Pantai Baitulhilal Segari Manjung Perak Pantai Yang Cantik | Panjang tajuk entri cik en kali ini. Gambar di atas gambar yang cik en ambik kalau tidak silap penghujung 2014 atau awal tahun 2015. Cantik dan damai kan keadaan pantai ini. Kebetulan cik en sampai matahari hendak terbenam. Korang tahun tidak yang pantai ini merupakan pantai Baitulhilal di Segari Perak. Disini juga terletakknya Pusat Konserversi dan Penerangan penyu. Review Penuh mengenai tempat ini boleh lihat di SINI.
Tempat ini boleh dijadikan satu tempat lawatan untuk korang semua kalau melawat manjung perak ye.
Nama sebenar Pantai Baitulhilal Segari ini adalah Pantai Pasir Panjang. Sedikit info mengenai pantai ini
- Lokasi : Segari
- Alamat :Pantai Pasir Panjang terletak 2 km dari Pekan Segari dan 5 km dari Simpang Jalan Lumut – Pantai Remis.
- Perincian maklumat
- Pantai Pasir Panjang merupakan pantai paling panjang di Daerah Manjung. Pantai sepanjang 6 km ini terletak 2 km dari Pekan Segari dan 5 km dari Simpang Jalan Lumut – Pantai Remis. Kehalusan pasir pantai, pohon yang merimbun dan kawasan yang bebas daripada gangguan menjadikan Pantai Pasir Panjang lokasi yang ideal untuk penyu bertelur. Dianggarkan 90 % penyu yang merentasi ombak kuat untuk datang ke sini adalah spesis Penyu Agar dan Penyu Lipas. Penyu-penyu ini mendarat pada sekitar bulan Mac hingga Julai setiap tahun.
- Bagi memelihara khazanah laut ini, Kerajaan Negeri Perak telah mengambil langkah aktif dengan membina Pusat Penetasan Penyu pada tahun 1990 di atas keluasan tapak berukuran 0.1 ekar. Pada tahun 1992, 10 ekar tanah telah dipohon sebagai tambahan tapak tersebut. Pada tahun 1994, 5.5 ekar tanah telah diluluskan di atas rezab Jabatan Perikanan oleh Kerajaan Negeri Perak.
- Pantai Pasir Panjang juga merupakan tempat yang strategik untuk melihat anak bulan bagi menentukan permulaan bulan Ramadan , Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
- Kemudahan dan insentif dari Majlis Perbandaran Manjung
- Pusat Penetasan Penyu, Jabatan Perikanan.
- Khidmat Promosi
subhanallah cik EN, kak ana baru tahu ada pantai di Segari ni, selalu gak lalu bila ke Taiping dari Manjung.. terima kasih atas perkongsiannya :)
ReplyDeletetak pernah lagi dengar pantai ni.
ReplyDeleteboleh la pi nanti kalau ada masa.
Bestnya pergi pantai!
ReplyDeleteHee jemput join GA Dayana, hadiah Turkish Delight from Istanbul.
Memg cntik sgt pntai ni kan kak
ReplyDeletelya suka tgk matahari trbebam
Erm...walaupun saya duduk di Perak tapi tak pernah ke lepak2 kat sana... Boleh try singgah ni..
ReplyDeleteThanks for sharing
~Admin : My New Blogger~
http://munirahmustafar84.blogspot.my
dah lama tak pi sana nih rasanya.
ReplyDeletegeram plak tengok.