Kenapa Mata Kucing Tiba Tiba Ada Kelopak Putih Antara Mata


Kenapa Mata Kucing Tiba Tiba Ada Kelopak Mata Yang Ketiga | Sindrom mata abnormal ini dipanggil Haws Syndrome. Dan ianya kerap berlaku pada kucing dan anjing. Korang akan perasaan di kelopak mata kucing korang akan ketengah mata sehingga ada menutup 3/4 mata kucing korang. Ianya akan terjadi tiba tiba. Adakah ianya merbahaya? Untuk memastikannya, korang kena diagnosis sendiri dirumah mengikut panduan yang cik en akan kongsi dalam entri ini.

Diagnosis mata kucing atau anjing korang

  1. Mata kucing korang akan ada kelopak putih atau membrane yang keluar menutup separuh daripada mata kucing
  2. Cuba tengok, ada kesan kesan luka atau kemerahan tak? Kalau ADA korang boleh rujuk jawapan A di bawah ini
  3. Kalau kucing korang tiada masalah kemerahan atau luka boleh rujuk jawapan B dibawah ini
Jawapan A

Jika ada kemerahan atau bengkak, kemungkinanan mata kucing korang ada jangkitan atau luka di bahagia mata, Untuk kes sebegini korang boleh bagi eye drop bagi kurangkan radangan dan antibiotik untuk jangkitan. Jadi jika korang dah bagi eye drop tapi masih tak baik baik, better rujuk pada vet berhampiran

Jawapan B

Jika TIADA kemerahan atau radang, kemungkinan kes 
  1. Cirit birit yang teruk sehingga kekurangan air dalam badan - Berikan ubat cirit birit dan bagi kucing korang minum secukupnya bagi topup balik air yang dah hilang akibat cirit
  2. Kecacingan - semak balik jadual deworming kucing korang. Kalau rasa dah lama tak bagi, better la bagi ye.
  3. Virus - Yang ini korang tak boleh nak rawat atau didiagnosis sendiri. Kena bawa ke vet untuk ujian darah
Selain daripada kes diatas ini, masalah masalah yang kerap menyerang mata kucing korang adalah 

  • Konjunktivitis: Satu atau kedua-dua mata kucing korang akan kelihatan merah dan bengkak


  • Keratitis: Jika kornea kucing anda menjadi radang, mata akan kelihatan sayu dan berair.

  • Katarak: Selaput ini pada mata sering berlaku pada kucing tua dan kencing manis.

  • Glaucoma: Kornea menjadi pudar dan mata membesar disebabkan oleh tekanan dalam biji mata.

  • Bulging eye : boleh berlaku kerana kemalangan atau trauma atau tumor mata.

  • Penyakit Retina: kehilangan penglihatan separa atau sepenuhnya boleh berlaku apabila sel-sel peka cahaya di belakang merosot mata.

  • Mata berair: Bulu di sekitar mata kucing anda boleh berlumuran dengan air mata disebabkan saluran air tersumbat atau kelebihan pengeluaran air mata.

Ini adalah info asas, korang perlu rujuk pada vet untuk maklumat lanjut juga tau. Janganlah bagi alasan kewangan tak stabil atau vet yang jauh. Sebabnya kalau korang sayang kucing korang, better mencegah dari merawat. Kalau nampak kucing tidak sihat atau berubah prilaku, cepat cepat ke vet ye..

info dan gambar : google 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

8 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Perkongsian yang menarik Cik En.. Terima kasih, sebab kucing akak pun ada katarak jugak...

    ReplyDelete
  2. ZAMAN BELA KUCING DULU KERAP JUGA KUCING KITE JD MCM TU ... KADANG TU INGAT DIE DAH JULING .. HEHEHE

    TP SELALUNYE KLU JD TU SUHU BDN DIE PANAS ...KITA INGAT KUCING TU DEMAM ....

    ReplyDelete
  3. kucing rumah saya ada sekor macam ni. kecacingan kot sebab tengk dia sihat je main2. aktif lagi. ingat kan memang jenis macma tu

    ReplyDelete
  4. Asslm saya nk tnye. Ank kucing saya mengalami mslh mata membengkak dan berair. saya dah lapkn mata dye dgn air suam atau panas. tpi masih sama.jadi saya nk tawu punca mata ank kucing saya sakit dsbbkn oleh cacing dlm bdn ke?

    ReplyDelete
  5. apa ubatan yang sesuai utk diberikan kepada kucing yang ada selaput putih di mata,,

    ReplyDelete
  6. apa ubatan yang sesuai utk diberikan kepada kucing yang ada selaput putih di mata,,

    ReplyDelete
  7. Berapa lama nak pakai eye drop tu untuk tengok dia sembuh?n kalau nak bubuh eye drop perlu ke kita buka mata dia walaupon sakit?

    ReplyDelete
  8. kenapa kucing saya ada macam kulit mata yang putih berurat tu hah yang tu keatas sikit tolong jawab pls

    ReplyDelete
Previous Post Next Post