Kinabalu Park (Botanical Garden) | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency | Selesai di Rumah Terbalik, cik en teruskan perjalanan ke Kundasang. Lebih kurang 1 jam, kami sampai di Pekan Nabalu, cik en berhenti untuk cuci mata dulu sambil survey harga untuk shopping sebelum balik ke KK. Selepas itu, cik en dan adik meneruskan perjalanan. Lebih kurang 1 jam perjalanan kami berhenti di Kinabalu Park untuk masuk Botanical Garden dan pemandangan Gunung Kinabalu.
sumber google |
Untuk masuk dengan membawa kenderaan, korang perlu bayar RM3.00 untuk seorang. Dan dalam ini ada satu garden yang dipanggil Botanical Garden. Untuk masuk Botanical Garden pula korang perlu bayar RM4.00 seorang
Puas di Botanical Garden kami terus ke tempat view Kota Kinabalu sebelum keluar daripada Kinabalu Park. Kebetulan masa datang baru lepas hujan, nampak la view kabus tu.
Puas tak scrool gambar? Mesti penat kan? Disebabkan banyak sangat gambar cik en nak forword ke entri seterusnya. Next entry mengenai Desa Cattle Dairy Farm.
Perbelanjaan Untuk Di Rumah Terbalik ini
Jumah Tiket (Kinabalu Park + Botanical Garden) : RM 7.00 seorang
Wah..bestnya hihi..member kita pegi sabah aritu pun tanpa agen travel..
ReplyDeleteKalau ada rezeki pi Sabah senang saya refer je blog Kak Eintan balik hehe
ReplyDelete