Perkara LARANGAN Jika Kucing Anda Sakit | Kucing, adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW dan ada salah seekor kucing Nabi bernama Mueeza dan ianya sangat istimewa kerana kerana Mueeza selalu mengeow apabila azan seolah olah mengikuti alunan azan. Dan banyak lagi kisah kucing pada kegemilangan Islam. Pencinta kucing juga cukup ramai tidak kira lelaki atau wanita. Seperti sedia maklum, cik en seorang pembantu veterinar menerima banyak kes kes di klinik melibatkan kesihatan, imunisai/ vaksin dan sebagainya.
Sebagai "nurse" haiwan disini, penyakit terhadap kucing bermusim. Jika ada virus menyerang kucing, klinik cik en menerima banyak kucing yang dalam keadaan lemah dan nazak. Cukup untuk korang memahami, penyakit hawar kucing( bahasa yang digunakan untuk orang kampung dan berumur). Jika cik en menggunakan item item veterinar, mungkin sebahagian pelanggan klinik cik en akan lebih blur dan pening. Satu yang cik en ingin pesan kepada pencinta kucing atau haiwan kesayangan yang lain bila kucing korang sakit, Tolong jangan lakukan perkara perkara berikut :
- Jangan mandikan, Jika terlalu kotor atau busuk cukup dengan lap sahaja
- Jangan menggunakan ubatan ubatan manusia, boleh mengakibatkan "overdose" dan akhirnya boleh bawa mati
- Tidak semua penyakit memerlukan Antibiotik
- Jangan memandai memberi sebarang ubatan ubatan yang dicadangkan dalam GOOGLE atau media sosial seperti Facebook jika blog atau info bukan dari pengawai atau staf VET.
- Jangan lambat untuk bawak kucing korang ke Klinik veterinar berhampiran
Sebagai tindakan awal, cik en boleh cadangkan beberapa perkara seperti :
- Tempatkan kucing di dalam sangkar, kotak yang bersih dan selesa
- Asingkan kucing yang sakit dan tidak sakit
- Perhatikan lelehan air liur, pernafasan, tinja( air besar) dan air kencing. Ini penting untuk korang menceritakan 'history' kucing korang kepada veterinar
- Pemberian air kelapa, air glukose dan telur mentah (campur kuning dan putih)secara oral jika kucing semakin lemah. Ini untuk tenaga sementara rawatan di klinik veterinar
- Jauhkan kucing yang sakit dengan bayi dan kanak kanak
- Boleh cari FB, Blog atau Telefon ke klinik veterinar, Doktor Veterinar, atau sesiapa yang terlibat dalam bidang veterinar yang berdekatan untuk bertanya lebih lanjut jika terdapat masalah kenderaan atau jarak rumah dan klinik yang jauh. Ini penting untuk merawat keadaan kucing pada masa itu.
Tapi, disini cik en hendak bagitahu, kami, barisan veterinar bukanlah tuhan yang mampu menyembuhkan jika keadaan kucing yang agak kritikal. Kami hanya mampu membantu dari segi alatan dan ubatan yang ada di satu satu klinik. Mungkin ada sesetengah klinik tidak mempunyai kelengkapan yang cukup dan kami akan menyarankan untuk ke klinik veterinar yang lebih lengkap peralatannya. Satu ayat yang cik en suka terangkan kepada pelanggan
"Kami hanya membantu semana yang mampu tapi terpulang kepada kekuatan kucing itu sendiri untuk terus hidup"
sebelum membuat sebarang rawatan. Ini untuk mengelakkan berlaku ketidakpuasan jika sebarang rawatan yang diberikan menyebabkan kucing mereka mati. Kami bukan nya suka suka memberi rawatan dan melihat mereka mati cuma, keadaan kucing itu yang tidak boleh di rawat lagi.
Kucing Fida demam je kot..tak ada air liur pun meleleh
ReplyDeletetq intan, tips berguna sangat:)
ReplyDeleteBagusnya panduan ni :)
ReplyDeleteterima kasih cik EN, cuma vet ni swasta ni yang berdekatan bayarannya agak mahal kan, kak ana pernah memberi kucing kak ana glucose ketika ia sakit dahulu. Namun Allah lebih menyayanginya.
ReplyDeletekak yg telur mentah tu cmpur putih kuning tu bg skali ke?
