4 Sebab Kenapa Bulu Kucing Berubah Warna | Kalau korang mempunyai kucing berbulu hitam, kemungkinan korang pernah melihat bulu kucing korang akan berubah daripada hitam kepada hitam lusuh. Apakah faktor atau penyebab bulu kucing berubah? Ada 4 sebab yang selalu digunakan dan mungkin ianya mungkin berlaku pada kucing korang.
4 Sebab Bulu Kucing Berubah Warna
- Suhu /Temperature
Selalunya berlaku pada negara yang mempunyai 4 musim
- Cahaya Matahari
Ini kerap berlaku di Malaysia. Kucing yang selalu berjalan atau bermain di bawah cahaya matahari yang terik.
- Nutrisi
Diet yang tidak seimbang. Kekurangan Amino Aacid Tyrosine dalam badan kucing boleh menyebabkan kes bulu berubah warna. Selain itu kekurangan Copper atau Zinc yang berlebihan
- Usia / Umur Kucing
Kucing tua akan mengalami masalah ini sama seperti manusia yang beruban apabila sudah tua.
Jadi apa apa pun pertanyaan mengenai boleh rujuk pada veterinarian yang berhampiran. Dan jika kucing berbulu hitam korang berubah warna menjadi putih, ianya bukan 4 sebab di atas tetapi ianya merupakan penyakit genetik. Dan cik en akan terangkan untuk entri akan datang. Dan kebetulan cik en sendiri menerima kes tersebut beberapa hari lepas.
hehe.. macam kucen teman dulu.. berubah2 bulu dia..
ReplyDeleteowh, ty for the info, CP ni kiranya memang ada bela kucing, and kerap jugak tengok kucing hitam ni berubah warna...
ReplyDeletekucing kat rumah banyak tapi kucing2 terbiar yang dikutip...
kitorang bela just bagi makan and biar hidup bebas je, mandi ke sembur ubat kutu ke, tak buat pun sebab banyak sangat, hahaha...
Oo baru tahu pasal ni.. Nice info
ReplyDeletebaru tahu info ni. thank cik en
ReplyDeleteeh! boleh ea mcm tu?? setakat nih rasa mcm tak jumpak lg, semua dok hitam berkilat.. hahaha..
ReplyDeletebulu kuching saya hitam jadi perang...bulu pun byk yg gugur...hair ball pun byk sgt
ReplyDelete