Info Veterinar | Ubat Perancang Untuk Kucing

Info Veterinar | Ubat Perancang Untuk Kucing

Pil Perancang Untuk Kucing | Setiap orang yang mempunyai haiwan kesayangan terutama kucing dan anjing akan memikirkan satu masalah pembiakan yang mana seekor kucing/anjing betina mampu melahirkan anak lebih dari satu. Oleh kerana itu, tuan haiwan kesayangan berkenaan perlu mencari alternatif dalam mengurangkan populasi haiwan kesayangan di rumah jika membela bukan untuk pembiakan. Ada beberapa cara untuk mereka dalam menangani masalah ini seperti pembedahan pemandulan atau pengambilan Ubat Perancang untuk Kucing atau Anjing. Jangan kata, haiwan tiada pil perancang ye, semestinya ada dan dikeluarkan dalam 2 jenis iaitu suntikan(injection) dan tablet. Ubat suntikan yang agak popular adalah Supprestral. Di klinik cik en, hanya pemberian suntikan perancang sahaja dan telah di berhentikan lebih kurang 3 tahun yang lepas. Ini kerana terdapat banyak komplikasi untuk jangka masa yang panjang kepada haiwan kesayangan kita dan juga boleh membawa maut.

Untuk makluman semua, pemberian ubat perancang adalah untuk elakkan kehamilan. Dan ada ubat yang bertahan selama 2 minggu, 1 bulan dan 3 bulan. Ini apa yang cik en tahu. Tapi disini cik en hanya mengeluarkan pendapat untuk penggunaan ubat Perancang. Ubat Perancang ini bagus untuk kita yang meng"delay"kan kehamilan haiwan kesayangan kita. Maksudnya mmerancang kehamilan untuk jangka masa yang pendek. Tapi bukannya untuk stop terus. Jika korang berharap hendak stopkan production mereka terus cik en nasihatkan untuk buat pembedahan pemandulan. Apa yang cik en pernah terima di klinik cik en, penggunaan yang kerap dan lama bagi ubat perancang akan mengakibatkan rahim kucing bernanah dan akhirnya mengalami jangkitan. Dan juga cik en kesiankan kucing atau anjing dalam menahan kesakitan berpanjangan.

Jika ada yang was was mengenai pemandulan itu haram atau tidak bolehlah rujuk di E-Fatwa. Oleh kerana ada yang menyatakan pemandulan itu haram dan langsung tidak boleh dibuat menyebabkan golongan ini mengambil keputusan untuk memandulkan kucing atau anjing mereka dengan ubat perancang ini dan tanpa sedar ianya akan mengakibatkan kes yang serius untuk kucing dan anjing korang. Jadi nasihat cik en, kaji dulu kebaikan dan keburukan pengambilan ubat perancang ini untuk memastikan kita tidak di anggap "kejam" dalam melayan haiwan kesayangan kita

update : Segala pertanyaan ubat perancang better rujuk kepada klinik, kerana setiap ubat perancang ada description sendiri
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

8 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. setakad ni kak ana pelihara kucing jantan je cik EN, kalau yang betina setakad makan lepak2 kat luar tu, kerap juga beranak tapi tak lama pun anak-anak depa banyak yang mati.

    ReplyDelete
  2. Kesian pulak dengan kesan jangka panjangnya..

    ReplyDelete
  3. Rasa kesian pulak nak mandulkan kuching tu. Kalau tidak tiap tiap tahun dia ada anak..letih dibuatnya...

    ReplyDelete
  4. Wow! barulah tahuu, tp memang sy takde jage memana haiwan ..huhu

    tq infooo

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Saya nak tanya, kalau kucing betina tu masih menyusukan anaknya, dan dia tgh "on heat", boleh ke still bagi ubat perancang (tablet)? risau dia berhenti menyusukan anaknya pulak nanti. anak-anak dia umur almost 3 bulan.
    Tkasih.

    ReplyDelete
  6. Ade x ubt perancang utk arnab

    ReplyDelete
  7. nama ubat (table)perancang hamil kucing?adakah ubat perancang hamil hampir sama dengan ubat perancang manusia?adakah blh menyusukan anaknya ketika diberikan ubat(table)?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..kalau sekiranya dr vet beritahu yang kucing saya mengalami ? Wet fip ( sbb perut besar sikit) xblh dimandulkan apa lagi kaedah merancang yg sesuai? Adakah advisable dicucuk dgn ubat perancang ?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post