Trip Phuket Krabi | 4 Island Hopping & Snorkeling


Trip Phuket Krabi | 4 Island Hopping dan Snorkeling | Kejap je dah masuk hari ke 3 untuk Trip Phuket Krabi dari Ayden Averroes Travel yang cik en dan geng cik en join. Yeah! masa yang cik en tunggu tunggu. Snorkeling!!! Sejujurnya cik en tak pernah snorkeling so sangat teruja la bila sampai ke Krabi. Sebabnya di Krabi adalah tempat terbaik untuk snorkeling. Kita tengok, berjaya tak cik en snorkeling untuk pertama kali ini. 

Kami bangun pagi dengan semangat berendam. Cik en ini adalah masalah sikit kalau travel ini. Suka tertinggal barang terutama baju baju yang penting. Lagipun cik en sendiri 1st time nk snorkeling, jadi tak tahu la baju yang sesuai. Seperti biasa cik en buat DIY sendiri menggunakan inner dan baju singlet tanpa lengan. Haha. Asal selesa sudahhhh!


Semangat kan semuanya.. Hahaha. Gila nampak gemuk pulak pakai camni. Sebelum itu cik en nak story dulu program untuk hari ke tiga ini. Pagi ini, kami akan breakfast di Ao Nong, Island Hopping 4 Islands iaitu Poda Island, Tub Island, Chicken Island dan Railey Beach dan ada 2 island yang kami akan buat aktiviti snorkeling. Malam pula kami ke Krabi Night Market.

Sebelum untuk Island Hopping, kami kena isi penuh penuh perut sebabnya kami akan banyak habiskan tenaga untuk aktiviti snorkeling sebelum makan tengah hari diatas bot nanti. Kedai yang dah 2 kali kami breakfast ialah Kedai Bangnara. Mereka boleh berbahasa melayu. Senang sikit nak berkomunikasi kan? Dan menu cik en harini adalah nasi kerabu ayam goreng.



Selesai sarapan kami terus ke Ao Nammao Pier tapi sempat la singgah di satu tempat ini (nama lupa) dan selfie di replika ikan. 




Selesai bergambar, kami terus ka perjalanan ke Ao Nammao Pier. Ao Nammao Pier adalah pintu masuk untuk ke Island sekitar Krabi ini. Disini kami diberi Swimming Goggles with Snorkel. Perlu dijaga, kalau hilang kena bayar. Sebelum masuk kami bergambar dulu. Seperti biasa, blogger memag gila bergambar.












Cantik kan permandangan atas ini. So jom kita naik bot besar dan sempat la selfie dalam bot besar ini. 



Destinasi pertama kami adalah Railey Bay dan Phra Nang Cave. Yang ini, kami perlu berjalan sepanjang Railey Bay untuk ke Phra Nang Cave


Disini cik en nak share live yang cik en buat masa di sana.


So perjalanan tersebut berakhir ke Penis cave atau Phra Nang Cave. PENIS? ahahhaha. Korang tengok la sendiri ye. Jangan ditanya sejarahnya ye, tapi cave ini dipenuhi replika alat sulit lelaki ni.




Sempat juga kami mandi di beach ini. Gambar tak banyak tapi cik en nak kongsi yang mana ada ye.



Selesai bermandi, kami menyusuri pantai untuk menaiki bot kecil untuk ke bot besar sebelum ke destinasi kedua kami yang mana ianya tempat snorkeling kami yang pertama.






















So dah sampai akhirnya, dah petang, kita balik ke hotel. 





Gambar diatas gambar terakhir untuk aktiviti sorkeling dan islands hoping di 4 island. Cik en dah confused nama pulau pulau so cik en just upload gambar mengikut masa sahaja. Haha. Confused dengan nama thailand ni. So, balik rehat dan tak sabar aktiviti malam ini. 

Aktiviti malam ini kami mencari makan makan. Kat mana? Semestinya Krabi Night Market. Syurga makanan bajet di krabi. Sementara menunggu yang lain, kami sempat selfie dulu. Peace!



Cukup je semua ada, kami terus ke Krabi Night Market. Tak banyak gambar cik en ambil. Hahah. Sebab sibuk cari makan makan dan makan. 



Kegemaran cik en sama macam di Malaysia. Pad Thai!!


Bestnya di sini, ditengah tengah pasar malam ini, mereka ada sediakan banyak kerusi dan meja yang menghadap pentas. So kami beli makanan dan makan di meja yang disediakan sampai melayan persembahan dari anak kecil ini.


So settle aktiviti kami untuk hari ketiga di Krabi. Kami akan berehat malam ini dan esok hari terakhir trip ini. Yang itu cik en akan story untuk next entry ye. Sebelum itu, cik en nak bagitau, cik en join trip percutian murah murah tau. Nak tahu detail?

Facebook 

Instagram 

Atau rasa nak lebih pertanyaan korang whatsapp sahaja

WHATSAPP 0149445981 ( EJA ) 
WHATSAPP 0149445981 ( EJA )
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

6 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post