Kisah Kucing Berulat Di Bahagian Muka | Omaigod, kesiannya.. , hidup ke lagi kucing ini?, kenapa ini? dan banyak lagi komen yang cik en dapat apabila cik en keluarkan di Instagram dan facebook peribadi cik en. Sengaja cik en tak jawab sebab malam ini cik en nak story kisah kucing malang ini. Kucing ini kucing betina dan hilangkan diri hampir seminggu. Bak kata kawan cik en, bila rasa dah tak tahan dan rasa menyesal, baru nak balik. Hahaha. Kembali ke pangkal jalan katanya. Keadaan kucing yang luka di bahagian muka dan semestinya berulat penuh la.
Cik en sebenar tak suka kalau dressing luka berulat di bahagian muka. Ialah kan.. bahagian yang sangat hampir dengan mata, hidung dan mulut. Kawasan sensitif, jadi cik en tak suka gunakan chloroform di kawasan ini. Jadi cik en semburan wound spray sikit sikit untuk elakkan poisoning atau keracunan sebabnya spray ini akan kena bahagian lidah dan mulut kucing ini. Dan cik en akan menunggu ulat keluar dari gua gua di dalam itu secara berjemaah. Hahaha. Nampak macam lama kan kes ini tapi apa boleh buat sebabnya cik en tak nak kucing berasa sakit atau mengelupur kalau buat ganas ganas.
Cik en ambil masa dalam sejam juga sebabnya cik en tanpa biuskan kucing ini. Kebetulan pula cik en buat seorang diri masa ini? Eh.. boleh ke? Semestinya boleh tapi cik en biarkan kucing didalam kotak yang dibawa oleh tuan dia. So dia akan rasa lebih selamat sebabnya kucing sangat obses dengan kotak. Dan menjadi kebiasaan cik en untuk bersembang sembang dengan kucing atau anjing kalau berlaku treatment camni. Jangan lah katakan cik en ini gila, sebenarnya kucing atau haiwan ini faham tau kalau kita bersembang sembang ini. Kalau tak faham, tak ada la selalu cik en dengar dari customer " cik en, kucing saya semalam bagitau la nak bawa ke klinik veterinar, hari ini dia boleh pulak hilang ". Hahah. Apa boleh cik en jawap lagi kan? Kucing ini bukannya tak dengar atau faham tapi mereka memang dilahirkan dengan muka eksyen (berlagak) mereka. Hahaha
Bahagian mata kucing ini rasanya dah rosak tapi retina masih ada lagi. Itu kes ini, cik en berikan ivermectin injection. Untuk apa? disebabkan ada ulat di ruang dalam yang cik en tak leh nak tarik, inilah salah satu cara untuk bagi ulat keluar sendiri dan mati tanpa gunakan chloroform, negasunt powder, hydrogen peroxide atau lain lain. Apa kesan ivermectin itu pada tubuh badan kucing? yang itu biarlah orang dalam bidang bidang ini saja tahu erk.
Inilah hasilnya selepas sejam merawat dia. Macam Kapten Jack kan? Diharap ianya cepat sembuh dan cik en minta untuk buat rawatan susulan seminggu selepas ini. Insyallah kalau datang masa cik en bertugas, cik en akan update di ig cik en. So follow la ig cik en @eintan_nurfuzie . Korang boleh baca entri Cara Merawat Luka Kucing
Seriau..seriau tgk keadaan muka kucing ni..Tp tetap singgah nak tahu lebih details...kesian tgk keadaan dia.
ReplyDeleteperghhh....geli, tapinak tengok ...sian plak tgk
ReplyDeletealahai ciannya dia..moga cpt sembuh yer.. kucing cik nor asyik betaik jer mata dia..apa masalah dia erk cik ein?
ReplyDeleteKesiannya kucing tu. Hopefully getting better after this
ReplyDeleteKucing saya pun baru je kena macam ni. Berlubang muka. Ulat penuh. Berdiri bulu roma 😂 saya ingatkan sporo sbb teruk sgt. Nak bawak vet. Tapi vet area saya tadak doc. Only assistance. Diorang tanak handle kes macam ni. So, mak abah ambik keputusan. Rawat sendirj. Dekat seminggu dah. Alhamdullilah, ulat semua keluar habis. Saya pakai petua dlm blog mana tah dah lupa haha. Pakai minyak gamat and bawang putih. Skrg isi dah tumbuh balik. And nak tunggu kering je. Ubat apa yg elok untuk mempercepatkan luka kering?
ReplyDeleteKucing saya pun baru je kena macam ni. Berlubang muka. Ulat penuh. Berdiri bulu roma 😂 saya ingatkan sporo sbb teruk sgt. Nak bawak vet. Tapi vet area saya tadak doc. Only assistance. Diorang tanak handle kes macam ni. So, mak abah ambik keputusan. Rawat sendirj. Dekat seminggu dah. Alhamdullilah, ulat semua keluar habis. Saya pakai petua dlm blog mana tah dah lupa haha. Pakai minyak gamat and bawang putih. Skrg isi dah tumbuh balik. And nak tunggu kering je. Ubat apa yg elok untuk mempercepatkan luka kering?
ReplyDeleteAde sekor kucing jantan pipi terkoyak. Parah jgk lah. Isi terjuntai. Tu kucing liar. Ade tuan tp jnis liar. Kesian die tahan sakit. Pergi dkat die busuk bau maybe sbb daging yg terjuntai tu. I couldn’t do anything. Pergi dkat die lari. Tuan die pun xkesian ke kucing sakit mcmtu. Sy pulak yg duk sedih tengok die. Duk risau pasal die. Bg makan pun die xlalu nk makan. Kesian die. Tahan sakit. U can see it in his eyes.
ReplyDeleteApa nama ubat ni...
ReplyDeleteBlh dibeli d.mna?....