain sikit, fikiran mereka tak normal dan rasa risau dia melebihi dari manusia normal. Cuma doc dah pesan dari awal untuk TIDAK GOOGLE apa apa. Sebabnya ia akan menambah kerisauan dan kesihatan kita. So hari ini, cik en datang dalam keadaan emosi tak menentu. Kalau aku Tiriod, macamana kehidupan aku selepas ini? Cik en di sambut mesra oleh Doc dan soalan pertama yang keluar, ada rasa risau? panik? Dan cik en bagitau dari 10 biji ubat, cik en hanya makan 2 biji saja. Cik en makan bila masa perlu dan tak mahu bergantung dengan ubat ini. Korang berdebar tak macam cik en untuk tahu keputusan ujian? Doc ini lambat sangat, dia check itu, check ini, cik en nak tau sakit ke tak.

And lastly, doc terangkan kesemua keputusan ujian. Alhamdulillah, cik en bebas Tiriod. Hemoglobin (darah) ok, air kencing ok, Uric Acid (Gout) pula border (kena hati hati) so kurangkan makan seafood, Liver pon ok, Kolestrol ok tapi kena jaga juga so kena rajin makan oat, Darah cik en B+ (yang ini memang dah tau) cumaaaa.... antibodi cik en pada Hepatitis B zero, kosong, elek. Argh... patutlah cik en kerap tak sihat 3 4 tahun ini. Bila demam, teruk sangat. Rupanya Anti-HBs Non-Reactive. So doc suggest untuk berikan injection 3 kali untuk tahun ini. Bulan 0, 1 dan 6. Kiranya 10/4/2017, 10/5/2017 dan 10/10/2017 untuk wujudkan balik antibodi dalam badan. So, cik en terimalah dengan bayaran RM35 perinjection. Untuk Hepatitis B ini, cik en story lain kali la ye, sebab cik en kena study balik mengenai sakit tu. 


And last, cik en pulang dengan senyuman. Cuma cik en nak mencari Possion Flower yang mana ianya suplemen baik untuk pesakit Anxiety ini. Yang itu juga, cik en akan story next next next entri. OK? So malam ini, cik en boleh tidur dengan senyuman. Yeah!!!!
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

4 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. alhamdululillah,syukur. apa pun,bnykkan baca quran. hati tenang,xderla bnyk kerisauan

    ReplyDelete
  2. lama juga tak test darah. last test rasanya 5tahun lepas... huhu kena check ni

    ReplyDelete
  3. Tahniah Cik En...moga terus sembuh dan gembira selalu. Lega rasanya bila baca kepurusan check up Cik En semua baik-baik

    ReplyDelete
Previous Post Next Post