Kenapa Perlu Memandulkan Kucing? | Kucing adalah haiwan kesayangan nabi dan menjadi belaan kesayangan bagi manusia. Pelbagai baka kucing dan ada yang dibela dan ada yang liar. Berbalik kepada tajuk kali ini mengenai PEMANDULAN. Cik en kerap kali ditanya oleh pelanggan klinik mengenai PEMANDULAN / NEUTAR / KASI / SPAYING / SUNAT dan pelbagai nama lain. Boleh rujuk entry INI.
Kenapa perlu dimandulkan
Bayangkan seekor kucing boleh melahirkan 4 ekor anak betina dalam satu satu masa. Dan anak tersebut bila dah dewasa bunting dan melahirkan 4 ekor setiap anak. Rujuk gambar dibawah untuk lebih jelas
Oleh kerana hal tersebut, dari pendapat peribadi cik en sebagai seorang pembantu veterinar dan pemilik kucing, cik en menyokong pemandulan kucing kerana :
- Ini untuk menjaga kebajikan haiwan tersebut.
- Membantu mengawal populasi kucing daripada dilanggar, dipukul atau dibuang
- Lebih baik memandulkan dari kita melihat anak yang dilahirkan menjadi mangsa kekejaman manusia atau haiwan.
- Merancang kewangan jika tuan kucing berpendapatan sederhana
- Merancang kerana faktor kediaman. (Apartment, Pangsapuri, Flat, Rumah teres yang mempunyai ruang terhad)
Tapi bagi cik en, biarlah kucing tu pernah biang dan mendapatkan pasangan sekali atau beranak sekali. Ini untuk tidak menafikan hak mereka.
Tapi cik en tidak menyokong kalau :
- Berkepentingan sendiri
- Untuk menyeksa kucing tersebut
Hukum Pemandulan Menurut Islam
Merujuk laman web e-FATWA hukum memandulkan adalah
atau boleh rujuk sini http://www.e-fatwa.gov.my/blog/hukum-mengembirikan-kucing-betina.
Ada seorang blogger yang menyokong pemandulan ini dan boleh lihat semua artikel pemandulan kucing beliau di SINI
Sebagai seorang pembantu veterinar, cik en menerima pendapat setiap orang mengenai pemandulan. Selain pemandulan ada jua sesetengah menggunakan pil atau suntikan perancang. Tapi ada keburukanya jika penggunaan yang berterusan, Boleh rujuk artikel Info Veterinar | Ubat Perancang Kucing. Kita manusia dikurniakan akal, jadi buatlah pilihan yang betul apabila berdepan masalah masalah populasi kucing atau anjing sekarang ini.
Thank you Cik En ! ain memang tengah rancang2 nak mandulkan kucing ain.
ReplyDeleteMrs. A pun berpendapat yang sama dengan Cik en.
ReplyDeleteKalau dah banyak sangat dan dia dah pernah beranak mandulkan adalah jalan terbaik dari dibuang ke pasar ke ntah ke mana-mana.
Kesian nanti tak tahu apa jadi pada kekucing tu
kan? kenapa perlu? huhu
ReplyDeleteorg mmg sokong mandul.. dlu tak sdr, bila skg ada kesedaran, mmg skong sesangat..
ReplyDeleteMcam kawan saya, dia ada nak dekat 30 ekor kucing kat rumah haha
ReplyDeleteOh tertanya-tanya jugak sebelum ni pasal mandulkan kucing :D
ReplyDeletehttp://mellyacrayola.blogspot.my/
nak jugak buat 1 day nanti , huhuhu .. buat masa nie , kena kurung ja dalam sangkar , dah la sekarang musim mengawan huhuhuhu . nice sharing cik en , TQ
ReplyDeleteSalam saya nak bertanya,kucing betina saya sudah dimandulkan dengan surgery dua bulan lalu.tapi,kenapa tiba-tiba sekarang kucing saya masih menunjukkan symptoms on heat/mengawan??
ReplyDeleteperkara ni dah berlaku selama 2 hari
Jgn mandulkan. Betterg klusr dr khilaf.
ReplyDeleteSekarang bulan Ogos-2020.. Vaksin Veterinar atau klinik haiwan ..harga berapa ya 1 suntikkan .. Suntikan hanya untuk menjaga kesihatan kucing itu... Dimana baru berusia 3minggu....
ReplyDelete