Cara Meleraikan Kucing Bergaduh



Cara Meleraikan Kucing Bergaduh | Musim mengawan sudah tiba, tibalah masa kucing mencari pasangan dan pada masa inilah, banyak kucing jantan akan bergaduh. Port pergaduhan mungkin di dalam rumah atau kawasan rumah korang sendiri. Jadi cik en akan memberi tips atau langkah langkah yang boleh diambil oleh tuan punya kucing jantan untuk meleraikan pergaduhan jika anak anak jantan kita bergaduh berebutkan kucing betina. 
  1. Jika dengar sahaja bunyi bergaduh, cuba lah menghalau menggunakan suara yang kuat (loud speaker). Ada yang takut bila dengar bunyi manusia di sekitarnya
  2. Jika tidak berjaya, ikut step ini pula
    • Pakai sarung tangan yang tebal (sarung tangan kebun)
    • Cari bekas spray yang tidak digunakan atau kalau ada pistol air kanak kanak lagi bagus. Jika tiada tarik sahaja paip air atau sebaldi air. 
    • Berlari ke kucing yang bergaduh sambil menjerit (suara tinggi)
    • Spray atau tembak pistol air pada kucing yang bergaduh
    • Bila kucing luar lari, perlahan lahan ambik kucing korang, tapi berhati hati takut dia masih dalam keadaan agresif, masukkan kucing kedalam bilik air dan tutupkan pintu. Bagi masa untuk kucing korang bertenang. Jika kucing korang sudah mengeow tenang baru dibuka dan lepaskan kembali.
  3. JANGAN sesekali jadi pendamai semasa kucing bergaduh ye!
  4. JANGAN "penyapu"kan mereka tengah bergaduh, nanti kucing korang akan jadi lebih agresif
  5. Boleh juga gunakan step berikut
    • Lontarkan selimut tebal
    • Gunakan vakum (bunyi yang kuat akan leraikan pergaduhan)
    • Tepuk tangan sekuat hati untuk wujudkan suasana bising
Ini antara langkah yang boleh diambil, mungkin korang ada cara tersendiri untuk leraikan pergaduhan kucing boleh share di bahagian komen ini.
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

14 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. alamak! husna kalau dh dgr kucing kat umah ni gaduh terus skali dgn hsna keras.. tak berani buat pa.. boleh shuhh shuhhh mcm tu je..

    ReplyDelete
  2. Pernah leraikan kucing bergaduh..jirus ngan air dari getah paip...bila dia repeat gaduh buat lagi....serik kalau kena cakar

    ReplyDelete
  3. selalu kalau kucing2 shaz gaduh... shaz akan siram air , nt kdua2nya duk dekat2sambil jilat bulu masing2... hahaha

    ReplyDelete
  4. kalau kucing bergaduh kat rumah sewa tu, selalunya main jerkah aje. mulalah lari sekor sekor hehe

    ReplyDelete
  5. Teringat arwah nenek PC...kucing kesayangan arwah nenek gaduh dengan kucing jiran...tengah kucing tu bunyi...ekor kembang...nenek pc campak ikan kembung..kucng tu mula mula terkejut...lepas tu senyap...makan ikan sorang satu..hihi...

    ReplyDelete
  6. saya selalunya Tarik getah air & pancut je air tu kat kucing ngah gaduh

    ReplyDelete
  7. tp takut lah nak leraikan..huhu..nanti diorg cakar pula

    ReplyDelete
  8. tips yang baik untuk meleraikan kucing bergaduh....memang bahaya bila kucing agresif

    ReplyDelete
  9. Fida terus jerus air..nak gaduh sangat...

    ReplyDelete
  10. dulu aku buat ape ek ..aku biar je kot ... gengster kampung aku tu pasti memang ... kah kah kah

    kejam kan tuan kucing ....

    ReplyDelete
  11. Zumal pernah selimutkan kucing zumal yang gaduh. Bila sekor terselimut, sekor lagi pergi...

    ReplyDelete
  12. Kalau dengar kucing bergaduh, terus saya yang lari sebab takut kucing tu cakar haha. Tips yang bagus ni!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post