Nasi Lemak Kukus Pak Nan Terbaik Di Pusing Perak | Warung Pak Nan Nasi Lemak Kukus (Beraneka Lauk) adalah antara nasi lemak kukus berlauk paling sedap yang ada di Perak. Ditambah pula nasi lemak di yang berlemak (ada juga nasi lemak tapi rasa nasi putih biasa), lauk pauk yang lebih daripada 30 jenis menjadi tumpuan orang orang disekitar Pusing Perak dan berdekatan dengannya. Cik en kalau dari Manjung ke Ipoh untuk hadiri kursus atau mesyuarat semestinya Warung Pak Nan ini menjadi pilihan.
Kegemaran cik en semestinya ikan bilis petai, telur dadar dan rendang kerang. Selain itu terdapat ayam goreng, ayam masak merah, kacang bendi, kacang panjang, hati, telur mata kerbau dan sebagainya. Semestinya semua lauk pauk ini menjadi kegemaran pelanggan tetap warung ini. Dan warung ini rasanya sudah sampai ke generasi kedua atau ketiga. Jadi rakan sekerja cik en yang lama bekerja cerita, warung ini dibuka pada zaman 90 an lagi. Jadi kalau dah lama mereka boleh bertahan, maknanya memang nasi lemak kukus ini power!
Jika yang ada disekitar Pusing, Sri Iskandar, Batu gajah, Ipoh, Manjung, Tronoh atau dalam perjalanan highway Ipoh- Lumut waktu pagi, bolehlah merasa kesedapan nasi lemak kukus Pak Nan ini. Ini cik en beri direction ke Warung ini
Warung Pak Nan Nasi Lemak Kukus (Beraneka Lauk)
Jalan Besar, Pusing
Perak
Ini antara gamabr yang cik en screenshot di Foursquare
Cubalah, sedap tau!
Sedapnya la hai. Kalau dekat. Segera pergi. Huhu
ReplyDeletesdapnya..:)
ReplyDeletekat mana ni cik en,perak kat area man tu?
ReplyDeleteyan suka nasi lemak bnyak lauk
ReplyDeletewahh byknya lauk! mesti pening nak pilih yg mana kan. :o
ReplyDeleteInshaAllah boleh try nnti kalau lalu sana :)
ReplyDeletenampak sedap
ReplyDeletehalohh, jauhnyerr..huhu..
ReplyDeletesy berkenan kalau nasi lemak+telur+sambal+ikan bilis+timun+kacanggg. memang nyumnyumnyum
ReplyDeletetime teringin..hari2 kirim kt member beli ni..mklumlh...opis xjauh dr kedai nii
ReplyDeletelaa haiiii sedap nyerrrrrr time pose2 gini hahahahah
ReplyDelete