Cara Memberi Ubat Kepada Haiwan | Musim sakit terhadap haiwan kesayangan telah datang, pelbagai penyakit seperti selsema, demam, penyakit kulit, penyakit sistem urinari, dan yang paling teruk adalah serangan virus seperti FIP, FIV dan sebagainya. Menjadi kebiasaan kepada tuan punya haiwan kesayangan pergi mendapatkan rawatan di klinik veterinar kerajaan atau swasta. Kebanyakan penyakit di tahap yang boleh menjadikan haiwan kesayangan kita lemah perlulah disusuli dengan pemberian ubat. Dan menjadi masalah kepada tuannya Cara memberi ubat kepada haiwan. Ada 2 jenis ubat untuk diberi kepada kucing iaitu cecair dan tablet.
Dibawah ini ada cara memberi ubat kepada kucing atau anjing.
Yang penting, cara "handaling" haiwan dengan betul.
Cara memegang kucing dengan betul
Cekakkan 3 jari kiri di bahagian tengkuk kucing atau anjing dan 2 lagi memegang telinga dan mendongakkan ke atas, ini memudahkan ubat masuk kedalam mulut. Bagi jenis cecair disarankan mengepam ubat di bahagian tepi mulut dan dibiarkan mengalir. Ini kerana di dalam saluran mulut terdapat 2 lubang yang berbeza iaitu pernafsan dan saluran keperut. Ianya untuk mengelakkan kucing atau anjing tersedak dan seterusnya menutup saluran pernafasan. Bagi jenis tablet, ubat diletak ditengah tengah mulut dan ditekan sedikit bagi memudahkan kucing menelan. Jika tidak cuba tutup mulut dan main mainkan hidung bagi kucing tersebut menelan ubat. Itu saja tips veterinar dari cik en kali ini.
*Boleh rujuk info veterinar yang lain di SINI
Video cara memberi ubat kepada haiwan - https://youtu.be/lFSo8nCJVBY
ok noted..ihihih
ReplyDeletesemoga kucing pon cepat sehat tuu ;p
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ;-)
ReplyDeleteUbat pil tu terus masukkan ke tekak ye?
ReplyDeleteya, cik en de share video di youtube https://youtu.be/lFSo8nCJVBY
Delete