Anjing Ini Besar Tapi Tidak Garang | Anjing ini memang besar tapi sangat baik cuma mukanya yang ganas dan besarnya setinggi manusia normal buatkan cik en sendiri takut takut untuk buat rawatan. Anjing seperti ini memang baka yang besar dan ada yang lagi besar dari ini. Tapi pengalaman cik en sebagai pembantu veterinar selama 4, 5 tahun ini, ini kali pertama membuat rawatan yang hampir sama tinggi dengan cik en. Jika sesiapa mengikuti Instagram cik en, memang cik en ada kongsi gambar anjing ini semasa buat rawatan. Tapi cik en kongsi satu gambar sahaja. Ini cik en kongsi beberapa gambar anjing ini
Anjing ini adalah masalah hematoma di telinga dan masalah ini biasa berlaku kepada anjing. Ruang kosong didalam cuping telinga dipenuhi dengan darah bercampur air kerana ada berlaku salur darah yang pecah sedikit.
Keadaan diatas adalah keadaan anjing ini lali dengan pelali bius yang diberi
Cik en melakukan proses pengeluaran air melalui jarum dan akhirnya membelah sedikit bagi memudahkan tuan anjing ini cuci menggunakan normal saline
Ini rakan cik en yang membantu bersama dalam merawat.
Disebabkan masih lali, kami sempat selfie dengan anjing yang dianggap paling besar bagi kami menerima rawatan disini
Anjing ini boleh dikatakan baik tapi sebagai langkah berjaga jaga kami tetap berikan bius untuk memudahkan rawatan kami.
Memang besarlah anjing tu cik en...
ReplyDeletemmg sgt besaq..takut tgk..huhu..
ReplyDeleteSeram jugak kalu terjumpa tepi jalan nih...hehehe
ReplyDeletedari kecik dlu mmg cita2 lya nk jd doc haiwan... tp x tercapai...
ReplyDeleteZumal confirm lari kalau nampak yang besar tu
ReplyDeletewhat a great experience EN.
ReplyDeletesesuatu yg mulia :)