Ada Tupai Gemuk Berjalan Atas Kabel Streamyx | Korang percaya ke ada tupai gemuk berjalan atas kabel internet sampai terlucut dari tiang di luar rumah? Hahaha. Semestinya korang akan gelak dengan tajuk entri cik en kali ini. Tajuk ini bukanlah kenyataan dari sesiapa tapi dari kesimpulan cik en sendiri. Sebabnya tak ada ribut, tak ada hujan, tak ada ranting pokok rambutan area situ yang jatuh, tetiba kabel internet cik en terlucut. Nak dikatakan monyet, area rumah cik en ini tak ada monyet, paling ada pun tupai. Adakah tupai yang obesiti macam cerita animasi di televisyen wujud di tempat cik en?? OMG. hahahaha
Sebenarnya tak adanya tupai gemuk berjalan atas kabel internet ini. Tapi mungkin kontraktar yang pasang pada awalnya tak buat betul betul sampai terlucut kabel ini. Kejadian ini cik en tak pasti bila, tapi bila balik Melaka, memang ada masalah internet dan line telefon. Masa itu juga Njoi pun ada masalah. Tapi cik en ignore sebab badan penat sangat kot. Terus tidur. Esoknya cik en kerja dan bila balik rumah, internet masih ada masalah Begitu juga Njoi. Ini tak leh jadi ini. Njoi cik en dah call center dan dah ok. Jadi self technician sendiri. Untuk Streamyx nak kena report kat 100. Kira ini 1st report sebab cik en baru masukkan streamyx 2 minggu yang lepas. Kat sini cik en sertakan kronologinya
Disebabkan ramai yang bertanya pasal kes #stremyx .. ni nak buat kronologinya..
27/12
malam call 100 dan buat report. Report bgtau.. kabel dari tiang elektrik luar rumah tercabut. Dan kabel tu tergantung dari bumbung rumah.
28/12
masih tak ada call dari technician. Call balik 100
29/12
masih tak ada call dari technican. 2 kali tuk 1 hari call 100.
30/12
9.00 pg - dah call 100 buat report lagi sebab dah panas hati xde feedback.
11.00 pg - Tm call kata technician dah buat temujanji dengan customer.. tapi masih tak dapat call dari technician. Dah nampak technician menipu.. tapi xpe.. saja tunggu dlu mybe solat jumaat.
4.30 ptg - techinician masih xde call. call balik 100.. dia kata akan forword aduan.
5.30 petang.. tm hantar sms tuk rate perkhidmatan baik pulih.. aik.. tak ada call.. tak ada datang rumah suruh rate.
6.00 petang - call balik 100 dan DIBERITAHU CASE CLOSED .. apa lagi memang kena maki free la.. siap ugut bagai la.. pale hotak depa case closed.
7.00 ptg - TM inform case.. kena maki lagi operator tu.. pe tah nama dia.. Banu kot.. nasib dia x melawan time mengamuk sampai kuar anak tekak.
Tengok la kabel ni.. pck mesin rumput dah siap gulung kabel ni dah. Tang mana case closed.. nak sambung kabel ni.. kena de owner umah.. sebab dalam kawasan rumah.. gate berkunci kot..
Kalau tak selesai gak.. memang guna kuasa #blogger la tuk hebohkan satu malaysia..
Dan hari ini 31 Disember 2016, jam 9.30 pagi, pihak TM dah datang rumah dan check. Yang datang 2 orang pakcik. Baik dan lembut saja. Tak jadi nak mengadu masalah semalam. Dorang pun orang yang berdekatan sini. Tahu pulak owner lama rumah ini. Jadi dalam masa 30 minit settle dah.
Jangan tanya kenapa cik en tak swafoto dengan pakcik pakcik ini, Sebabnya cik en tak mandi lagi. Hahahah.
Selesai masalah ini, cik en buat rebat dengan call 100. Masuk bahagian billing dan terus bercakap dengan operator. Kata nak buat rebat dan tunggu 15 hari bekerja untuk mereka settlekan. OPerator dah buat laporan ke bahagian billing untuk rebat ini. Disebabkan ada 2 kes. Cik en cuma claim kes pertama. Sebabnya kes kedua kurang dari 24 jam. Rebat hanya boleh dibuat jika report melebihi 24 jam.
Ok, nak buat apa yang pending ini. Jenuh nak cover tau! Tapi kan, terasa macam dunia berseri seri semula. Kalau tak cik en akan moody macam putus cinta. Hahahaha. Da....
Nak dekat seminggu baru settle case.
ReplyDeleteBertabahlah.
yela, itu dah kira keperluan..xda rasa nk ngamuk ler..
ReplyDeleteZumal pernah tengok tikus gemuk ja lalu atas kabel. Hehe
ReplyDeleteselamat tahun baru :)
ReplyDeletesudi2 la join contest Nurul ni ye :)
http://syahirahvaliant.blogspot.my/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html
beria jegil mata cari tupai dalam gambar atas sekali tu..
ReplyDelete