ReplyDeleteperkongsian yang baik khas buat mereka yang mmbela kucing
ReplyDeleteDr Google, terkadang menipu jugak kan.. heee
ReplyDeletenice sharing. kucing saya, abang sakit. tangan dia bengkak, tapi vet x bukak hari ni so boleh pegi vet esok je. tak tahu kenapa boleh bengkak. sapu minyak gamat je wat masa sekarang hmm makan pon sikit je
ReplyDeletebaca entri ni teringat dkt grafie yg dah mati.. sobsonnn
ReplyDeletenice info
ReplyDeleteBetulke 4life transfer factor boleh sembuhkan kucing Dan sbg supplements?
ReplyDeleteterima kasih kak untuk info ni :)
ReplyDeletehemm.. nyaris nak mandikan kucen yang x sihat hari tu.. tapi tak jadi.. sebab terfikir macam tu gak.. dia dah la sakit.. bagi mandi nanti kesejukan pulak..
ReplyDeleteAssalamualaikum,doktor. Kalau kucing tu macam luka sikit je pon x leh mandikan ke? Macam luka luka kecil je,darah x mengalir pon.
ReplyDeletekucing saya ada anak. anak dia baru 4 hari. tpi dia bukak mata telinga dah terbukak tali pusat dah tercabut. tapi tadi dia ttbe muntah kuning dah terus lemah mcm dh nazak. rasanya ada tk benda yg saya bole buat demi menyelamatkan ank kucing tu selagi ada waktu ni? 😞
ReplyDeleteAssalamualaikum sis....nak tanya....kucing saya sakit Mata Dan selsema....boleh kah jika saya memberi air kelapa Kat diorang?...dah risau sangat nii...plz reply ye sis
ReplyDeleteKucing saya lemah selepas mengalami kencing berdarah. Sekarang saya beri ubat lawas kencing dan antibiotik dan air kelapa. Kini dia tetap lemah dan taknak makan.
ReplyDelete@Anonymous PM saya di page nurfuzie.com
ReplyDeleteHai sis saya na minta tolong kucing saya terkena racun pada semu bulu dia dan saya dh hantar inject ke doktor haiwan. Sekarang dapat ke saya mandikan atau lap bulu dia tkut dia jilat balik? Tapi badan dia mengigil tolong saya cik.
ReplyDeleteBoleh tanya x, kucing saya dh berapa hari
ReplyDeleteXnk makan,minum je mau.. badan pun dh kurus.. apa ye boleh dibuat?
hi, blh minta tlg x, kat area sy ni lngsung x da vet, sbb bru pindah ke kampung ikut suami kerja. kucing sy da problem.tbuh dia pnas..tp pg td da bg air kelapa fresh pada awal pd sekali je pas tu bg air masak selang 2 jam sekali. Disebabkn risau kucing mkin teruk sy bg immuplus kt kucing sy mlm ni.Da kurang skit pnas blkg tengkuk dia. Kucing sy cuma dpt minum tp x nk mkan. nk cri RC susah sebab kt sni x da kedai haiwan juga.Pas tu hri ni, 2 kli dia kencing n buang air besar (pagi sekali, mlm ni skli).Saya sangat risau,apa patut sy buat untuk isi perut dia, bg tenaga sikit,sebab dia asyik baring je.sy ada kira pernafasan (tgk perut bergerak)1 minit dlm 34 kli tarik nafas. Harap dpt bantu.
ReplyDeleteAs salam...sy nk tnyer...kucing sy sudah 4 hari tidk mkn dan mcm ad kesusahan untuk menelan...Dy just minum air jer...ape ptt sy bt??
ReplyDeleteSalam..kucing saya dibah kan kena virus..
ReplyDeleteSaya da bawa jumpa pergi vet..tapi tak mampu nak tahan dekat wad..saya nak tanya dari segi pen jagaan.
hi assalammualaikum , kucing saya baru usia dalam 2bulan something and die sejak beberapa hari kurang selera makan dan mnum , lemah kerap tidur , nafas berbau , dan badan agak panas malah kerap buang air besar (cair) and air kecil (warna kuning pekat) boleh saya bagi air kelapa muda jugak ke ?
ReplyDeleteAssalamualaikum Cik En...perkongsian yg baik ni...
ReplyDeletep/s mama ada hantar pertanyaan kat fb...boleh tolong jawabkn x..
hmmm kucing saya sesema pastu hilang selera makan but mak dah suap air n makanan hari but dia still x larat, bawa p vet dah and malam tadi dia mcm sawan. saya tak tau nak buat apa, sedih ya amat hmmm
ReplyDelete