Beratus Ulat Keluar Daripada Mata | Ulat atau dipanggil maggot adalah sejenis parasit yang memerlukan sumber makanan yang terdapat pada perumahnya. Maggot yang terjadi pada haiwan atau manusia akan menggunakan daging segar untuk terus hidup. Dan jangan terkejut, dalam masa 24 jam sahaja, maggot ini akan membesar 2 kali ganda. Sebabnya ada kes cik en handle , hari ini maggot dia kecil saja tapi esoknya ulatnya dan jadi besar dan boleh menyebabkan daging segar ini mati (rupanya kehitaman).
Sesiapa yang mengikuti IG cik en, mesti ada melihat gambar dan video mengenai kes yang cik en hendak kongsi dalam entry kali ini.
Anjing diatas adalah jenis Shih Zhu, dan kes seumpama ini biasa terjadi. Sebabnya bulunya yang panjang dan ada yang tidak menjaga kebersihan, menyebabkan kawasan mata akan luka. Bila luka, bau darah akan dapat dihidu oleh lalat yang membawa telur lalat. Luka anjing ini dibahagian kelopak mata dam alis mata. Nampak membengkak dan wound size dalam 1 cm lebih kurang. Jadi operasinya yang pertama, bulu bulu dipotong dan dicukur seterusnya ulat gemuk yang enak diulit daging segar akan ditarik keluar satu persatu
Yang mana Beratus Ulat Keluar Daripada Mata? Sebenarnya tidaklah di daripada mata betul betul tapi dalam kelopak mata dan kiralah sendiri kalau nak tahu berapa ekor di bawah ini. Ini hanyalah sebahagian sahaja, sebabnya semalam cik en dan menarik beberapa ekor ulat. Cuma apabila melibatkan mata, banyak ubatan dressing yang tidak dapat digunakan jadi hanya menggunakan normal saline sahaja untuk mencuci.
Kalau hendak ceritakan mengenai bau, memang tidak boleh diceritakan. Tapi tadi cik en berjaya juga selesaikan kes ini. Diharap pemilik anjing ini akan jaga lebih baik untuk mengelakkan kes ini berulang. Penat oooo..
oh my!! geli giler...tak sanggup nak nengoknya...XP
ReplyDeletenampak macam kerja biasa je.. tapi susah jugak kerja ni. memang memerlukan kepakaran. mera suka follow cerita vet cik en. bila baca rasa kagum kejap. hahahaa.. btw, semoga happy dengan kerja cik en. heee
ReplyDeleteYaAllah byknyaaaa ulat tu duduk kat anjing tu ye..geli plak sy
ReplyDeletepeh, sabo jelarr..anjing tu ok kan? syiannyer dia..
ReplyDeletesalute dengan cik en.. kalau tasha dah lama lari tengok ulat tu
ReplyDeleteMasha Allah, kesian kat anjing tu... moga anjing tu kembali sihat...
ReplyDelete