Bila Manusia Memilih Keperi'politik'an Dari Keperimanusiaan | Tajuk entri cik en kali ini mungkin ada perkataan yang tidak wujud di Dewan Bahasa dan Pustaka tapi cik en cuba untuk menyampaikan pendapat terhadap sikap dan tindakan mereka dalam melahirkan sesuatu ayat dalam media sosial. Semua sedia maklum, Malaysia digemparkan dengan helikopter hilang di Sarawak yang membawa 5 penumpang dan seorang juruterbang. Penerbangan dari Betong Ke Kuching dinaiki oleh ahli parlimen dan yang mana salah seorang ahli parlimen di kawasan kampung cik en, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan disenangi oleh rakyat terutama di Kuala Kangsar kerana sifatnya yang ramah dan mudah tersenyum.
Apa yang cik en kesalkan adalah satu, penerimaan orang ramai yang dikongsi di bahagian komen dan status di media sosial terutama di Facebook. Banyak komen dan status yang nampaknya lari daripada sifat keperimanusiaan. Rasanya jika seseorang ditimba bencana, kita seharusnya mendoakan yang baik baik atau lahirkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa tapi kebanyakan yang cik en lihat rata rata akan kaitan beberapa perkataan seperti "najib" "BN" dan sebagainya. Kenapa?? Bagaimana kalau yang ditimba musibah itu saudara mara kita dan orang lain berkata begitu? Dimana sensitiviti seorang manusia?? Lemah lembutnya budaya kita?? Belum ditambah menyebarkan berita yang belum sahih atau fitnah. Untuk apa jadi wartawan tidak berbayar? Dimana bukti sahih jika ada yang selamat? ada yang mati? Kehidupan di dunia realiti bukan di dalam drama atau novel yang pengakhirannya indah. Ini dunia sebenar.
Cik en bukanlah kaki politik. Janganlah kerana ada perkataan Najib dan BN di dalam entri ini, dicopnya cik en ni kipas Najib, orang Najib. Cik en tidak menggunakan keperi'politik'an apabila berhadapan kes kes musibah seperti ini. Jadi cik en ingin menegur, apabila komen, buat status atau share sesuatu baca sekali lagi apa yang ditulis dan fikir baik buruk kesan dari komen komen tersebut. Jangan jadi batu api dan Jangan jadi orang suruhan Dajjal (sebarkan fitnah) tanpa kita sedar.
Al Fatihah untuk kesemua mangsa. Bagi keluarga Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, cik en anak jati kuala kangsar merngucapkan takziah dan berharap Allah akan mempermudahkan segala urusan yang kita kehendaki. Amin..
Betul...moga semua operasi dipermudahkan...amin.kita sama2 doakan...
ReplyDeletehmm btoi tu cik en .. kadang kadang kan rasa malas nak tengok komen2 mcm tu sakit mata ja huhuhu .. takziah buat keluarga almarhum ...
ReplyDeletesetuju! husna tgk org2 kita skarang nih asal musibah je mesti kait dgn politik.. mmg laa ada cerita disebalik tu yg berkaitan tp seharusnya kita mendoakan segala urusan dipermudahkan bkn asyik nak menyalahkan.. huhuhu..
ReplyDelete