Cara Mudah Merawat Selsema Kucing (Cat Flu)


Cara Mudah Merawat Selsema Kucing (Cat Flu) | Sampai saja musim hujan atau tengkujuh, semestinya klinik cik en akan dipenuhi dengan kes kucing selsema atau cat flu dan sakit mata. Dan selalunya kes ini lebih mudah dan banyak menyerang anak anak kucing (kitten) dan kucing remaja bawah umur 1 tahun. Kucing dewasa tak terkecuali cuma kucing dewasa ini antibodi mereka lebih kuat. Trend kes ini berlaku sebenarnya faktor cuaca yang sejuk dan kurang mendapat cahaya matahari yang membawa vitamin C . Macam kes manusia juga, kalau badan kita kekuranga vitamin C, kita akan mudah diserang selsema

Kes selsema pada kucing ini akan berkait rapat dengan sakit mata. Selalunya pakej la kes ini. Sebabnya hidung dan mata sangat dekat kan? Dan ianya mudah berjangkit dengan kucing kucing yang lain, lagi lagi anak kucing. Jadi sesiapa yang membela kucing didalam sangkar ini, kalau dah ada seekor yang sakit, better korang asingkan dan rawat. 

Cik en nak kongsi sikit beberapa cara mudah merawat Selsema Kucing (Cat Flu) ini yang korang boleh buat di rumah. Mungkin dapat membantu mengurangkan penggunaan ubatan (drug). Kalau cara cara di bawah ini tidak berkesan, korang WAJIB ke klinik veterinar berhampiran ye..

  • Supplement
Sediakan stok supplemen seperti Vitamin C atau Multivitamin. Caranya dengan berikan supplemen ini kepada kucing korang. Boleh hancurkan dengan air dan pam kan ke dalam mulutm atau terus masukkan ke dalam mulut kucing korang. Amalkan 2 kali sehari sehingga kucing korang sembuh. Sangat sesuai diberi apabila dah nampak tanda tanda selsema.

Atau korang boleh berikan supplemen seperti Immunol Syrup sebagai tambahan antibodi . Korang boleh dapatkan di Shoppe Golden Premier Care - IImmunol Syrup

  • Sauna Untuk Kucing
Ingat kucing tak ada sauna ke? Ada okey? Hahaha. Dalam cuaca yang sejuk, sememangnya kucing korang akan "merindui" cahaya matahari yang akan memanaskan tubuh badan mereka. Jadi korang boleh buatkan sauna bagi kucing korang. Korang perlukan cage atau sangkar dan bilik air korang yang ada air panas. Kurung kucing korang di dalam cage dan letak dalam bilik air. Cuma buatkan wap panas dengan bukakan air panas korang atau panaskan air dan letak didalam baldi. Biarkan wap panas memenuhi ruang bilik air korang. Jangan lupa tutup pintu. Dan biarkan dalam 10 ke 20 minit mengikut kebesaran bilik air. Ulangi 2 atau 3 kali sehari sehingga kucing korang selesa dan sihat

  • Cuka Epal
Penggunaan cuka epal pada kucing ini banyak. Antaranya untuk alternatif lain untuk Virus FIP dan kurap yang tebal. Dan juga, ianya bagus untuk kucing yang selsema. Ianya membantu neutralkan balik PH. Caranya mudah, cuma masukkan sesudu dalam makanan dan minuman seperti wetfood dan air minuman harian kucing korang. 

  • Asid Amino (Lysine)
Asid Amino berfungsi membina protein yang mana mampu menjadi pertahanan dari virus membiak. So dengan masukkan sedikit asid amino dalam dos 200 mg ke 500 mg ke dalam wet food mampu membantu kucing mendapat sakit.

  • Panaskan kucing 
Panaskan kucing? Hahaha, jangan la korang rebuskan pulak kucing korang tapi korang boleh sediakan carikkan surat khabar (karbon tulisan dapat menghangatkan), letakkan selimut, botol air suam di dalam cage atau tempat tidur kucing korang dan memanaskan badan kucing. 

  • Jangan bagi kucing korang kehilangan air dalam badan
Dah menjadi kebiasan, bila sampai kes selsema, kucing akan kurang selera minum (cuaca sejuk kurang buat kucing dahaga) dan makan (tidak dapat menghidu makanan kerana selsema). Ini antara punca utama kebanyakan kucing mati. Jadi, korang kena make sure kucing korang makan dan minum. Dehydrate atau kekurangan air dalam badan kucing ini korang boleh check dengan memulas /mencubit sedikit kulit kucing dan lepaskan. Kalau kulit kembali ke bentuk asal, ianya cukup air dalam badan. Kalau perlahan lahan, nampaknya kucing korang dah dehydrate. Untuk ini, korang boleh berikan air glukose, air gula, madu, wet food, air rebusan atau jus ikan dan apa juga makanan kegemaran kucing korang. Kalau boleh wet food dipanaskan bagi memancing selera kucing korang.

  • Vick’s VapoRub
Jangan terkejut kalau ianya boleh merawat selsema kucing korang. Tapi janganlah disapu banyak banyak. Cuma letak sedikit di cotton bite dan calit di misai kucing korang. Menthol mampu clear kan hidung tersumbat kucing korang itu. Ianya sedikit dapat membantu.

  • Bawa ke Klinik Veterinar berdekatan
Kalau tak baik baik juga, better dapatkan khidmat doktor atau pengawai veterinar di klinik veterinar. Nak tak nak, kalau korang kekurangan budget atau sibuk bekerja terpaksa la korang korban sedikit masa dan pinjamlah pada kawan kawan dulu. Jangan dah sampai nazak baru nak bawa, memang vet tak mampu nak membantu dah.

