Sepandai Pandai Mengelak Digigit, Akhirnya Digigit Juga Hari Ini | Benda nak jadi, tak kisah la masa itu berlaku masa bekerja atau lepas bekerja. Selama 7 tahun menjadi pembantu veterinar dan tidak pernah sekalipun dapat kecederaan sebegini. Paling habis calar calar biasa je. Cuma kali ini agak teruk juga sehingga terpaksa ke klinik 1 Malaysia untuk dapatkan rawatan. Mesti korang tertanya tanya kan? tangan cik en itu kenapa. Meh cik en nak story sikit. Sesuai la dengan niche blog cik en lifestyle pembantu veterinar. Selalu gah je keluar entri postmortem la, entri rawatan la. Kali ini cik en pula dirawat. Hahaha
Kisah ini berlaku petang tadi, jam 4.45 petang. Sepatutnya klinik tutup jam 4,30 petang tapi biasalah pelanggan kan? Merayu rayu untuk dapatkan rawatan kucing mereka. Alasannya baru habis kerja. Jadi cik en ini yang selalunya menolak keras kalau ada rawatan selepas pukul 4.30 petang. Tapi petang tadi baik hati sangat. Ada 2 ekor kucing. Seekor luka di kawasan pinggul dan cik en buat dressing seperti biasa. Teruk juga sebab kucing itu patah pinggang dan seret bahagian badan bawah dan tu yang jadi luka. Tapi bukan kucing itu buat cik en jadi sebegini, tapi kucing yang kedua.
Kucing kedua ini kucing liar dan kucing ini ada luka di bahagian kaki. Cik en handling kucing dengan betul seperti biasa. Kebetulan cik en suruh pelanggan tutup pintu. Masa itu yang terkena. Dia ngap tangan kiri cik en. Memang dia gigit sepenuh hati. Arghhhh! Menjerit cik en masa itu. Rasa sakit yang terlampau sangat. Nak tengok?
Dalam kan? Kebetulan betul betul di saluran darah. Huarghhhhh.. Berdenyut tu, memang Allah je yang tahu. Habis selesai kerja, cik en terus ke Klinik 1 Malaysia. Merempit la cik en sebab hari ini cik en pergi kerja naik motosikal.
Sampai saja, cik en diberi suntikan anti tetanus toxoid untuk elak kancing gigi(not sure). Suntikan ini tahan 6 bulan. Selain tu, cik en di dressing. Nasib tak dijahit tau! Hahaha. Last cik en dapat 2 jenis ubat. Paracetomol jika demam malam ini dan Prolase untuk bengkak. Ini keadaan luka jam 7 petang tadi
Dan ini pula disaat entri ini ditaip.
Nampak kecil tapi memang dalam woooo.. Sakit denyut tak habis habis lagi ini. Hahah. Anyway itu je nak ngadu kat korang. Nak mengadu pada suami, tak kahwin lagi. Hahaha. Jadi pesan pada semua, bila korang digigit kucing, cepatlah ke klinik ye. Sepandai Pandai Elak Digigit, Akhirnya Digigit Juga hari ini. Mungkin ada rezeki nak datang pada cik en ini kot? ahhahaha
Apa2 pekerjaan pun ada risikonya.
ReplyDeleteberhati2lah dan mudah2an cepat sembuhnya.
uih, dlm tu!
ReplyDeletekucing yg gget sepenuh hati mmg teruk luka dia..
huhu, klu kucen sndru geget2 mnja..
Ya Allah..kena cakar luar kulit pun dah pedih..ni lagi la..dalam luka tu cik en..memang kecil je saiz lukanya,,tapi dalam tu yang buat berdenyut..moga segera sembuh ya..hati-hati..
ReplyDeleteSaya pernah kena gigit dalam macam tu.. tak g klinik pun. La masa tu.. perubatan kampung je.. alhamdulillah la takde pape..Moga cepat sembuh cik En...
ReplyDeletePernah juga kan gigit cmtu.. sy guna Aloe Vera dan gamat je la masa tu.. mujur takde pape yg melarat...
ReplyDeleteget well soon sis, boleh tahan dalam jugak tu huhu sheram ..
ReplyDeleteYaa ampun.. Dalamnya luka gigitan tu.. Semoga cepat sembuh
ReplyDeleteseram nya tgk..dlm tu..
ReplyDeleteAs salam cik eintan.. Maaf btanya.. Ade x ape2 kesan jika saya lambat dptan rawatan stlh digigit kucing.. Dlm pukul 1 kena gigit kucing.. Malam pukul 9 br dpt kan rawatan dan suntik kancing gigi..Luke saya lbh kurang mcm cik eintan kena.. Risau la pule lambat g klinik smalam.. SBB ingat dh bubuh minyak gamat OK je.. Tp tgk bengkak pule..
ReplyDeletecik en memang bengkak dan cari makan ubat bengkak. klinik x bagi pun. x makan pon xpe. 2 3 hari mesti surut
Delete