assalmualaikum dan salam sejahtera
lama cik en x update blog cik en.. baru removekan anon yg x berkaitan dan jenguh sekejap2 blog kawan2 cik en..
sebelum cik en nak terjah sorang demi sorg yg tinggal jejak di blog cik en ni, cik en de terbaca satu artikel dari blog yui comel mengenai Penolong Pengawai Tadbir N 27 atau singkatanya EO
ok la straight to point.. cik en baru sahaja ditemuduga untuk jawatan ini..so kat sini cik en share sikit tips yang cik en tahu..
persedian ini terbahagi kepada 2 kotegari. cik en akan terangkan satu persatu
Ditemuduga semasa bekerja sebagai penjawat swasta
- Resume
- Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran ( Asal dan copy)
- Sijil Kewarganegaraan (Asal dan copy-jika berkaitan)
- SPM, SPMV,STPM atau STP (Asal dan copy)
- Sijil membuktikan lulus BM (Asal dan copy)
- Ijazah / diploma dan setaraf termasuk transkrip (Asal dan Copy)
- Surat Pelepasan Biasiswa (Asal dan copy-jika berkaitan)
- Sijil lain yang berkaitan (Asal dan copy-jika berkaitan)
- Sijil Kegiatan luar (asal sahaja)
Ditemuduga semsa bekerja sebagai penjawat awam
ini la part cik en.. maksud cik en disini, adalah menerima temuduga dan masa itu sudah berkhidmat dalam sektor awam.
- Resume
- Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran ( Asal dan copy)
- Sijil Kewarganegaraan (Asal dan copy-jika berkaitan)
- SPM, SPMV,STPM atau STP (Asal dan copy)
- Sijil membuktikan lulus BM (Asal dan copy)
- Ijazah / diploma dan setaraf termasuk transkrip (Asal dan Copy)
- Surat Pelepasan Biasiswa (Asal dan copy-jika berkaitan)
- Sijil lain yang berkaitan (Asal dan copy-jika berkaitan)
- Sijil Kegiatan luar (asal sahaja)
- Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, PPT,Surat perakuan dan slip gaji terakhir
no 9 tu korang perlu siapkan lebih awal.. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan surat perakuan ada dalam web spa, PPT ialah Penilaian Prestasi Terkini dan ini boleh rujuk kepada EO masing2 atau trus ke PA pengarah untuk print.
TIPS
- Pakaian kemas, kasut bertutup
- Sediakan fail untuk letak resume dan salinan mengikut urutan dalam surat tawaran atau macam yg cik en listkan
- Begitu juga yang Asal, susun mengikut urutan dalam surat tawaran
- Resume kalau boleh jangan panjang, cukup 2 helai.ambik yang penting seperti nama, alamat, no telefon, umur, agama, pendidikan (pmr ke atas), pengalaman bekerja, aktiviti dan kelebihan diri.. jangan lupe reference ok...
- Selepas di panggil, ketuk pintu dahulu, ucapkan salam
- serahkan fail copy dan fail asal kepada penemuduga
- duduk dan jika bawa beg letak sebelah kanan
- tunggu arahan penemuduga dan macam cik en ini lebih kurang soalan soalan nya
- Perkenal diri dalam BM - cik en mula dari nama, asal, umur, pendidikan, pekerjaan dan kalau berkesempatan perkenalkan diri yang dalam resume je
- Selalunya dia akan suruh kita cerita apa tugas bidang kita sekarang.contoh cik en sbgai pembantu veterinar.. so cik en terangkan skop keje cik en sekarang
- Alert pada isu semasa. masa cik en pasal politik
- Hafal nama menteri yang boleh.. mengikut kementerian atau jabatan yang tertulis dalam surat tawaran
- Skop kerja Eo ni
- Preapare jawapan " Kenapa memilih sektor awam sebagai sumber kerjaya dan apply"
- Penemuduga bagi situasi dan kita selesaikan mengikut masalah
- Sediakan soalan kalau ada
- Yang penting untuk jawatan ini adlaah KEYAKINAN/CONFIDENT bila menjawap sebarang persoalan. itu yang penemuduga nak tengok.. walaupun soalan soalan yang dikeluarkan macam soalan tak masuk akal atau bodoh. jwab saja dengan yakin..
- Selasai ucapkan terima kasih dan ambik fail Asal..
- selepas tu jerit kuat2 sebab dah lepas interview.. ahahahhah
so itu tips dari cik en.. kalau nak tanya pe tak paham sila bertanya di sini atau pm cik en di sini
Tags:
tips
pasti ramai cri tips ni kak =)
ReplyDeletetips ni boleh juga dipraktikkn utk temuduga sektor swasta kan..nice sharing :)
ReplyDeletep/s : lama juga x jenguk sini
Jazakillahu khayr cik en..
ReplyDelete