Assalamualaikum dan salam sejahtera , dah lama cik en tak menghapdate untuk info info veterinar tadi semasa cik en godek godek blog cik en terjumpa post cik en yang ini Cat Vaccination Guide jadi cik en nak terangkan lebih lanjut mengenai penvaksinan ini. Penvaksinan itu penting kepada semua tidak kira la manusia atau haiwan. tapi disebabkan cik en ni nurse haiwan cik en nak sembang pasal haiwan sahaja sebelum cik en terangkan lebih lanjut pasal vaksin Cik en akan terangkan apa itu vaksin
Pemberian vaksin diberikan untuk merangsang sistem imunologi tubuh untuk membentuk antibodi spesifik sehingga dapat melindungi tubuh dari serangan penyakit yang dapat dicegah dengan vaksin. Ada beberapa jenis vaksin. Namun, apa pun jenisnya tujuannya sama, yaitu menstimulasi reaksi kekebalan tanpa menimbulkan penyakit. kiranya sebagai protection awal pada haiwan. Di klinik cik en, pemberian vaksin adalah perkara yang selalu di lakukan, sebelum penvaksinan di lakukan cik en akan bertanya kepada tuan haiwan adakah kucing sihat yakni dari segi selsema, demam, batuk, aktif atau tidak atau memang mempunyai rekod penyakit. Jika tiada, penerangan akan dibuat. penvaksinan pada kali pertama perlulah disusuli untuk kali kedua dan ketiga kenapa perlu 3 kali divaksin? mari kita rujuk gambar di bawah ini
dari gambar ini cik en akan terangkan serba sedikit bagi korang faham.
1st shot adalah penvaksinan kali pertama. jalur biru adalah protection atau vaksin yang telah diberi. pemberian vaksin kali pertama akan menurun dan ianya perlu divaksin sekali lagi untuk menaikan graf protection. Protection akan naik dan akan turun semula dan perlulah suntikan vaksin kali ketiga. Jarak setiap vaksin adalah sebulan
Contohnya kalau hari ini 16/6/2015 divaksin kali pertama, vaksin kali ke2 perlu di beri 16/7/2015, dan vaksin ke3 pada 16/8/2015 dan perlulah divaksin tahunan lebih kurang 3 tahun lagi so korang faham kan penerangan ringkas ini..cukup untuk kali ini.. lepas ini cik en akan share mngenai jenis jenis vaksin yang ada di malaysia untuk kucing dan anjing. Insyalllah
Tambahan : Penvaksinan ini hanya "cover" 60% sahaja. Jadi vaksin bukanlah menjamin yang kucing korang sihat selama lamanya. Dan diingatkan, jika kucing korang tidak sihat atau tanda tanda penyakit, VAKSIN boleh membunuh mereka. Jadi pastikan kucing korang betul betul sihat ye.
Dh lm x bela kucing.
ReplyDelete