Boleh ke Air Kelapa Diberi kepada Kucing ?

Boleh ke Air Kelapa Diberi kepada Kucing | Air kelapa adalah salah satu ubat tradisional yang akan diberikan kepada manusia jika demam dan lemah badan. Persoalan sekarang bolehkah air kelapa ini diberikan kepada kucing atau haiwan yang lain. Sebelum itu, cik en ingin beritahu ini adalah pengalaman cik en dan pendapat cik en mengenai pemberian air kelapa ini kepada kucing atau haiwan yang lain

Air Kelapa atau coconut water berbeza dengan santan atau coconut milk. Jika di luar negara ianya tidak dipanggil santan ye, coconut milk. Menurut blog di luar negara pun, air kelapa ini hanyalah air biasa tetapi ianya mempunyai kandungan pottasium yang baik jika manusia dan haiwan meminumnya. TAPI jika berlebihan akan membawa kesan kepada badan. Tapi jika Coconut Milk tidak boleh ye diberi kepada ternakan

Jadi jika kucing atau haiwan anda dehydrate atau kekurangan air, bolehlah diberi minum untuk menambah kembali tenaganya untuk melawan sakit pada masa itu. Dehydrate mampu menyebabkan kematian jika ianya berlarutan sehingga haiwan tersebut tiada lagi tenaga untuk survive. Kadang kala ianya baik untuk demam dan keracunan. Ianya boleh digunapakai jika berlaku masalah tersebut di malam hari sebelum mendapat rawatan di klinik veterinar berhampiran. Lagipun ianya lebih baik daripada bergantung kepada ubat ubatan.

Entri berkaitan dengan air kelapa yang pernah cik en keluarkan di dalam blog ini
  1. http://www.nurfuzie.com/2012/04/veterinar-rawatan-tradisonal-bagi_16.html
  2. http://www.nurfuzie.com/2012/12/veterinar-rawatan-haiwan-kesayangan.html
  3. http://www.nurfuzie.com/2015/11/perkara-larangan-jika-kucing-anda-sakit.html
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

12 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. tq cik EN, memang kalau kat kamopung tu mak cik kak ana selalu bagi air kelapa kalau kucing tak sihat .

    ReplyDelete
  2. Pernah bagi kucing minum air kelapa sebab dia keracunan...

    ReplyDelete
  3. good sharing .

    Jemput ke GA saya :- http://www.azlindaalin.com/2016/03/mini-giveaway-hari-jadi-dhia-batrisya.html#more

    ReplyDelete
  4. Ena pernah bagi arnab ena dulu minum air kelapa sebab dia tak lalu makan. Alhamdulillah sebaik okay.

    Ada kata bagi jus buah2an sekiranya haiwan tak lalu makan. Betul ke?

    ReplyDelete
  5. untuk ank kcing 3bln boleh minum air kelapa x?

    ReplyDelete
  6. KG pun biasa bg kucing minum air kelapa bila dah x tau nak bg apa(bila sakit atau keracunan la)

    ReplyDelete
  7. Kalo gantikan ngan kelapa dara bole tak?

    ReplyDelete
  8. Kalo gantikan ngan kelapa dara boleh tak?

    ReplyDelete
  9. Kalau selepas mkn ubat yg vet bgi boleh x minum air kelapa? Sbb kucing terlampau lemah

    ReplyDelete
Previous Post Next Post