Ute dan anak anaknya. Sekarang ute tak balik balik. Kemana ntah ia hilang |
Kenapa Kucing Obses Dengan Kotak | Kotak dan Kucing tidak dapat dipisahkan. Kenapa? Ianya masih menjadi misteri sehinggalah ada sekumpulan penyelidik yang menjalankan satu ujian kepada 2 2 kumpulan kucing yang baru di bawa ke Perlindungan Haiwan Belanda dalam tempoh 14 hari. 1 kumpulan diberi kotak dan 1 lagi kumpulan tidak diberi kotak
Keputusannya menyatakan kumpulan kucing yang mempunyai kotak boleh menyesuaikan diri dengan cepat berbanding yang tidak diberi kotak. Ini membuktikan bahawa kotak adalah tempat yang terbaik untuk sesekor kucing bila berada dalam persekitaraan yang baru dan mengurangkan tekanan atau stress. Kotak sebenanrya adalah satu tempat yang ada aura 'sembunyi' yang mana sangat mententeramkan kucing. Dan juga, untuk ibu kucing yang sarat dan hendak beranak, ada vet yang mencadangkan kotak untuk ibu kucing ini rasa tenang untuk beranak.
Jadi terungkailah misteri kenapa kucing obses dengan kotak. Kotak juga dapat membantu kucing dalam keadaan sakit untuk 'recover'. Untuk pencinta kucing, apa kata, gunakan kotak yang banyak untuk dibuat DIY untuk kucing korang. Murah dan Senang kan?
Blog Vet Source
ye la kan..baru perasan kucing memang suka sgt main n duduk dalam kotak..hehe..btw tq sharing cik EN.:)
ReplyDeleteno wonder laaa...dorang mesti rasa selamat gila kalau ada kotak kannn...
ReplyDeleteinfo baru utk aida.
ReplyDeleteterutama utk kucing nak beranak kan.
memudahkan dia :)
garaj umah aida selalu ada kucing anak-beranak tumpang berteduh.
maybe boleh la aida apply tips ni.
tak susah pun...
Patutlah..bila nak beranaknya masuk dalam kotak...tak dapat kotak..almari miaw masuk..grrr
ReplyDeletetak de kotak bakul pun boleh suka sgt dok dlm bakul kucing aku dulu ...
ReplyDeleteute mata die buta sebelah ke?haa kucing iera pon same..ske sgt dgn kotak..tisu x pon kertas pon same..habis die geget koyakkan
ReplyDeletesaya suka bagi kotak sama anak2 kucing... kotak besar saya buat lubang2.. suka tengok anak2 kucing tu main kejar keluar masuk di lubang kotak tu... hihihihi
ReplyDeleteKotak adalah kawan juga musuh kucing..huhu..
ReplyDeletemmg..kucing sye pon same..obses sgt ngan kotak
ReplyDelete