10 Tanda Mungkin Kucing Stress (Tertekan)

10 Tanda Mungkin Kucing Stress (Tertekan)

10 Tanda Mungkin Kucing Stress (Tertekan) | Jika kucing boleh bercakap dengan manusia yang mereka stress atau tertekan, mungkin korang tidak perlu membaca artikel ini. Tapi kerana kita tidak memahami bahasa kucing, kali ini cik en akan kongsi beberapa tanda yang boleh korang faham yang kucing korang mungkin dalam keadaan stress ataupun tertekan. 
  1. Berak atau kencing merata rata walaupun sudah disediakan pasir atau selalunya pandai membuang di tempat selalu
  2. Cirit Birit
  3. "Grooming" berlebihan ( Cth seperti menjilat bulu) atau bulu gugur.
  4. Mengaru badan Berlebihan
  5. Mengasingkan diri daripada kucing lain atau manusia
  6. Mengiau bising tidak berhenti henti ( tanda 'biang')
  7. Kurang selera makan mendadak
  8. Lebih kerap tidur dari kebiasaaan
  9. Agresif dengan haiwan lain
  10. Agresif terhadap manusia
Mungkin ada sebab kucing korang stress, mungkin kerana faktor persekitaran, sakit, kegatalan badan yang berlebihan, salah makan, pertukaran makanan, musim mengawan, terasa terancam dan sebagainya. Antara penyelesaian yang boleh ialah 
  1. Dapatkan pasangan jika kucing korang sampai masa mengawan
  2. Jika ingin menukarkan makanan, tukarlah dengan perlahan lahan dan janganlah tukar secara mendadak
  3. Jika tidak sihat, bawaklah berjumpa vet berdekatan. Boleh rujuk sini jika ada penyakit yang boleh dirawat secara tradisional. Jika masih tidak sihat, cepat cepat bawa ke klinik ye..
  4. Jika masa korang baca ini, mungkin hari bercuti bolehlah guna cara INI sementara waktu
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

7 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. cik en kucing PC kat kampung agresiflah..suka gurau tak kira masa..lagi kalau ada tetamu..lagi dia main entah apa apa..lagi satu kalau dimarah lagi lah menjadi..lagi satu macam mencabar..nanti pecahkan pasu..patahkan pokok bunga mama..macam memberontak pun ada..

    ReplyDelete
  2. kucing Huda pernah alami sume tu, mungkin sebab dia mula mula belajar mengawan, menganisi nasib hahaha tp lepas tu da okey balik

    ReplyDelete
  3. Terjumpa blog cik en yg imformatif psl kucing..terimakasih bnyk2 krn ianya sgt membntu

    ReplyDelete
  4. kucing sis mak die ni sejak dah tua ni makin agresif lah bunyikan badan die tu. dia dh lahirkan 8 kucing dlm rumah ni. tu semua anak die. dulu masa muda die xgarang mcmni. pegang cubit2 paw die diam je. die layannn tp skrg ank dh beso2 die makin agresif. faktor usia ke tu. kesian sbb tu kucing pertama so syang nya lebih lah walaupon die xlawa corak 3 color kuning hitam putih org panggil comot.

    ReplyDelete
  5. Nak tya Cara nak bgi kucing makan ubat cacing jns tablet..boleh tak pecah2 pastu tambah air & guna picagari bgi dia makan..?tq

    ReplyDelete
Previous Post Next Post