Jenis Jenis Vaksin Untuk Kucing | Semua sedia maklum yang pemberian vaksin kepada kucing amat digalakkan untuk mencegah penyakit penyakit yang kebiasaan berlaku. Sebelum ini cik en ada menerangkan beberapa isu vaksin. Kali ini cik en hendak berkongsi vaksin yang diberi untuk apa? Penyakit apa yang di"cover". Ini sebagai panduan dan info kepada pemilik kucing dan memahami jenis jenis vaksin yang ada di Malaysia.
Terdapat beberapa vaksin yang boleh mengabungkan beberapa vaksin penyakit di dalam satu suntikan dan ada yang bersifat tunggal iaitu satu vaksin untuk satu penyakit. Disini cik en menerangkan 3 jenis vaksin iaitu Vaksinasi 4 in 1 (FVRPC), Vaksinasi 5 in 1 (FVRCPC + FeLV) dan Vaksin Rabies
Vaksinasi 4 in 1 (FVRPC)
Vaksin jenis ini terdapat 4 jenis vaksin didalamnya iaitu vaksin untuk penyakit FVR, Calivirus, Distemper dan Pneumonitis.
Feline Viral Rhinotracheitis (FVR) - Tanda tanda awalnya adalah selsema(flu), dan boleh menjadi serius, mudah berjangkit dan menyerang sisitem pernafasan dan boleh membawa maut terutama anak anak kucing. Tanda serius pula kerap bersin, hilang selera makan, demam, keluar lendiran dari mata dan hidung kucing yang dijangkiti (selsema bertukar kekuningan)
Feline Calicivirus - Virus ini menyerang sistem pernafasan yang menyebabkan ulser di dalam mulut. Jarang berlaku kematian tapi jika tidak dirawat boleh mengakibatkan pneumionia (sistem pernafasan) dan akhirnya maut.
ulser pada lidah kucing |
Feline Panleukopenia (Distemper) - Tandanya hilang selera makan, muntah, cirit birit, murung dan kekurangan air dalam badan. Sangat mudah merebak. Kebanyakan yang boleh membawa kepada kematian adalah anak anak kucing yang tidak dijaga dengan baik. Bagi kucing dewasa, mereka boleh bertahan dan akhirnya imun dengan virus ini.
Feline Chlamydia ( pneumonitis) - Bakteria yang akan menyerang sistem pernafasan dan sangat mudah berjangkit. Tanda klinikal adalah jangkitan pada mata, mata berair, bersin, air liur meleleh dan batuk. Jika tidak dirawat ianya akan merebak pada peparu.
Vaksinasi 5 in 1 (FVRCPC + FeLV)
Vaksin jenis ini terdapat 5 jenis vaksin di dalam satu suntikan untuk penyakit FVR, Calivirus, Distemper dan Pneumonitis serta tambahan FeLV
Feline Leukemia (FeLV) - Virus ini boleh membawa kematian. TIADA RAWATAN. Hanya rawatan sokongan untuk meringankan simpton yang dialami. Virus ini akan menyebabkan kanser. Yang ini hanya boleh dipastikan dengan snap test(boleh rujuk vet) dan juga digalakkan untuk snap test sebelum di vaksin. Ini kerana jika virus ada di dalam badan kucing, kemungkinan kucing tersebut boleh mati. Mungkin ada kes yang katakan kucing selepas di vaksin mati. Boleh rujuk artikel ini Betul ke Vaksin Menyebabkan Kucing Mati
Vaksin Rabies
Apabila sebut mengenai rabies, mesti ada yang berfikir ianya hanya untuk anjing tetapi sebenarnya da vaksin rabies untuk kucing tapi di Malaysia jarang berlaku. Vaksin ini bersifat tunggal dan ianya tidak dapat dikenalpasti kecuali dengan pengambilan sampel otak untuk dianalisis.
Dan ada juga klinik veterinar menawarkan vaksin yang lebih daripada itu tapi jarang diambil disebabkan di Malaysia masih belum ada penyakit penyakit selain daripada cik en terang di atas itu.
Sebagai memperkuatkan kucing selepas vaksin, korang boleh ambil supplement seperti Immunol Syrup yang boleh korang dapatkan di Shopee Golden Premier Care
assalamualaikum cik en..lm yan x singgah umh cik en :-))
ReplyDeletesinggah sini dari GA kak Uzu http://fnorhidayah.blogspot.my/2016/04/giveaway-cash-april-part-2-by-emas-putih.html
ReplyDeleteTeringat lak kucing Zumal yang baru pergi tu, tak dapat rawat dia...
ReplyDeletekucing2 saya sdg tak sihat semuanya ni ... selsema bagai .
ReplyDeleteadus, rindunya kucing dekat umah ni..
ReplyDeletehuhu..
Terima kasih ya sister sebab berkongsi ilmu. :)
ReplyDeleteinfo sgt berguna ni kak..
ReplyDeleteMenarik juga info ne cik en. Thanks ye.
ReplyDeleteMaaf tumpang tnya, brp vaksin rabies utk kucing ye?
ReplyDelete@aya
ReplyDeleterujuk pada klinik veterinar. sebab harganya berbeza mnegikut klinik. Tapi apa yg sy tahu dalam RM50 perdose
Beli vaksinnya dimana? Apa ada yg jual?
ReplyDelete