Kenapa Kucing Tidak Mahu Makan | Satu keadaan yang boleh merisaukan owner kucing ini apabila kucing korang tiada selera makan. Makanan yang korang letakkan dalam bekas makanan, tidak luak ataupun tidak habis seperti selalu. Selalunya kalau cik en bertugas di klinik, kebanyakkan owner kucing akan nyatakan tanda tanda kucing kurang selera makan. Selalunya satu bekas akan licin, tapi dalam beberapa hari ini, bekas makanan masih terisi dengan makanan mereka lagi.
Disini cik en nak kongsikan sedikit Kenapa Kucing Tidak Mahu Makan. Mungkin kerana makanan itu sendiri atau keadaan mereka yang kurang sihat.
Jika kucing korang masih aktif dan lincah, cuma makan makanan saja yang kurang, kemungkinan faktor pemakanan.
- Makanan rosak atau masuk angin
- Ada serengga atau semut dalam makanan (hurung makanan mereka)
- Makanan yang baru
- Perisa atau bahan perasa yang tidak disukai
- Berkongsi bekas makanan ( selalunya apabila ada kucing baru )
- Bekas makanan bukan di tempat asalnya
- Kucing kenyang mungkin baru makan di rumah orang lain atau makan hasil buruannya
Kalau kesemua atas ini, korag check ok saja dan kucing korang pula TIDAK aktif dan lincah seperti sebelum ini, mungkin kucing korang
- Selsema sehingga kucing tidak boleh menghidu
- Demam sehingga hilang selera makan
- Gigivitis yang teruk (masalah gusi atau ulser yang teruk)
- Muntah yang teruk
- Terlalu lemah untuk makan
- Tiada selera kerana serangan virus
Cara Memaksa Kucing Tidak Selera Makan
- Pilih makanan wet food atau makanan basah
- Panaskan menggunakan microwave
- Kalau kucing sakit dan terlelau lemah, pilihlah makanan anak kucing/ kitten wetfood
- Suapkan menggunakan picagari, sudu atau pun menggunakan tangan korang
- Air pula boleh beri air glukose, madu, air gula atau air kosong. Boleh gunakan picagari.
- Pujuklah dengan lembut kucing korang untuk makan dan minum ye..
- Kalau masih tidak berjaya, bawa ke Vet berhampiran ye..
Ini antara tips yang boleh cik en berikan. Korang boleh komen kalau korang ada cara yang lain.
Kongsi bekas dgn member pon kucing bleh xde selera ekk, cik en?
ReplyDeleteAlahai...
Pencinta kucing kena alert.
Mcm jaga anak juga, kena alert!
kucing tu mogok kot
ReplyDeleteSetakat ni alhamdulillah kucing kat kampung selera makannya mencanak canak...mungkin sedang membesar...berhenti makannya tido je..hihi..tu pun kadang ngigau gaknya tengah tido pun macam mengunyah..
ReplyDeleteTips yg sgt mbntu bg catlover =)
ReplyDeletePrkongsian yang amat baik sekali..
ReplyDeletejarang penjaga atau pemilik yang ambil berat mengenai kucing2 mereka..
Ikhlas dari
AlongMisuari.com
Terima kasih atas prkongsian. Kucing sis tiba2 xsihat.
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian
ReplyDeleteKucing saya selalu moody sebelum makan. Sabar ja lah
ReplyDeleteMula anak kucing saya aktif cuma tak nak makan sahaja tetapi sekarang ia agak lemah
ReplyDeleteKenapa kucig saya kurg makanan yg saya bagi ye?.. seperti ikan kembung rebus , sardin rebus pon dorg x nk mkan jugk dh x thu nk bgi apa lagi kt kucig saya tu..
ReplyDelete