Maine Coon Adalah Baka Kucing Paling Terbesar Di Dunia | Maine Coon merupakan kucing yang paling terbesar yang pernah di catatkan. Sedikit fakta menarik mengenai baka ini ialah baka jantan boleh mencapai berat 6-9 kg dan betina 4-6kg. Ketinggiannya boleh mencapai 1 meter atau 100cm. Memiliki bulu yang lebat dan bulunya boleh memanjang sehingga 7cm. Bulu di bahagian leher dan ekor selalunya lebih panjang dan bahagian lain lebih pendek. Sekali pandang, muka baka ini macam singa tau. Dan satu fakta menarik lagi, muka kucing baka ini besar dan kalau disukat hampir satu tapak tangan cik en. Mengikut sejarah, Maine Coon ini adalah kacukan daripada kucing Anggora (Turki) dan Norweign Forest (Norway) yang dibawa oleh pendagang pendagang dahulu. Tapi mengikut mitos, ada yang menyatakan kacukan dari kucing liar dan Rakun (Racoon) dan disebab itu namanya dipanggil Maine "coon" yang diambil dari nama hujung Racoon
Norweign Forest |
Anggora |
Di Malaysia, ramai juga yang membela kucing berbaka ini. Kerana sifatnya yang serasi dengan kehidupan manusia. Dan harganya dalam lingkungan RM4,000 sehingga RM10,000 bergantung pada umur, jantina dan sebagainya. Selalunya kucing berbaka ini banyak di pekan pekan besar dan tidak banyak ada di daerah daerah kecil jadi kedatangan kucing berbaka original di klinik cik en boleh dikira dengan jari. Yang cik en tahu, untuk baka Pure Persian ada di kawasan cik en siap dengan certification. Untuk Maine Coon, hanya seorang pelanggan cik en ini.
Cik en ada keluarkan gambar diatas di dalam facebook peribadi cik en dan cik en bagi semua tertanya tanya nama kucing ini yang didaftarkan. Memang panjang. 4 patah perkataan tau dan namanya memang sweet sangat. Nak tahu? Kena tarik nafas panjang sikit ye..
IMAKATZ BULGARI DREAM FOREVER
Dan nama ibu bapa Imakatz Bulgari Dream Forever atau dipanggil Grey ini adalah IMAKATZ KENJI KITARO dan IMAKATZ DEABBY ICE CAREMAL. Panjang kan? Dan inilah nama yang tertulis di sijil Grey
Dan sudah jadi kebiasaannya, kalau kita nak snap gambar haiwan ini, memang susah sebabnya asyik nak bergerak kiri kanan Ditambah berat dan dalam 10 kali snap hanya 2 sahaja gambar yang tidak bergerak dan tidak banyak gambar yang cik en boleh kongsi disini. Apa apa pun, pesanan cik en, jika kita nak membela kucing yang pure breed tidak kisahlah Maine Coon atau Persian, pastikan kita tahu habitat dan sifat semulajadi kucing tersebut. Itu bagi memudahkan kita jaga jenis kucing berbaka ini. Sebabnya kadang kadang kucing yang dibawa masuk dari luar negara yang mempunyai musim tertentu tidak sesuai dengan cuaca kita di Malaysia. Jadi penuhi dengan ilmu dan maklumat sebelum membela ye..
Sumber : Wikipedia
Assalammualaikum cik en..PC dan suami pernah tanya harga baby Maine Coon ni...baru lahir hingga 2 bulan harganya 5 ribu..tapi oleh sebab memang baka besar...walau usianya bulan2 tapi besarnya dah menyamai kucing dewasa kampung 2...3 kali ganda..
ReplyDeletecomelnyaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteHola! besarnya... pastu misai dia pun paaanjaaaang....
ReplyDeletemakk aiihhh...besarnye.. kalau bawak tido puas peluk ni. hehehee...
ReplyDeletebesarnya kucing ni...tapi gambar first dan seterusnya nampak macam kecil pula saiz dia
ReplyDeleteYa Allah comelnyaa! Untung ciken boleh pegang T_T jeles kite. amboi nama kalau akad nikah ni komfem sangkut. haha
ReplyDeletebesarnya kucing tu..:)
ReplyDeletemak aiihh besarnyaaa
ReplyDeletebesarrrrrr. leh jd bantal peluk
ReplyDeleteSalam...kat mana ada jual kucing nih...sepasang..
Delete