Diharap ianya dapat membantu korang yang mempunyai kucing. Musim hujan ini, kucing memang mudah diserang penyakit. Jadi berikan lebih perhatian kepada kelakuan dan abnormal kucing korang ye.
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

24 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.


  1. As salam, terima kasih banyak2 bg info y ckup berguna

    ReplyDelete
  2. ajer gila kalau buat betul rebus kucing.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. jaga kucing macam kena jaga anak. banyak komitmen. heeeeeee

    ReplyDelete
  4. info bagus klu ada bela kucing

    ReplyDelete
  5. Sis kerja di vet area mana eh kat ipoh?

    ReplyDelete
  6. Salam Sis..

    tq for sharing info nih... semoga memberi manfaat kepada semua.. insyaallah :)

    ReplyDelete
  7. Salam perkenalan. Good info to share. Terbaik. Blogwalking di sini. :)

    ReplyDelete
  8. cik en.. akhir bulan 12 lepas kucing aina terkena flu + demam. dah bawa ke klinik dan ubat2 dia pon dah habis. mula2 tu nampak cam dh nak sembuh tapi bulan lepas mcm semakin melarat flu dia. skrg ni aina balik kg ingatkan dia dah sembuh tapi belum. masih selesema plus keluarkan bau busuk dan mata bengkak. aina dah try bagi mkn cuka epal dua tiga hari leps tp xde perubahan. perlu ke aina bwa ke klinik semula atau just beli vitamin? dan... boleh x klau nk mandikan kucing time flu ni? busuk laa bau hehehe

    maaf cik en terpanjang plk >_<

    ReplyDelete
  9. Saya baru terbaca info pasal flu cat ney... Sedang elok kucing sye skrang hidung dia trsumbat, tgk dia nak bernafas pun mcam susah, nmpak info ney tros je buat.. Tq utk info yg sgt berguna ney

    ReplyDelete
  10. Wow, seriously Vicks boleh guna untuk kucing. I want to try it on my kitten but I'm afraid if something goes wrong sebab iyelah anak kucing lagi. Thanks for the Info!

    ReplyDelete
  11. boleh guna cuka zaitun tak instead of cuka epal?

    ReplyDelete
  12. Info yang sangat berguna.
    At least ada alternatif lain untuk bantu sembuhkan kucing yang selesema selain bagi ubat selsemadan vitamin kat kucing.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih share info yg sangat berguna..
    Ada usaha lain boleh usahakan utk sembuhkan kucing juga di samping bagi ubat dan vitamin..
    Mcm mane pula dgn jenis cuka yg lain selain cuka epal? Masih boleh guna juga?

    ReplyDelete
  14. Kalau vick memang kucing akak suka sangat bau hahahahaha
    . Akak sokmo duk guna sapu dekat kepala kdg tangan x basuh pengang dia dia duk cium jer bau vick tu..

    ReplyDelete
  15. maksud supplement vitamin c tu, vitamin c yg mmg khusus utk kucing @ boleh pakai yg manusia punya?

    ReplyDelete
  16. Salam..nk tanya..kucing sy asyik rasa nk muntah..tapi muntah xkeluar..lps tu suara die jadi garau..dan selsema..mata berair je..knp ye?dah 3/4hari mcm tu..muntah xkeluar lgsg..

    ReplyDelete
  17. Macam mna dgn anak kucing 1 week bh bagi supplement x n vick bh bgi x?

    ReplyDelete
  18. Asalkm sis...klaw ank kucing umur 1 week bh bgi supplement vitmin c tak?bh bgi vick skli x? Si kecil bru sya jga nmpk dy kt semak time 2 hujan lebat musim tengkujuh then sya cri time mlm ..mak dy tinggalkn dy ...sya xdak pengalmn jga kitten 1 week...cuma sya lapik jenis hangat bwah sya buh waterbag untuk hangatkn dy tpi msih selsema...emerjency sis...

    ReplyDelete
  19. Aslkm sis...sya xdak pengalan jga kitten 1 week ...kiteen sya selsema 2 hari sb si kecil bru jumpa kt semak time hujan...sya cuma bgi kain jenis hangat untk alaa dan bwah sya letak waterbag untk hangatkn si kecil...soaln sya bh kr bgi ubat supplement vitamin c utk kittem umur 1 week n bh bgi vick kt si kecil x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. supplement multivitamin boleh di beri. vick tu elakkan. ini antara tips untuk kucing yang berumur 3 bulan keatas.

      Delete
  20. Baru tahu kucing pon ada sauna jgk.. terima kasih atas perkongsian yg sgt bermanfaat ni.

    ReplyDelete
  21. Kalau baby yang umur seminggu,mcm mana nk bg lega sesema? Bagi maknya ja yg makan ubat xpa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rujuk vet untuk dapatkan ubat yang sesuai untuk kitten

      Delete
  22. Salam kucing sy flu dia, sampai dah batuk2. lepas tu now dah berjangkit kat kucing lain.. dah 2x bawa kucing sekor yg asal pembawa flu ni... sembuh kejap. jd balik. sbb kucing lain pun dah mula berjangkit.


    ingat nak try cuka epal.. boleh tak saya nak tahu sukatan cuka epal dgn air dgn detail..
    kalau sesudu cuka epal, sudu kecil atau besar?
    berapa liter air ye diperlukan utk campur dgn cuka epal tu?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post