Rawatan Kes Sporo Kucing

Rawatan Kes Sporo Kucing | Definasi sporotrichosis atau sporo cik en pernah terangkan di entry sporotrichosis. Sporo ini adalah penyakit zoonotik yang mana akan berjangkit dengan manusia. Klinik cik en juga tidak terlepas untuk kes kes sporo, ada yang masih diperingkat awal dan ada juga yang sudah tidak dapat diselamatkan. Mungkin pada entri sebelum ini, cik en lebih menceritakan secara formal tapi kali ini cik en ingin berkongsi rawatan penyakit merbahaya ini kepada pembaca entri ini.

Rawatan Kes Sporo Kucing
Kucing comel ini telah di PTS kan dengan kebenaran bertulis dari tuannya. Ianya untuk kebaikan anak kucing yang lain di rumahnya.

Selalunya penyakit sporo ini bermula dengan haiwan. Berjangkit antara kucing dan kucing yang lain melalui luka. Kita sedia maklum, kucing jantan suka bergaduh untuk mendapatkan pasangan atau kawasan. Disinilah bermulanya jangkitan. Jadi, jangan lah ambik lewa terhadap luka yang ada di badan kucing korang. Dan perlulah beri perhatian jika luka tersebut tidak sembuh sembuh dalam masa sehari dua. Untuk rawatan awal, korang boleh berikan antibiotik dan mencuci bahagian luka tersebut. Tanda yang paling senang untuk mengetahui kucing korang ada sporo atau tidak hanya dengan melihat luka yang tidak sembuh atau kering, hidung kucing mula membengkak, celah jari kucing luka tanpa sebab dan telinga kucing korang mula luka berair. Tapi perlu juga disahkan melalui ujian darah yang boleh korang buat di klinik klinik veterinar swasta.

Disini cik en akan share cara rawatan yang boleh korang praktikkan di rumah mengikut tahap penyakit. DAN di tegaskan, pengkongsian ini adalah perkongsian melalui PENGALAMAN cik en di klinik. Dan ianya adalah alternatif dan tidak dijamin boleh sembuh sepenuhnya. 

Rawatan Tahap Awal Sporo
  1. Jika ada luka yang kecil, cuci luka dengan dettol atau iodin
  2. Sapu krim luka (boleh beli di klinik veterinar atau petshop
  3. Digalakkan beli wound spray (selalunya berwarna biru atau hijau) untuk mengelakkan lalat
  4. Jangan sesekali membalut luka 
  5. Berikan antibiotik (boleh dapatkan di klinik veterinar, ada juga klinik yang tidak menjual antibiotik tanpa membawa kucing, jadi gantikan dengan multivitamin)
  6. Jika tidak baik dalam tempoh sehari 2 hari, jangan tunggu lagi, bawa sahaja ke klinik.
  7. Ataupun terus sahaja ke klinik setelah melihat luka.
Rawatan Tahap Sederhana Sporo
  1. Pastikan menggunakan sarung tangan
  2. Cuci luka dengan iodin
  3. Cuci dengan Pottasium ( cuba dapatkan di klinik veterinar kerajaan. Bagi klinik veterinar di Perak, stok pottasium selalunya ada)
  4. Lakukan dressing ini 2 kali sehari
  5. Berikan antibiotik ( jika perlu)
  6. Berikan ubat sporo yang mengandungi Hraconazole ( spronox caps) mengikut cadangan doktor vet ( ubat ini kosnya sangat mahal) seperti Inox atau Sporonox serta ubat hati
  7. Kucing di asingkan dengan kucing lain (kuarantinkan)
  8. Segala peralatan kucing berkenanan seperti sangkar atau tempat bekas makanan di cuci menggunakan dettol, lysol atau apa apa bahan distenfik.
  9. Buat ujian darah untuk pengesahan penyakit
Rawatan Tahap Kritikal Sporo
  1. Gunakan kaedah 1 - 9 Rawatan Tahap Sederhana
  2. Cuma lakukan dressing 3 - 4  kali sehari.
  3. Ubat sporo tidak boleh skip sekurang kurangnya 6 bulan
  4. Jika keadaan lebih teruk, dan disahkan sporo melalui ujian darah, dinasihatkan untuk PTS untuk mengelakkan jangkitan kepada kucing yang lain
PTS adalah singaktan bagi Put To Sleep. Mungkin ada pencinta kucing atau haiwan akan marah bila di cadangkan untuk PTS, tapi ini adalah satu satunya cara dari merebak ke kucing yang lebih sihat. Jadi PENTING, di peringkat awal jangan ambik mudah atau "tak apa, sikit je". Kerana dengan sikap sebegitu, kucing anda mungkin berada dalam tahap kritikal. 

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

9 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sedih PC tengok kucing ni cik en..comel sangat..moga cepat pulih la..sebak pulak hati ni..bukan manusia je ada ujian..kucing pun..mesti sakitkan..kalaulah dia boleh bercakap..Allah..Allah..Allah..

    ReplyDelete
  2. Susah jgak nak rawat kcing ni ye... heee

    ReplyDelete
  3. Thanks for the info..kena tgk balik kucing2 ni..

    hai.. jalan2 singgah sini :)

    ReplyDelete
  4. nama dia seporo..da macam pororo da...bahaya upenye klo dibiarkan..huhu

    ReplyDelete
  5. kalau nak bela miow memnag banyak kena amik tahu kan

    ReplyDelete
  6. ciannya kucing ni.penah nampak kucing kena camni.kucing jlnan

    ReplyDelete
  7. banyak yang kena teliti kalau nak bela kucing ni

    ReplyDelete
  8. kesiannye kat kucing tu.. tp untuk kebaikan PTS perlu dilakukan

    ReplyDelete
  9. Salam cik,kucing kesayangan sy pun tkena sporo..memang sedih dan dilema nk pts dia,sbb dah 2 mggu sy dan husband bglir2 jga dia tpi xde perubahan pum..hari2 duk dlm dilema tringatkan keadaan dia..untk pgetahuan cik,sy dan suami bkerja n kekangan msa nak jga dia..sy pula dh nk msuk 8bulan pgnant,jdi tkot2 nk dkat dgn dia sbb tkot effct bby..sedih cgt sbb tkboleh nk bgi fully attention kt dia,dan suami yg byk jga bersihkn dia...sy dilema nk pts dia sbb 1 dia kucing ksayangan sy,2 sy tgah pgnant..tpi dlm msa sama sedih cgt tgok dy tkseksa..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post