Keluarkan Uri Lembu Yang Mula Membusuk | Retained Of Placenta (ROP) atau proses pengeluaran uri yang masih ada di dalam uterus. Sebenarnya banyak kali cik en keluarkan gambar yang kesnya sama, cuma tidaklah mendapat perhatian seperti gambar di atas di facebook peribadi cik en. Ada ramai yang bertanya dan cik en sendiri jenuh juga menerangkan. Sebabnya tidak ramai yang tahu proses ini sama seperti manusia. Cuma ianya terjadi terhadap haiwan. Sebelum cik en menceritakan lebih lanjut mengenai ROP ini, cik en akan kongsi gambar proses pengeluaran uri ini untuk memberi sedikit gambaran dan cik en selitkan video lengkap yang cik en ambil dari youtube. Gambar ini mulanya bukannya hendak menunjuk nunjuk tapi cukup untuk cik en kongsikan pengalaman menjadi seorang yang bekerjaya dalam veterinar.
Kes seperti ini selalunya boleh diuruskan oleh peternak itu sendiri dan jika lembu beranak, uri akan keluar dalam masa beberapa hari. Tapi kes diatas, kes dah menjangkau 4 hari dan mula membusuk. Berlaku jangkitan dan memerlukan pembersihan uri tersebut. Ada sesetengah peternak akan sangkutkan sesuatu yang berat untuk keluarkan uri tersebut secara semulajadi.
Dalam pukul 9 pagi, penternak menelefon pejabat dan pada masa itu, cik en ingin keluar juga untuk selesaikan satu kes. Kebetulan keluar, cik en mengambil kes tersebut dan sebenarnya ada beberapa pengawai yang lain boleh buatkan rawatan cuma pada masa itu, peternak berharap datang lebih awal. Jadi cik en pun siapkan segala kelengkapan seperti glove panjang dan ubat ubatan yang perlu. Seperti biasa, lembu jenis integrasi ini dilepaskan di ladang kelapa sawit dan memerlukan masuk jauh ke dalam ladang. Dan juga semestinya tiada kandang atau celong (ramp)
Boleh tengok gambar tersebut, dibawah pokok kelapa sawit je lembu melepakkan diri mereka. Mereka akan bergerak secara berkumpulan dan nampaknya tiada cara lain, peternak hanya mengikat di batang pokok kelapa sawit sahaja.
Lembu baru beranak dalam 4 hari dan anak sihat sepenuhnya cuma lembu ini mula demam kerana jangkitan kerana uri mula membusuk. Jadi keadaan nampak kurus. Leher di ikat longgar dan kaki diikat kedua duanya untuk mengelak dia bertindak agresif.
Cik en mula memeriksa dan ada uri yang keluar dan cik cuba menarik kearah bawah. Percubaan beberapa kali, uri putus. Dan bila cik en cuba masukkan ke dalam vulva, lembu tidak boleh duduk diam. Dan akhirnya ia merebahkan diri dia
Apabila masuk, didalam terasa hangat dan dari situ nampaknya sudah ada jangkitan. Peternak sendiri memaklumkan air kencing berdarah. Selesai membersihkan dan mengeluar lebihan uri yang ada, cik berikan 2 suntikan iaitu antibiotik dan ubat hormon untuk membersihkan jika ada lagi sisa sisa.
Untuk memberi gambaran jelas, cik en berikan video yang diambil di youtube. Anggaplah ini ilmu baru bagi sesiapa yang baru tahu kes ini.
Sebelum ini kebanyakan rakan rakan di facebook terdiri daripada orang jabatan dan yang berkait dengan veterinar. Jadi proses ini perkara biasa. Tapi semenjak cik en menyertai kelab blogger seperti KBBA9 dan Blogger Utara dan ramai yang berkawan di facebook peribadi itu yang buat gambar tersebut menjadi tumpuan. Ramai juga sebenarnya wanita di dalam kerjaya ini dan menjalankan rawatan seperti ini. Cik en ada seorang rakan facebook dan rakan sejabatan yang selalu turun padang dan klinik. Namanya kak Siti NurHidayah Kamalina. Dia pun selalu kongsi rutin harian dia. cuma rakan rakan dia kebanyakan orang jabatan jadi tidaklah seperti cik en. Cuma penglibatan wanita di lapangan kurang berbanding lelaki. Iyalah sebab keselamatan, kepanasan dan memerlukan lebih banyak tenaga. But i very enjoy my job. Cik en sangat mencintai bidang ini. Tidak kisahlah aneka haiwan (kucing, anjing arnab atau small animal), ruminan kecil, ruminan besar, babi, reptilia, esotik atau apa apa nama kumpulan haiwan, cik en akan terasa keseronokan bekerja. Tapi bila masuk pejabat menghadap laporan, cik en akan jadi malas pula.. hahaha.
mencbar kerja mulia ni...bgus :)
ReplyDeleteBaru tahu info tentang ni. Good info ^^
ReplyDeleteWow, cik en sangat hebat!
ReplyDeleteYa Allah cik en. Seram tengok, tapi seronok kalau dapat bantu haiwan2 nih. Saya pun teringin nak kerja macamni. Tapi, amik kos Computer. Hihi
ReplyDeleteAsslmkm cik en.. Cik en ni bg sy seorng yng hebat. Cik en kje vet mna ye? Blkng jpj ke? Dulu kita sllu ke situ bwak kucing..
ReplyDeleteDapat pujian entry cik en dri abg ben..gud job sbb byk info..setuju sangat dengan abg ben..tak pernah tau pun pasal ni..
ReplyDeletewah, hebat cik en.. tasha pun tak mampu nak buat mamcam tu
ReplyDeletehttp://www.tashaqisha.com/
Perkongsian yg sgt bagus cik en. Ilmu baru ntk cx. Tak pernah terfikir plak haiwan nak keluarkan uri dia cmne. Sdgkn masa cx bersalin pon, nurse tlg keluarkan uri. Kesian lembu tu. Cx lak yg rasa sakit bila uri tk keluar. besar pahala cik en membantu haiwan2. Tahniah cik en! Good job! :)
ReplyDeletewahh, baru tahu macam tu caranya... menariklah cik en..
ReplyDeletehuiss.. camni rupenya.. Tabik spring dekat cik en sebab boleh uruskan kes camni..
ReplyDeleteadoiii seriau plak sy tgk tgn masuk vontot lembu tu...terasa rasa plak kat vontot sndiri haha.
ReplyDeletealamak...ngerinya akak tengok..sure sakit kan...
ReplyDeleteya allah kesiannya dia..
ReplyDeletesy pulak yg nangis sini..=(
waahhh..gud job!
ReplyDeletetahniah... bkn sng nk buat keje2 camni...
hu hu hu :(
ReplyDeletetak dpt aida komen EN.
aida ni penakut hi hi hi...
sungguh murni kerja EN.
Tgk uri kucing pun dah nak pitam apatah lg lembu huhuu. Hebat la en.
ReplyDelete