Cara Memilih Makanan Kucing Yang Betul | Di Malaysia kini, kebanyakan makanan haiwan adalah makanan kucing yang diimport dari negara luar. Dan juga sudah nampak ada beberapa pengusaha di Malaysia membuat produk makanan kucing yang bagus dan halal. Tidak kurang juga yang dibuat sendiri menggunakan bahan bahan yang baik untuk kucing. Tapi bagaimana hendak memilih makanan kucing dengan betul dan serasi untuk kucing korang? Ikuti langkah langkah yang cik en cadangkan ini.
Cara Memilih Makanan Kucing Yang Betul
- Perhatikan 3 bahan terawal dalam kandungan makanan kucing yang hendak dibeli - 3 Bahan terawal itulah yang menjadi bahan utama pembuatan makanan kucing tersebut. Jika bahan utamanya adalah ayam, daging atau ikan bermakna terdapat kandungan protein yang tinggi di dalamnya.
- Kenalpasti alahan kucing korang - Ada sesetengah kucing mempunyai alahan terhadap protein yang tertentu.
- Ada sesetengah pemilik kucing menjaga diet untuk kucing mereka dan tidak akan memilih karbohidrat yang tinggi iaitu "grain-free' tetapi perlu diberi perhatian kepada karbohidrat seperti kentang dan sayur sayuran.
- Kenalpasti Analisis Jaminan
- Buat perbandingan kandungan bagi makanan dalam tin (wet food) dan makanan kering(pallet). Ini kerana 10% protein di dalam wet food berbeza di dalam makanan pallet.
- Jika di label makanan kucing menyatakan organik (organic), dia menandakan lebih kurang 95% adalah bahan organik tidak termasuk air dan garam. Tapi jika dinyatakan "Dibuat dengan organik" (Made with organic), ianya mempunyai 70 % bahan organik tidak termasuk air dan garam. Jadi perhatikan betul betul. Hanya label rasmi USDA sahaja yang diiktiraf.
- Pilih flavour yang bersesuian dengan kucing korang.
- Pastikan memberi makanan haiwan yang betul sepeti untuk "kitten" adalah khas anak kucing dan adult untuk kucing dewasa. Ini kerana makanan untuk "kitten" mempunyai kalsium, Kalori dan Fosforus yang tinggi untuk membina tulang. Bagi makanan adult sesuai untuk mnjadikan kucing dewasa sihat mengikut peringkat umur
- Untuk permulaan, korang beli sampel makanan dahulu, jika kucing tersebut serasi, barulah korang belikan pek yang lebih besar, Jangan bazirkan duit korang untuk produk yang memberi kesan buruk kepada kucing korang
Diharap langkah langkah ini dapat membantu korang memilih makanan untuk kucing dengan tepat.
info yg bagus ni..kadang2 kita abaikan
ReplyDeletejangan pilih makanan yang ada warna. seeloknya bagi yang color coklat ja. sebab kalau warna warni ada banyak kandungan pewarna. nanti kucing tu najis cair, sakit perut. ada setengah yang tahan ok .
ReplyDeletepanduan yang sangat baik cik EN :)
ReplyDeleteaRz tak ada kucing tapi main beli ja makanan kucing bagi makan kat kucing yang datang umah boleh ka?
ReplyDeletethank you for this! ;D
ReplyDeletesinggah + follow.. :)
ReplyDeletehttp://akubukaninnocent.blogspot.com/
kat umh ni mcm2 jn ada.. sbb ada yg mmilih trutama nenek eton..huhuh
ReplyDeletegreat sharing sis
ReplyDeletesangat membantu kot..sebab kucing iera klo salah makan je die muntah
ReplyDeletebab kucing ni memang best..tp bila terbuang tu yg malas nak settle...hehehe
ReplyDeleteBagus tips ni....MYiDEAKiNi pun salah seorang CatLover juga...Dulu bercita-cita nk jadi Doktor Vet tapi dah dpt kejar cita2...anyway nk jemput tuan blog untuk memeriahkan giveaway MYiDEAKiNi yang sedang berlangsung...Jemput yer....
ReplyDeletehttp://www.myideakini.com/2015/11/myideakinicom-random-rm200-bloglist.html
comeysssnya.. geram tgk..
ReplyDeletetq for sharing..
kucing lya bg mkn nasi n ikan rebus..
cuma breakfast or tgl lama bru bg mkananan kucing y jns biskut tu
nasihat / tips terbaik ni.
ReplyDelete